Foto: Freepik

Sesetengah orang tidak gemar untuk bersenam di gym dan lebih selesa untuk bersenam di rumah sahaja. Namun, bukan semua orang mampu untuk memiliki gym peribadi di kediaman masing-masing.

Tetapi percayakah anda, rumah anda sudah cukup untuk menjadi lokasi untuk bersenam jika ditambah beberapa kelengkapan sahaja?

Berikut Maskulin senaraikan beberapa kelengkapan bersenam yang sesuai untuk diletakkan di rumah, malah ada diantaranya anda boleh dapatkan melalui platform membeli-belah atas talian sahaja

Tikar Yoga (Yoga Mat)

Alatan Yang Sesuai Jika Suka Bersenam Di Rumah
Foto: Freepik

Tikar yoga adalah penting untuk senaman yoga dan pilates di rumah. Ia memberikan keselesaan semasa melakukan senaman di lantai.

Ads

Dumbbell

Alatan Yang Sesuai Jika Suka Bersenam Di Rumah

Foto: krakenimages.com on Freepik

Dumbbell ringan hingga berat boleh digunakan untuk pelbagai senaman angkat berat di rumah. Ia juga boleh dicerai-ceraikan agar mudah untuk disimpan dan tidak memakan ruang di rumah anda. Malah ada juga yang boleh dipasang semula sebagai barbell.

Tali Daya Rintangan (Resistance Bands)

Alatan Yang Sesuai Jika Suka Bersenam Di Rumah

Foto: Freepik

Tali daya rintangan adalah alat yang berguna untuk senaman peregangan dan peningkatan tenaga dengan variasi ketegangan yang berbeza. Ia juga mampu digunakan untuk beberapa senaman yang sama dengan senaman menggunakan dumbbell. Disebabkan ia tidak memerlukan pemberat, ia mudah untuk disimpan dan lebih mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Ads

Tali Lompat (Skipping Rope)

Alatan Yang Sesuai Jika Suka Bersenam Di Rumah
Foto: Racool_studio on Freepik

Tali lompat adalah cara yang bagus untuk senaman kardiovaskular dan koordinasi. Bagi sesetangah individu yang kurang gemar berjoging, skipping adalah salah satu alternatif yang baik untuk senaman kardio.

Palang Gayut (Pull-Up Bar)

Alatan Yang Sesuai Jika Suka Bersenam Di Rumah
Foto: Palang gayut jenis sangkut (kiri), palang gayut jenis lekap (kanan).

Palang gayut boleh dipasang di pintu untuk senaman pull-up dan chin-up. Terdapat dua jenis palang gayut, iaitu jenis sangkut dan jenis lekap. Periksa dahulu keadaan pintu di rumah anda untuk menentukan palang gayut jenis manakah yang sesuai.

Ads

Sesetengah pintu tidak mempunyai bingkai yang sesuai untuk meletakkan palang gayut jenis sangkut. Sesetengah pintu pula terlalu luas untuk memasang palang gayut jenis lekap, ataupun permukaan bingkai pintu yang terlalu licin boleh membuatkan palang gayut tidak melekap dengan sempurna.

Bukan sahaja senaman anda tidak sempurna, anda juga berisiko tercedera jika palang itu tertanggal ketika anda sedang berpaut padanya.

Treadmill 

Alatan Yang Sesuai Jika Suka Bersenam Di Rumah
Foto: Freepik

Sesetengah orang masih gemar aktiviti berjoging berbanding aktiviti kardio yang lain, namun tidak suka berada di luar rumah. Jika anda mempunyai ruang dan juga bajet yang mencukupi, treadmill adalah pilihan yang baik untuk senaman kardio di rumah.

Bagaimanapun, kesemua alatan ini tidak mampu menandingi keseluruhan alatan di gym yang lebih lengkap. Rumah tetap rumah dan gym tetap gym. Namun, ia tidak bermaksud anda tidak boleh menjadi lebih aktif di rumah. Pastikan anda membuat kajian terperinci sebelum membuat pembelian untuk memastikan anda mendapatkan peralatan yang sesuai dengan keperluan senaman anda. Selamat bersenam di rumah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI