Banyak gejala yang berlaku kepada mereka yang mengalami masalah kulit. Hari ini kecoh dengan penyakit yang sedang merebak dalam kalangan orang awam di Malaysia iaitu penyakit HFMD atau penyakit tangan kaki dan mulut. Penyakit ini sebenarnya sering terjadi terhadap kanak-kanak, namun kini ibu bapa dan orang dewasa yang lain juga turut boleh mendapat penyakit ini. Ekoran dari wabak yang masih tidak seratus peratus ditemui jalan penyelesaiannya, ada yang menyatakan elergi antara faktor utama penyakit seperti ini terjadi. Selain daripada kadar pesakit tangan kaki dan mulut ini meningkat, antara penyakit alergi yang bahaya adalah Aquagenic Urtacaria.
Apa itu Aquagenic Urticaria (AU)?
Mana penyakit sahaja sudah unik, tentulah mangsa yang mengalaminya juga dikira unik. Perkataan Aquagenic Urticaria diambil dari Latin Urtica yang bermaksud sejenis ruam kulit yang gatal dan “berbonggol” (bumpy) seperti gigitan serangga contohnya nyamuk. Bila ruam ini berlaku setelah terdedah pada air maka ianya dikatakan AU. Ianya kadang-kadang dipanggil ‘alergi air’.
Aquagenic Urticaria (AU) adalah sejenis penyakit yang seakan alergi yang berlaku apabila kulit terdedah kepada air termasuk peluh. Ada segelintir manusia di luar sana mempunyai kulit yang sangat sensitf dan akan keradangan jika terkena sedikit air pada kulit. Antara jantina yang sering diserang penyakit ini adalah wanita dengan 50 peratus kes di seluruh dunia. Kes AU yang pertama yang dilapurkan adalah pada tahun 1964 dan setakat ini belum ada kes yang dilaporkan di Malaysia.
Apa beza alergi ini dengan alergi yang lain?
Sebenarnya mekanisma AU tidak diketahui dan kalau diikut takrif alergi di mana sistem imun terlibat, ini tak semestinya terjumpa pada AU dalam kes-kes yang dilaporkan. Pastinya pesakit yang mempunyai penyakit ini ragu-ragu dengan jenis kulit bagaimana yang membolehkan alergi jenis ini menjadi peneman setia seseorang, hakikatnya tiada perbezaan kulit pada penghidap AU berbanding penyakit kulit Urticaria yang lebih kerap berlaku, dan boleh berlaku secara spontan pada kulit yang sihat. Jangan ambil mudah dengan penyakit ini meskipun tidak mempunyai rekod berleluasa lagi di Malaysia, penyakit ini adalah kronik dan mungkin tidak hilang sepanjang hayat seseorang pesakit jika tidak mengambil rawatan lanjut.
Ads
Adakah ia penyakit keturunan?
Penyakit AU boleh berlaku secara spontan tanpa mempunyai rekod keturunan, namun ada kajian barat juga mengkaitkan dengan genetik dimana ianya boleh menjadi penyakit keturunan.
Apakah simptom bila seseorang itu terkena serangan ini?
Seperti mana-mana jenis Urticaria yang lain, maka kulit akan menunjukkan tanda-tanda seperti gigitan nyamuk bengkak saiz 1-3 mm mengelilingi rongga bulu/rambut badan dan dikelilingi pula ruam merah dalam 1-3 cm. Tanda-tanda ini akan muncul dalam masa 20-30 minit terkena air.
Ads
Bagaimana dengan ubat? Ada rawatan ataupun tidak?
Rawatan melibatkan penggunaan ubat Antihistamin yang mungkin memerlukan dos lebih tinggi sehingga empat kali ganda dos untuk jangka masa yang agak panjang, dan jika tiada perubahan semasa, makan ubat-ubat Imunosuppressant (yang menindas sistem imun).
Contoh makanan yang senang untuk mendapat Alergi kulit
Alergi kulit juga boleh menyebabkan simptom gegata tetapi ujian alergi boleh sahkan mekanisma alergi iaitu ujian spesifik IgE. Antara makanan utama yang sering dikaitkan dengan alergi kulit adalah susu lembu, telur putih, kacang soya, gandum, kacang/kekacang dan makanan laut seperti ikan dan udang.
Ads
Nasihat Doktor pada mereka yang mempunyai masalah ini.
Nasihat saya, memandangkan ia masalah berkaitan dengan air, minum air akan main peranan kerana boleh dapat masalah di dalam mulut dan tekak nanti seperti ulser dan tercekik. Maka kena elak minuman air biasa dan perlu pastikan minuman jenis mana yang boleh diambil. Jangan risau pada air mandian, kerana penyakit ini akan menyerang tidak kira jenis air. Paling penting, Cepat-cepat berjumpa doktor pakar untuk mengesahkan samada penyakit AU dan mendapat rawatan selanjutnya.
5 Tips untuk menjaga kulit.
Perlindungan daripada cahaya matahari yang terlampau terik dengan penghalang cahaya matahari.
Makanan diet yang seimbang dan sihat (kurangkan gula dalam makanan dan minuman)
Jangan biarkan kulit kering dengan menggunakan pelembap yang kurang allergenik dan pastikan cukup minum air dalam sehari
Cukup tidur dan mengawal emosi daripada keadaan yang tertekan
Kurangkan masa berlebihan semasa mandi
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalunya perempuan je kan buat masker untuk putihkan muka. Haa kali ni lelaki pulakk, ingat lelaki tak perlu muka bersih dan putih ke..paling-paling pun bersih la kan..Ini petua orang dulu-dulu yang katanya diamalkan dari dulu lagi..
Hanya perlukan kunyit, tepung beras dan air…
Saudara Wafiy ini kongsikan tip untuk mendapatkan kulit yang bersih tanpa cela menggunkan masker kunyit ini.
Paling sesuai untuk masalah jerawat+parut tapi jgn pakai hari-hari tau..Seminggu sekali sahaja..
Rempah yang mempunyai warna kuning terang ini berasal dari benua Asia khususnya Asia Tenggara dan sesetengah juga berpendapat ia berasal dari India. Kunyit juga dipercayai telah dijadikan sebagai bahan tradisional yang mengubati penyakit pada zaman terdahulu.
Bahan-bahan:
1- Beras (segenggam – ikut kelebaran muka masing2)
2- Kunyit hidup atau serbuk
3- Air (air kosong okay jangan letak air sirap pulak)
Cara Buat:
1- Rendam beras (30minit atau sampai kembang semangkuk)
2- Campur beras yang dah kembang tadi dengan kunyit
3- Tumbuk campuran beras kunyit atau blend guna blender sampai lumat.
4- Letak sedikit air (jika terlalu pekat)
Cara Pakai:
Cuci muka dengan airr bersih dan keringkan dengan towel bersih.
Tempek masker beras kunyit ke seluruh muka.
Biarkan 15 minit / hingga kering
Bilas muka dengan air bersih.
Manfaat: Wajah kelihatan lebih berrsih, segar, lembab dan lembut. Boleh memudarkan kesan jerawat. Wajah pon jadi peloles youallllllls.
Pesanan : Kalau nak senang beli je masker kunyit yang dah siap, tunggu tepek je kat muka tu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kombucha merupakan minuman kesihatan paling laris pada masa ini. Pastinya anda akan dapat melihat botol-botol kaca ini cantik terhias di atas rak kaca kedai trendi dan beberapa kedai makanan kesihatan dan restoran juga menawarkannya. Kombucha ini sebenarnya bagus untuk mereka yang mengalami kembung perut, pencernaan, dan membantu melawan keradangan. Namun benarkah minuman ini sesuai untuk kesihatan, atau kombucha salah satu minuman kesihatan yang hanya menawarkan manis?
Menerusi temubual seorang pakar Sains luar negara, Kombucha adalah sejenis teh berasaskan kultur bakteria dan ragi. Ia mengandungi probiotik dan prebiotik, yang membantu meningkatkan bakteria baik dalam usus anda, jelas Dr. Pasricha.
“Tidak banyak keraguan bahawa kesihatan usus yang baik adalah penting dalam mengekalkan kesihatan keseluruhan yang baik,” katanya kepada POPSUGAR. Oleh kerana usus anda mempunyai 100 triliun sel bakteria, memberi makan bakteria anda memberi kesan kepada sistem lain di dalam badan anda. Sebagai contoh, usus anda mengandungi 70 peratus sistem imun anda.
“Dysbiosis, atau ketidakseimbangan dalam bakteria usus kita yang baik dan buruk, telah dikaitkan dengan keadaan keradangan kronik seperti arthritis rheumatoid, aterosklerosis, penyakit usus radang dan juga obesiti,” katanya.
Kombucha, seperti makanan ternakan lain, juga meningkatkan penghadaman dan menguatkan sistem imun anda. Selain itu, kerana kombucha dibuat dari teh (biasanya teh hijau atau hitam), ia juga mengandungi polifenol, yang merupakan antioksidan yang dapat membantu memerangi radikal bebas, jelasnya. Polifenol juga telah ditunjukkan untuk mengurangkan risiko kanser.
Tetapi jika anda tidak biasa dengan minuman ini, atau makanan yang difermentasi secara umum, pengambilannya janganlah sekaligus. “Saya biasanya mencadangkan bermula dengan empat auns komubucha, dan meningkatkan jumlah secara berperingkat sehingga 12 auns untuk membolehkan masa mikrobiotik anda menyesuaikan diri dengan penggunaan secara tiba-tiba terhadap berbilion bakteria dalam usus anda,” kata Dr. Pasricha. “Jika tidak, seseorang boleh mengalami cirit-birit dan kembung.”
Oleh itu, walaupun kombucha tidak akan secara ajaib membuat anda menurunkan berat badan atau memperbaiki sistem penghadaman anda semalaman, ia akan membantu memberi makan bakteria pada usus anda, yang seterusnya diterjemahkan kepada kesihatan secara keseluruhan. Jadi cubalah!
*Sumber: Popsugar.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pola pemakanan yang tidak betul adalah punca utama berlakunya pertambahan ukur lilit perut. Kurang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan pengambilan makanan melebihi jumlah yang diperlukan akan lebihan kalori disimpan sebagai lemak dalam sel-sel lemak. Lemak yang bertimbun-timbun di seluruh tubuh termasuk perut akan meningkat seiring pertambahan berat badan dan gaya hidup tidak sihat. Kalori berlebihan ini banyak terdapat dalam makanan kurang serat atau pun tinggi lemak tepu. Makanan diproses seperti daging, beberapa jenis marjerin, makanan bergoreng terutama yang menggunakan minyak goreng yang digunakan berulangkali, beberapa jenis kuih dan daging merah adalah antara sumber penyumbang utama.
Usia
Secara semulajadi, aktiviti seseorang akan berkurangan seiring dengan pertambahan usianya. Bahkan jisim otot akan turut berkurangan disebabkan aktiviti yang semakin berkurangan. Ini menjurus kepada penambahan berat badan dan ukur lilit perut. Sekiranya aktiviti yang berkurangan tersebut tidak diimbangi dengan pengurangan pengambilan kalori, akibatnya semakin meningkat usia, perut akan semakin membuncit.
Keturunan
Ada sesetengah pendapat mengatakan sekiranya ibu bapa mempunyai ukur lilit perut yang besar, maka anak juga berpotensi memiliki perut yang besar. Kebanyakan lelaki cenderung menyimpan lemak di perut atas menyebabkan mereka berpotensi mempunyai perut buncit.
Sebahagian besar wanita sebelum menopaus cenderung menyimpan lemak di bawah perut, sisi peha dan pinggul. Selepas menopaus, lemak lebih banyak tersimpan di perut sebelah atas.
Alkohol
Kajian membuktikan pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan tubuh kurang efisien dalam membakar lemak. Lemak semakin banyak dalam tubuh seiringan dengan kebiasaan pengambilan alkohol.
Hormon
Peningkatan stres dalam kehidupan seharian seperti kurang tidur juga boleh menyebabkan lemak perut bertambah. Tabiat kurang tidur akan meningkatkan produksi hormon kortisol dalam otak dan sekaligus meningkatkan penimbunan lemak perut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.