
4 Simptom suami anda sudah layak diragui curang.
- Telefon Pintar
Pertama ialah melalui telefon pintar, jika sebelum ini suami jarang mengunci alatan tersebut namun secara tiba-tiba dia mula membawanya ke mana-mana maka tentu ada ‘sesuatu’ di situ.
2. Overtime
Kedua, apabila suami sentiasa mengatakan ‘overtime’ di tempat kerja tetapi gaji tak naik pun, bila hujung bulan mengadu tiada duit.
3. Aktiviti Luar
Selain itu, apabila suami mendakwa dia keluar malam pergi main futsal atau lepak dengan kawan-kawan tapi pakai lawa-lawa dan tidak berpeluh pun semasa balik.
4. Kad Kredit
Satu simptom yang ketara juga adalah apabila suami mula menggunakan kad kredit tanpa pengetahuan isteri.
Kalau tiba-tiba muncul bil kad kredit yang isteri tidak ketahui sebelum ini dan juga jumlahnya yang agak banyak sedangkan isteri tidak pernah mendapat barangan baru daripada suami, menunjukkan bahawa kes ini sudah ke tahap serius.
Kesimpulan
Bagaimanapun, apa yang penting dalam rumahtangga adalah kepercayaan antara pasangan dan juga komunikasi antara kedua-duanya.
Berdasarkan kajian luar negara juga menunjukkan sebab utama kes curang berlaku adalah kerana ketidakpuasan emosi.
Sebanyak 48 peratus kes curang berlaku adalah kerana ketidakpuasan emosi terhadap pasangan sebelum dan selepas berkahwin.
Contohnya seperti kes ‘kahwin paksa’ dan juga isteri yang berjawatan lebih tinggi daripada suami antara sebab utama kes ini terjadi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tegangkan Semula Kulit Anda Selepas Berat Badan Susut

Tegangkan kulit selepas berat badan turun
Bagi anda yang bertubuh gemuk dan telah mengalami penurunan berat badan, pasti menyebabkan kulit menggeleber. Jangan panik!. Kulit anda akan perlahan-lahan kembali pada bentuk asal menjadi lebih fit. Memandangkan ia mengambil masa yang agak lama, berikut beberapa langkah perlu anda buat untuk menganjalkan kembali kulit dengan lebih cepat.
1-Jangan lakukan penurunan berat badan secara mendadak. Sasarkan untuk hilangkan lemak hanya 1 hingga 2 pounds seminggu. Lakukan juga weight lifting supaya otot tidak turun hilang atau turun.
2-Kekal hidrat. Air merupakan komponen penting untuk mengekalkan keanjalan kulit. Anda perlu mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Boleh diperoleh daripada makanan mahu pun minuman.
3-Dua kandungan penting untuk mengekalkan kulit menjadi anjal adalah kolegen dan elastin. Kedua-dua kandungan ini terdapat banyak di dalam makanan berprotein seperti keju, susu, tofu, kekacang, ikan dan apa sahaja makanan yang mengandungi komponen.
4-Jaga kulit anda dengan menggunakan produk sesuai untuk kulit. Mandi dengan air panas bersama garam laut dan mineral akan meningkatkan ton kulit. Produk menganjalkan kulit yang mengandungi formula herba dapat kekalkan kulit hidrat dan tingkatkan formasi kolegen serta elastin dalam kulit.
Kaitan gen dan berat badan anda
Adakah anda pernah berfikir mengapa sesetengah orang begitu menjadi dan berkesan melakukan program diet serta senaman menurunkan berat badan. Sementara yang lain gagal walaupun melakukan program yang sama. Anda perlu ingat bahawa setiap orang mempunyai jenis tubuh unik dan bentuk tersendiri yang akan bertindak balas secara berbeza dengan program senaman atau nutrisi.
Satu kajian melaporkan bahawa bagaimana cara gen anda berekspresi (atau juga dikenali sebagai epigenetics) akan mengandaikan sama ada diet atau rejim senaman tertentu akan berkesan pada tubuh anda atau tidak. Ia sesuatu yang menarik kerana pada masa depan, ujian air liur mungkin boleh menyatakan apa jenis program turunkan berat atau tingkatkan otot bersesuaian dengan anda.
Adakah perlu ambil testosteron untuk kekal fit?
Testosteron bukan hanya sesuatu yang diambil oleh kebanyakan pemain bola sepak, ahli bina badan atau ahli sukan lain untuk meningkatkan prestasi mereka, lelaki yang rendah testosteron boleh mengalami masalah berat badan, rendah motivasi untuk bersenam, fungsi seksual semakin merudum malah ada kaitannya dengan diabetes jenis 2 dan kawalan gula dalam darah yang lemah.
Jadi, adakah testosteron baik untuk kekalkan tubuh sihat? Ya, ia baik untuk tubuh kekal sihat dan cergas, namun perlu mengambil dalam kadar yang betul serta testosteron yang dibenarkan. Selain meningkatkan sel otot, ia juga baik bagi membuatkan anda bertenaga dan aktif, meningkatkan libido, meningkatkan fokus mental dan juga menstabilkan emosi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tidur Cukup, Panjang Umur

TIDUR ADALAH AKTIVITI SEMULA JADI PEMULIHAN DIRI DI SAMPING MEMBUATKAN ANDA MERASA LEBIH BAIK, TIDAK HANYA SEKADAR PEMULIHAN HATI, MENCEGAH LINGKARAN HITAM DI BAWAH MATA. ORANG DEWASA MEMERLUKAN WAKTU TIDUR YANG SEMPURNA ANTARA 7- 8 JAM SEHARI UNTUK MEMBERIKAN WAKTU BAGI OTOT DAN FIKIRAN BERISTIRAHAT, SEMENTARA ITU HORMON-HORMON TERTENTU DAPAT BEKERJA HANYA KETIKA KITA TIDUR YANG BERKUALITI DI MALAM HARI, TERMASUK HORMON PERTUMBUHAN ATAU HGH, KERANA BEGITU PENTINGNYA TIDUR BAGI TUBUH KITA.
MENINGKATKAN MEMORI
Tahukah anda fikiran anda sangat sibuk sewaktu sedang terjaga? Sewaktu tidur kita akan memperkuat ingatan dan mempraktikkan keterampilan yang dipelajari sewaktu terjaga Jika anda mencuba untuk mempelajari sesuatu, baik secara fizikal atau mental, maka selanjutnya anda akan mempraktikkannya. Dengan kata lain, jika anda mencuba untuk mempelajari sesuatu, maka hasilnya akan menjadi lebih baik setelah anda tidur.
UMUR LEBIH PANJANG
Terlalu banyak atau terlalu sedikit tidur dikaitkan dengan umur yang lebih pendek, meskipun belum jelas apa penyebab dan kesannya. Dalam sebuah kajian yang dilakukan terhadap wanita berusia 50 hingga 79 pada tahun 2010, kematian lebih banyak terjadi pada wanita yang tidur kurang dari lima jam atau lebih sedikit setiap malam.
TIDUR MEMPENGARUHI KUALITI HIDUP
Banyak orang yang menganggap remeh dengan waktu tidur. Namun faktanya, jika Anda memiliki tidur yang lebih baik, maka Anda pasti dapat hidup lebih baik.
MENCEGAH SAKIT JANTUNG
Peradangan adalah keadaan yang sangat berkait dengan penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis, arthritis, dan penuaan. Kajian menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur, enam jam tidur atau kurang setiap malam, memiliki tingkat protein inflamasi dalam darah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka memiliki waktu tidur lebih banyak. Penyelidikan pada tahun 2010 menemukan bahawa protein C-reaktif, yang berhubungan dengan risiko serangan jantung, lebih tinggi pada orang-orang yang memiliki waktu tidur malam enam jam atau lebih sedikit. Orang dengan masalah insomnia boleh mengalami peningkatan tekanan darah dan peradangan dengan penggunaan ubat tidur.
LEBIH KREATIF
Tidur yang berkualiti dapat memperkuatkan ingatan, otak juga akan mengatur dan menyusun semula memori, memberikan kita lebih kreatif. Para pengkaji dari Harvard University dan Boston College menemukan bahawa sewaktu tidur dapat menguatkan komponen emosional memori, yang dapat membantu dalam proses menjadi kreatif.
MENINGKATKAN PRESTASI OLAHRAGA
Jika anda seorang atlet, tidur mungkin adalah satu cara sederhana untuk meningkatkan prestasi anda. Satu kajian yang dilakukan di Stanford University menemukan bahawa Pemain sepak bola di sebuah Universiti yang cuba tidur sekurang-kurangnya 10 jam setiap malam selama tujuh hingga lapan minggu, kebanyakannya, tidak terlalu merasa letih di siang hari, dan lebih banyak memiliki stamina. Hasil kajian ini menunjukkan penemuan sebelumnya, iaitu pada pemain tenis dan atlet renang.
MENINGKATKAN KUALITI AKADEMIK
Anak-anak yang berusia antara usia 10 dan 16 yang memiliki gangguan pernafasan sewaktu tidur, di antaranya mendengkur, dan jenis-jenis gangguan pernafasan sewaktu tidur, lebih cenderung memiliki masalah dengan perhatian dan pembelajaran – menurut sebuah kajian di tahun 2010 pada Journal Sleep. Hal ini boleh mengakibatkan “gangguan yang ketara di sekolah,” Dalam kajian lain, mahasiswa yang tidak mendapatkan cukup waktu tidur memiliki kualiti yang lebih rendah daripada mereka yang cukup tidur.
MEMILIKI BERAT BADAN YANG SEMPURNA
Jika Anda berfikir tentang diet menurunkan berat badan, Anda mungkin juga perlu untuk merencanakan waktu tidur lebih awal. Pengkaji di University of Chicago menemukan bahawa orang yang diet dengan waktu istirahat yang baik, lebih banyak mengalami kehilangan lemak hingga 56% dari berat badan. kajian juga mendapati, orang yang mendapat sedikit tidur merasa lebih lapar. Tidur dan metabolisme tubuh dikendalikan oleh sektor yang sama dari otak, sehingga ketika Anda mengantuk, hormon tertentu dalam tubuh akan naik dalam darah dan mendorong nafsu makan.
LEBIH RENDAH ( KETEGANGAN)
Dalam hal kesihatan, stres dan tidur merupakan 2 hal yang hampir bersatu, dan keduanya boleh mempengaruhi kesihatan jantung. Tidur mencukupi dapat mengurangi tingkat stres, dengan demikian orang yang dapat mengawalnya menjadikan tekanan darah mereka menjadi lebih baik. dipercayai juga bahawa tidur memiliki kesan dengan tingkat kolesterol, yang berperanan penting untuk penyakit jantung.
ELAK DARI KEMURUNGAN
Tidur nyenyak tidak hanya sekadar untuk meningkatkan kualiti hati dan mereda kemarahan, tetapi juga sangat baiki bagi kesejahteraan kita secara keseluruhan. Kurang tidur dapat menyebabkan kemurungan. Tidur malam yang berkualiti benar-benar dapat membantu orang yang kemurungan dan mengurangi kecemasannya. Anda akan mendapatkan lebih banyak penstabiliti emosi jika mendapatkan tidur yang baik.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bernama ‘Happy’ Tetapi Lelaki Ini Tak Selalu Bahagia, Ironinya Kerana Nama

Bagi seorang lelaki, nama kadangkala ibarat jaket kulit. Tak semua orang boleh nampak menarik menggayakannya, tapi bila kena gaya, memang nampak solid. Tapi bagi Terauchi Happy, seorang lelaki Jepun berusia 27 tahun, nama itu bukan sekadar sebutan, tapi satu ujian emosi dan sosial yang berpanjangan.
Ya, anda tak salah baca. Lelaki ini memang namanya Happy. Sekali imbas kedengaran seperti nama karakter di dalam animasi kartun, bukan? Tapi realitinya, hidup Terauchi jauh daripada gembira.
“Kamu ‘Happy’, tapi tak nampak macam orang yang gembira pun.”
Itu antara ayat yang sering dilemparkan kepadanya sejak di bangku sekolah. Bayangkan budak lelaki yang cuba cari tempat dalam dunia yang keras ini, tapi sentiasa dijadikan bahan lawak hanya kerana namanya.
Bukan sebab perangai pelik, bukan sebab gagal akademik tetapi hanya sebab satu nama yang dipilih oleh ibunya dengan penuh rasa syukur dan kasih sayang ketika melahirkannya.
Memetik laporan Oddity Central, Terauchi Happy berkata, ibunya menamakan beliau sedemikian kerana kegembiraan luar biasa yang dirasai ketika kelahirannya.
Tapi siapa sangka nama ini jugalah yang menjadi satu bebanan besar buat dirinya.
Masa mohon kerja? Majikan atau syarikat yang ingin dipohon ingat dia buat lawak. Malah beberapa kali dia terpaksa buktikan yang ‘Happy’ memang nama betul dalam kad pengenalan, bukannya sekadar nama main-main.
Ironinya, dalam dunia profesional yang katanya terbuka dan moden, ada juga yang tersangkut pada stereotaip nama.
TAK SALAHKAN IBU
Bagaimana pula dengan hubungan romantis atau cinta? Tak kurang peritnya. Salah satu hubungan yang dia harap jadi serius, akhirnya putus sebab keluarga si gadis tak boleh ‘hadam’ nama dia.
Mungkin rasa tak sesuai menantu bernama Happy masuk dalam keluarga yang serius dan konservatif?
【吐露】キラキラネーム当事者が語る「生き辛さ」https://t.co/WANPVIQAEK
「静かな性格と名前のギャップをいじられた」「名前を呼ばれて立った瞬間に一気に視線を向けられた」といった経験を挙げ、「めっちゃ嫌だった」と自身が抱えてきた生き辛さを明かした。 pic.twitter.com/nh4KhuWVxL
— ライブドアニュース (@livedoornews) March 12, 2025
Namun begitu Terauchi Happy tidak pernah menyalahkan ibunya. Dia tak pernah rasa benci dengan nama itu walau pun ia sering jadi punca dia tidak bahagia.
Malah dia enggan tukar nama, kerana baginya, itu sebahagian daripada identiti dan sejarah hidupnya. Muncul dalam satu segmen program TV popular Jepun, ABEMA Prime, Terauchi tampil dengan berani berkongsi kisahnya.
Dan daripada situ, ribuan warganet mula sedar bahawa di sebalik nama yang kelakar atau pelik bagi sesetengah orang, tersembunyi kisah yang sangat manusiawi.
PENERIMAAN DIRI
Bagi kita lelaki, yang hidup dalam budaya “keras kepala itu maskulin”, kadang-kadang kisah seperti ini mengajar tentang empati dan penerimaan diri. Nama bukan penentu karakter.
Nama tak harus jadi halangan untuk dihormati. Dan yang paling penting—tak semua orang yang namanya Happy, hidupnya sentiasa ceria.
BACA: Alif Satar Kongsi Pesanan Lantang Tentang Masalah Buli Di Kalangan Anak Muda
Kadang-kadang lelaki paling kuat bukan yang sentiasa menang, tapi yang tetap berdiri walau diketawakan, tetap melangkah walau tak difahami.
Jadi, kalau ada seseorang bernama pelik dalam hidup korang—jangan cepat menghakimi. Mungkin mereka jauh lebih ‘lelaki’ daripada yang kita sangka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI