“Aku Dah Penat, Kami Dah Penat” – Luahan Altimet Dengan Keadaan Pandemik Semasa Curi Perhatian Ramai

Share

Rsanya sudah lebih setahun kita berdepan dan bergelut dengan penularan wabak Covid-19. Selepas beberapa ketika, kita dilihat berjaya membendung penularan dengan angka jangkitan pernah mencatat sifar.

Namun selepas itu muncul gelombang kedua dan kini yang ketiga. Perintah Kawalan Pergerakan pula sudah tiga kali diumumkan di seluruh negara. Dan situasi kini makin genting dengan kadar jangkitan dan kematian yang jauh lebih tinggi berbanding dahulu.

Kemunculan pelbagai varian yang lebih bahaya dan agresif juga membuatkan usaha membendung penularan ini menjadi bertambah sukar.

Selain faktor kesihatan, sektor ekonomi juga telah banyak terjejas teruk. Pelbagai industri telah terekna tempias pandemik yang cukup malang ini. Semakin ramai orang tersepit dengan cabaran yang entah bila ada penghujungnya. Jadi tidak hairanlah ramai yang sudah penat sama ada fizikal atau mental.

Perkara itulah juga yang disuarakan oleh rapper, ikon hip hop dan komposer terkenal tanah air, Altimet. Menerusi satu hantaran di Instagram kendaliannya, Altimet melahirkan dan meluahkan rasa penat apabila terpaksa menmpuh norma baharu dan fasa kehidupan yang sukar akibat pandemik ini.

Luahan yang cukup tulus tersebut turut disambut baik oleh rata-rata pengikutnya yang menyatakan Altimet menzahirkan apa yang turut terbuku di hati mereka.

Lebih menarik ia juga berupa satu teguran yang terbuka kepada pihak atasan bahawa ramai sebenarnya yang sudah kepenatan dengan dugaan berpanjangan seperti sekarang.

“Aku dah penat. Kami dah penat. Setahun lebih kami ikut peraturan. Kehendak peribadi letak tepi, utk kebaikan semua, jadi negara kita ni pulih balik, kalahkan pandemik ni. Aku penat nak bgtau kat anak aku pasal virus ni, musuh yg tak dpt dilihat ni. Aku penat nak jelaskan kat dia kenapa dia tak dpt main dgn sedara dia, kawan kawan dia.

Altimet juga melahirkan rasa terkilannya kerana terpaksa melihat perkembangan anak-anak yang terbantut prkembangan sosial mereka sepanjang penularan wabak Covid-19.

“Aku kesiankan anak2 aku sbb perkembangan sosial & persahabatan diorang terbantut akibat tak pegi sekolah. Aku dah penat tanggung kerugian bisnes aku. Aku tak sanggup tutup sebab berapa ramai kawan2 aku kena lepaskan jadi penganggur.

Selai itu, Altimet turut berasa sedih dengan nasih rakan-rakan dan peniaga yang terpaksa gulung tikar dan menanggung kerugian. Dan ia juga termasuklah kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.

“Aku dah penat beli barang niagaan kawan kawan industri hiburan, yg terpaksa berniaga sbb takde job. Aku harap, orang atasan tahu yg aku ni kepenatan. Aku harap orang atasan tau, bukan Aku sorang yg kepenatan, tapi kami tetap ikut saranan & SOP yang ditetapkan. Walaupun kami penat. #KitaJagaKita kan? Bismillah.”

Semoga teguran terbuka Altimet  ini boleh membuka mata kita semua bahawa kita semua belum menang. Dan kepada pihak yang diberi teguran oleh Altimet, jadikanlah ini sebagai pembuka mata untuk memberikan yang terbaik buat anak bangsa.

Kita jaga kita!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim