Akhirnya Aliff Aziz bersuara selepas mendiamkan diri berhubung pelbagai isu terpalit dirinya.
Memetik laporan Vocket, Aliff Aziz mendakwa keretakan rumah tangganya berpunca daripada isterinya Bella Astillah yang bermain kayu tiga dengan lelaki dipercayai pelakon Muaz Zabir pada November tahun lalu.
Menerusi menerusi saluran Youtube podcast TheCommonFolks SG, Aliff memberitahu menyedari perkara itu selepas melihat mesej perbualan yang tersimpan dalam telefon isterinya itu. Jelas artis itu, perkara itu telah mengubah hidupnya.
“Pada tarikh 13 November tahun lalu ada perkara besar berlaku dalam hidup yang membuatkan saya kehilangan kata-kata.
“Masa itu saya sedang bertanding dalam Konsert All Stars Gegar Vaganza menyanyikan lagu Cek mek Molek dan diangkat sebagai juara mingguan.
“Tujuan pendedahan ini bukanlah nak serang sesiapa atau nak pertahankan diri. Cuma, saya ingin bercerita perkara terjadi membabitkan Bella.
“Pada awal pagi Ahad itu, saya memang tak dapat tidur. Tiba-tiba datang rasa nak tengok telefon bimbit Bella dan melihat mesej dalam arkib. Masa itu, Bella sedang tidur.
“Sebaik sahaja mesej dibuka dibuka, saya sangat terkejut melihat isi kandungan hingga tak mampu nak kawal diri,” dakwa Aliff.
Bagaimanapun, dia memaafkan isterinya dan berasakan mungkin perasaan itulah yang dirasakan Bella ketika dirinya berlaku curang sebelum ini.
Alif juga memberitahu yang dia cuba berubah menjadi suami yang lebih memahami dan bertanggungjawab. Namun, Bella sudah tawar hati dan mereka berdua sering bergaduh disebabkan perkara kecil.
Aliff juga mengakui dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk memulihkan hubungan mereka lagi kerana nasi sudah menjadi bubur.
Dia turut mengakui perpisahan juga jalan terbaik kerana sudah tidak lagi berkomunikasi selepas konflik rumah tangga berlaku.
“Ketika ini, bila saya melihat cermin, saya adalah lelaki yang gagal. Jika ini kata-kata terakhir yang boleh dilafazkan, saya ingin ucapkan terima kasih atas rasa cinta dan kasih sayang sepanjang lapan tahun perkahwinan.
Aliff turut mengakui yang dirinya tidak mampu mencapai kesempurnaan jika tiada Bella di sampingnya.
Oleh itu, Aliff terpaksa menerima hakikat akan kehilangan isteri dan anak-anak buat selama-lamanya gara-gara dia yang tidak menghargai mereka selama ini
Sumber: Vocket
BACA: Hafidz Roshdi Tidak Malu Jadi Penghantar Barang Asalkan Rezeki Halal