Mungkin perkara inilah yang sentiasa bermain di minda ramai orang terutamanya bagi mereka yang mula berjinak-jinak dengan aktviti larian. Bagi mereka yang sudah expert larian ini satu aktviti yang sudah biasa bagi mereka.

Tapi bagi yang masih beginner, ia mungkin agak mencabar apatah lagi jika melakukannnya setiap hari.

Adakah selamat melakukan larian setiap hari tanpa ada selang waktu rehat?

Terdapat kajian menunjukkan bahawa seseorang yang berlari di antara 5 hingga 10 minit setiap hari dengan kelajuan yang sederhana mampu menjauhkan diri mereka dengan pelbagai ancaman penyakit terutamanya jenis kronik.

Aktviti Larian Boleh Dilakukan Setiap Hari Tapi Dengan Syarat Ini

IKLAN

FAEDAH LARIAN SETIAP HARI

Bagi permulaan anda boleh melakukan larian di antara 5 hingga 10 minit sehari dengan keljauan 7 kilometer sejam. Lakukan teknik ini secara konsisten selama satu hingga dua minggu pada setiap hari. Kemudian jarak dan kelajuan larian anda boleh ditambah secara berperingkat. Berikut merupakan faedah besar yang anda dapat jika melakukan aktvitilarian dengan konsisten.

  • merendahkan risiko kematian akibat serangan sakit jantung atau strok
  • mengurangkan risiko berdepan penyakit berkait kardiovaskular
  • mampu kurangkan risiko kanser
  • menjauhkan anda daripada penyakit neurologikal seperti Alzheimer dan Parkinson

Aktviti Larian Boleh Dilakukan Setiap Hari Tapi Dengan Syarat Ini

IKLAN

KESAN SECARA LANGSUNG

Manakala itu, sekumpulan saintis dari Belanda pernah melakukan kajian dan memberikan rekomendasi kepada setiap orang untuk berlari selama 2.5 jam setiap minggu atau dengan jumlah 30 minit larian selama 5 hari dalam seminggu.

Mereka mendapati indvidu yang melakukan larian pada tahap rekomendasi mereka memperolehi kualiti hidup lebih baik. Di antara kesannya ialah:

IKLAN
  • tidur yang lebih nyenyak
  • meningkatkan mood
  • konsentrasi lebih baik
  • selera makan juga bertambah

Aktviti Larian Boleh Dilakukan Setiap Hari Tapi Dengan Syarat Ini

ADAKAH SELAMAT BERLARI SETIAP HARI?

Jika anda ingin berlari pada setiap hari ada beberapa faktor pelu diberi perhatian. Ini adalah untuk mengelak berlakunya kecederaan terutamanya di bahagian kaki.

Untuk mengelakkan kecederaan anda boleh ikuti langkah berikut;

  • pastikan anda memakai kasut larian yang betul dan saiz yang tepat
  • jangan paksa kaki untuk berlari dalam kasut kurang sesuai
  • tingkatkan jarak larian secara berperingkat
  • campur aktviti larian dengan senaman lain seperti berbasikal atau berenang
  • panaskan bada sebelum mula berlari
  • lari dalam postur badan yang betul
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI