Berenang
Berenang boleh membantu anda membakar kalori berbeza-beza mengikut gaya renang yang dilakukan. Sebagai contoh gaya bebas. Ini adalah gaya berenang paling klasik, gaya bebas melatih hampir seluruh otot tubuh hingga membakar kalori paling banyak. 10 minit berenang gaya bebas dapat membakar sebangak 100kcal. Jika anda bukan seorang perenang, anda boleh bermain dengan air secara bebas, atau ber aqua aerobik. Ini dapat membakar 50kcal selama seminit dan boleh membakar 150kcal dalam masa 10 minit,
Berlari
Jika anda lari dengan cepat, denyut jantung anda meningkat secara signifikan. Setelah 30 minit anda berlari tanpa henti, tubuh anda akan memerlukan waktu untuk pulih dan menenangkan diri untuk kembali seperti biasa. Selagi jantung anda terus berdegup kencang, tubuh anda akan terus membakar lebih banyak kalori walaupun anda telah berhenti berlari. Pada dasarnya, inilah cara kerja tubuh untuk membakar kalori dengan berlari. Berikut adalah satu contoh cara berlari yang baik untuk pembakaran kalori yang banyak:
- 5 minit panaskan badan
- 1 minit berlari pantas diikuti dengan 1 minitt lari perlahan. Ulang sebanyak 5 kali.
- 5minit sejukkan badan
Berbasikal
Seorang individu seberat 100kg yang mengayuh basikal untuk ketempat kerja setiap hari , akan membakar sehingga 1050 kcal dalam tempoh satu jam perjalanannya. Hal ini bermakna hanya dengan berbasikal ,individu tersebut telah mampu membakar 5250 kcal pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya.
Naik turun tangga
Memanjat tangga dengan berjalan boleh membakar 563 kalori dalam masa sejam. Ini adalah jumlah kalori yang sama dibakar jika anda berlari perlahan selama 12 minit. Walau bagaimanapun, naik dan turun tangga membakar lebih banyak kalori daripada berjoging dan berjalan di permukaan rata. Pengarang Mark Fenton, “Panduan Lengkap untuk Berjalan untuk Kesehatan, Berat Badan, dan Kecergasan” menjelaskan bahwa berjalan kaki di lereng memerlukan lebih banyak tenaga untuk menjaga keseimbangan Anda. Naik dan turun tangga boleh membakar lemak sebanyak 15 peratus, 67 peratus lebih banyak kalori daripada berjalan di permukaan rata, Fenton menulis.
Bersukan
Bermain badminton secara aktif sahaja sudah boleh bakar 600-900 kalori per jam. Jumlah pembakaran kalori ini juga boleh digunapakai untuk permainan sukan seperti tenis dan squash. Selain itu bermain futsal dan bola sepak boleh juga membakar lemak yang banyak. Tak kiralah kaum adam atau hawa, kalau rasa sukan ini menarik, anda bolehlah bermain bersama teman-teman rapat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Menu Hipster, Dihidangkan Dalam Kuantiti Melampau, Ganggu Diet Tanpa Sedar
KEBELAKANGAN INI SEMAKIN BANYAK RESTORAN HIPSTER YANG MENGHIDANGKAN MENU DALAM KUANTITI YANG SANGAT BANYAK, SAIZ BESAR DAN ADA YANG BOLEH DIMAKAN UNTUK ENAM ORANG TAPI DIHIDANGKAN KEPADA SEORANG PELANGGAN SAHAJA. TREND INI SERBA SEDIKIT MEMBUATKAN SEMAKIN RAMAI TERDEDAH KEPADA BAHAYA OBESITI. DI SINI DISENARAIKAN MAKANAN RINGAN (SNEK) YANG BIASA ANDA PESAN DI SESEBUAH RESTORAN YANG ‘DOSA’ KALAU AMBIL MASA ANDA SEDANG BERDIET!
Burger daging:
- Mengandungi 4 gram lemak tulen. Makanan segera yang dipanggil burger ni membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
Ayam goreng:
- Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak).Banyak garam. Ramai yang suka ayam goreng segera. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.
Kentang goreng:
- French fries atau Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.
Susu kocak (shake)
- Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungiperisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.
Minuman berasaskan Kola:
- Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.
Garam
- Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.
Gula
- Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.
Serat
- Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.
Vitamin dan zat galian
- Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Terlalu Obses Sado, Amin Hayat Pernah Hidap Alopesia
Pengalaman berdepan alopesia atau keguguran rambut kritikal hingga menyebabkan botak menjadi igauan ngeri buat pembaca berita TV9, Amin Hayat Abd Rahim, 35, tahun lalu. Dia mengakui perkara itu memberi tekanan untuk berdepan masyarakat hingga hilang keyakinan diri dan mengganggu emosinya apabila tampil di khalayak sebagai pembaca berita.
“Masalah alopesia sudah bermula sejak 2014 tapi tidak terlalu serius dan sembuh secara semula jadi. Namun pada awal 2016, ia bertambah kritikal. Mungkin faktor stres yang tidak diurus dengan baik menyebabkannya lebih serius sehingga menjadi kronik.
“Saya mendapatkan nasihat pakar dan dimaklumkan bahawa saya menghidap alopesia areata iaitu berkaitan autoimun. Mungkin akibat terlalu mahu berbadan sasa, saya mengambil makanan tambahan seperti serbuk protein.
“Selain itu, kerana mahu kesan yang lebih cepat, saya mengambil steroid untuk dimakan dan dicucuk pada badan,” katanya yang terbabit dalam kempen kesedaran ‘Aku Alopesia #adajalannya.”
Selepas mendapatkan rawatan daripada pakar selama setahun, Amin Hayat berjaya mendapatkan kembali rambut yang hilang dan kini menjadi jurucakap bagi memberi kesedaran awam mengenai masalah itu.
Menurutnya, sepanjang tempoh setahun, dia dirawat dengan beberapa rawatan khas berkaitan alopesia iaitu helmet iGrow, suntikan steroid, suntikan dan laser Platlet Rich Plasma (PRP) serta terapi laser excimer.
Diharap pembabitan saya dalam kempen kesedaran alopesia ini dapat memberi inspirasi kepada golongan yang mempunyai masalah sama tetapi malu menyuarakannya.
“Selain itu, saya mahu memberi pengetahuan kepada mereka untuk mendapatkan rawatan yang betul bukan tertipu dengan produk atau khidmat yang menawarkan rawatan alopesia yang hanya berbentuk gimik semata-mata.
“Saya juga merancang untuk mewujudkan kumpulan sokongan khas untuk Kempen Kesedaran Alopesia yang pertama di Malaysia,” katanya.
KEPERLUAN SETIAP ORANG BERBEZA
Sementara itu, Pengarah Perubatan Clique Clinic Dr Tingsong Lim berkata, disebabkan masalah alopesia bergantung kepada tubuh individu, rawatan bagi setiap pelanggan yang mengalami masalah berkenaan mungkin berbeza dan tempoh rawatan juga bergantung kepada penerimaan atau tindak balas tubuh seseorang.
Katanya, sejarah perubatan lengkap, sejarah keluarga dan pemeriksaan fizikal dapat membantu dalam diagnosis. Corak dan kadar keguguran rambut, keadaan rambut berhampiran (contohnya, jika rambut dipotong) dan gejala yang disertai turut diambil kira apabila membuat diagnosis.
“Oleh kerana perubahan hormon, kerengsaan atau kerosakan, beberapa folikel rambut mengalami fasa pertumbuhan lebih pendek dan menghasilkan rambut lebih nipis dan pendek.
“Rambut melalui kitaran pertumbuhan dan rehat manakala setiap kitaran berbeza mengikut individu. Tetapi secara umum, fasa pertumbuhan rambut kulit kepala, yang dikenali sebagai anagen, biasanya berlangsung dua hingga tiga tahun.
“Pada masa ini, rambut anda tumbuh kurang dari setengah inci (satu sentimeter) sebulan. Fasa rehat iaitu telogen pula biasanya berlangsung tiga hingga empat bulan. Pada akhir fasa rehat, helaian rambut jatuh dan yang baru mula tumbuh di tempatnya. Setiap kali rambut gugur, peringkat pertumbuhan bermula semula,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Lim berkata, rata-rata rambut manusia gugur 50 hingga 100 helai setiap hari namun dengan kira-kira 100,000 rambut di kulit kepala, jumlah keguguran rambut ini tidak boleh menyebabkan penipisan ketara rambut.
Katanya, penipisan secara beransur-ansur adalah normal seiring penuaan, bagaimanapun, keguguran rambut boleh menyebabkan kebotakan apabila kadar keguguran melampaui kadar pertumbuhan semula, apabila rambut baru lebih nipis daripada rambut yang gugur.
JENIS KEGUGURAN RAMBUT
Alopesia androgenetik (kebotakan luar)
Dalam corak botak lelaki dan wanita, masa pertumbuhan semakin berkurangan dan rambut tidak tebal atau kukuh. Dengan setiap kitaran pertumbuhan, rambut berakar lebih dangkal dan lebih mudah gugur. Keturunan mungkin memainkan peranan kerana sejarah alopesia androgenetik di kedua-dua belah keluarga meningkatkan risiko botak.
Alopesia cicatricial (parut)
Keguguran rambut kekal berlaku apabila keradangan merosakkan dan meninggalkan parut folikel rambut. Ini menghalang rambut baru daripada berkembang. Keadaan ini boleh dilihat dalam beberapa keadaan kulit, termasuk lupus eritematosus atau lichen planus. Tidak diketahui apa yang mencetuskan atau menyebabkan keradangan ini.
Alopesia areata
Ia dikelaskan sebagai penyakit autoimun, tetapi penyebabnya tidak diketahui. Mereka yang mengalaminya secara amnya berada dalam keadaan baik, namun sesetengah penghidap mungkin mempunyai gangguan autoimun yang lain, termasuk penyakit tiroid. Sesetengah saintis percaya bahawa segelintir individu secara genetik menderita mengembangkan penyakit ini dan pencetus, seperti virus atau sesuatu yang lain di persekitaran menyebabkan keadaan ini. Sejarah keluarga alopesia areata menjadikan mereka lebih cenderung untuk mendapatnya. Rambut pada umumnya tumbuh semula, tetapi mungkin gugur dan tumbuh semula beberapa kali.
Telogen effluvium
Jenis keguguran ini biasanya disebabkan oleh perubahan dalam kitaran biasa rambut. Ia mungkin berlaku apabila beberapa jenis kejutan pada sistem anda emosi atau fizikal menyebabkan akar rambut dipaksa ke dalam keadaan berehat sebelum waktunya. Rambut yang terjejas dari akar rambut ini gugur dan dalam satu atau dua bulan, folikel rambut menjadi aktif lagi dan rambut baru mula berkembang.
Telogen effluvium mungkin dipengaruhi tekanan emosi, seperti kematian dalam keluarga atau tekanan fisiologi, seperti demam panas, kehilangan berat badan secara tiba-tiba atau berlebihan, diet melampau, kekurangan nutrisi, pembedahan atau gangguan metabolik. Rambut biasanya tumbuh semula selepas keadaan yang menyebabkannya membetulkan dirinya, tetapi biasanya mengambil masa berbulan-bulan.
Alopesia traction
Keguguran rambut disebabkan tekanan berlebihan pada setiap helaian rambut, contohnya tarikan terlalu kuat. Tekanan berlebihan ini akan menyebabkan rambut tertarik keluar dan ia boleh merosakkan folikel rambut. Jika tekanan berterusan, lama kelamaan proses penghasilan rambut menjadi perlahan dan akhirnya berhenti. Sekiranya tarikan dihentikan sebelum mencederakan kulit kepala dan kerosakan kekal pada akar, rambut biasanya tumbuh kembali normal.
Dr Lim turut menyarankan setiap individu mengamalkan pemakanan seimbang, meninggalkan diet keterlaluan atau mendadak yang boleh menyebabkan keguguran rambut kerana hampir 90 peratus komponen penting rambut ialah protein.
Ini kerana katanya, kesihatan rambut banyak bergantung kepada pengambilan zat seperti kalsium dan zink. Tetapi harus diingati terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan rambut gugur.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Khasiat Pisang Yang Ramai Tidak Tahu
Apa yang akan terjadi pada badan anda jika anda makan dua biji buah pisang? Tentunya badan anda memerlukan makanan yang sihat dan seimbang setiap hari. Makanan yang bagus dan baik selalunya datang secara semula jadi dan tidak melalui bahan-bahan yang telah diproses. Pisang bukan saja terkenal buat mereka yang ingin menurunkan berat badan, malah ia juga baik untuk sesiapa saja tak kira tua atau muda.
Pisang kaya dengan potassium, serat, vitamin C, dan B6 yang sihat, tetapi mereka tidak disyorkan untuk orang yang mempunyai keadaan tertentu. Dan kerana kami tahu anda tertanya-tanya, kami juga akan memberitahu anda berapa banyak pisang yang anda perlu makan agar anda tidak mengambilnya secara berlebihan.
Ini merupakan kandungan yang terdapat dalam dua biji pisang,
210 Kalori
Potassium 900 mg (24% RDA)
54 g Karbohidrat (18% RDA)
2 g Serat pemakanan (24% RDA)
28 g Gula
Protein 6 g (4% RDA)
Anda juga akan mendapat peratusan berikut RDA bagi nutrien penting ini:
2% Vitamin A
34% Vitamin C
2% Besi
40% Vitamin B6
Magnesium 16%
Ini pula antara manfaat yang anda akan dapat jika anda ambil 2 biji pisang sehari:
Manfaat besar pada RDA potassium anda
Ramai daripada kita tidak menyedari betapa pentingnya kalium untuk tubuh kerana kita tidak tahu dengan tepat apa kepentingannya. Potassium sebenarnya adalah salah satu nutrien yang paling penting kerana ia digunakan oleh setiap sel dalam badan untuk menghasilkan cas elektrik yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Potassium juga memainkan peranan dalam menjaga kadar jantung stabil, mengekalkan tekanan darah yang sihat, dan mencetuskan pelepasan insulin apabila diperlukan untuk mengawal gula darah.
RDA untuk kalium dalam golongan dewasa yang sihat adalah antara 3,500-4,700mg sehari. Faktor lain seperti gaya hidup boleh menjejaskan jumlah yang disyorkan, jadi berbincanglah dengan doktor anda jika anda khuatir bahawa anda tidak mendapatnya dengan cukup. Tetapi dua pisang purata mengandungi kira-kira 900 mg kalium, jadi ia merupakan permulaan yang bagus. Sumber kalium lain yang baik termasuk kacang putih, kentang (putih dan manis), bayam, buah tembikai, dan sos tomato.
Membantu mengawal tekanan darah
Anda mungkin tahu bahawa terlalu banyak natrium adalah faktor risiko yang besar untuk tekanan darah tinggi. Apa yang anda tidak tahu bahawa ia sebenarnya adalah baki natrium dan kalium yang berfungsi untuk mengawal hipertensi. Pusat proses di buah pinggang, yang membantu mengawal tekanan darah dengan mengawal jumlah cecair yang disimpan dalam tubuh. Buah pinggang anda menapis darah anda dan menghisap cecair tambahan, yang diarahkan ke pundi kencing sebagai air kencing.
Ia adalah keseimbangan natrium dan kalium yang digunakan untuk menarik lebihan air dari aliran darah ke arah pundi kencing. Apabila baki dimatikan, lebih banyak lendir tersekat dan tekanan darah akan mula naik. Rata-rata, kurang daripada 2% orang dewasa AS memenuhi RDA harian mereka untuk potasium, yang bermaksud banyak orang mempunyai faktor risiko yang signifikan untuk hipertensi.
Dapat menurunkan risiko kanser
Diet yang tinggi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran segar adalah penting untuk meminimumkan risiko kanser kerana anda mendapat dos harian nutrien tanpa tambahan garam, gula, pewarna makanan, dan bahan pengawet. Tetapi pisang sangat baik kerana ia tinggi vitamin C, yang penting dalam memerangi radikal bebas karsinogenik. Serat dalam pisang juga penting untuk mengawal sistem pencernaan, dan dianggap mengurangkan risiko kanser kolorektal.
Meningkatkan Kesihatan Jantung Anda
Mencapai keseimbangan natrium dan kalium yang betul juga penting untuk kesihatan jantung. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa orang yang mendapat sekurang-kurangnya 4,069 mg kalium setiap hari mempunyai risiko 49% lebih rendah daripada penyakit jantung iskemik daripada orang yang mendapat kurang daripada 1,000 mg. Pisang membantu kesihatan jantung dengan cara yang berbeza juga. Serat, vitamin B6, dan vitamin C semuanya berfungsi bersama untuk menyokong kekuatan jantung anda.
Dapat mengurangkan kesakitan pada perut
Sekiranya anda berjumpa dengan doktor dalam keadaan perut yang teruk, kemungkinannya dia mengesyorkan anda mengikuti diet BRAT. Yang bermaksud, pisang, beras, epal, dan roti bakar, diet BRAT terdiri daripada makanan asas yang mudah dicerna. Pisang sangat baik untuk menjaga sistem perut dan perut anda tidak mudah berasa sakit kerana kalium membantu menstabilkan keseimbangan elektrolit anda.
Hampir 30g Gula sehari
Mungkin ada anda alergi dengan perkataan gula, tetapi apabila ia dikaitkan dengan pisang, anda tidak perlu bimbang begitu banyak. Pakar menyarankan anda mengurangkan pengambilan gula tambahan, jenis yang dipam ke dalam makanan di mana ia tidak wujud secara semulajadi. Gula dalam pisang adalah semulajadi dan datang dengan dos serat yang sihat juga. Serat membantu melancarkan penghadaman (gula dan karbohidrat jika tidak membakar dengan cepat), dan menstabilkan impak gula darah anda. Oleh itu, pisang adalah makanan ringan tengah hari atau tambahan untuk makanan anda apabila anda perlu bertenaga.
Berhadapan dengan masalah besar jika pengambilan terlalu banyak
Sebagaimana yang telah kami sebutkan, kebanyakan orang kekurangan kalium, dan dua pisang keseluruhan sehari tidak akan memberikan RDA penuh. Anda perlu makan 7 atau 8 pisang untuk mendapatkan kalium harian yang cukup dari sumber itu sahaja.
Walau bagaimanapun, terlalu banyak kalium sama berbahaya seperti terlalu sedikit, Ia boleh memusnahkan otot jantung anda. Tetapi bagi orang yang sihat, mereka perlu makan 400 biji pisang sehari untuk sampai ke tahap kronik tersebut. Jadi, jangan terlalu obses makan pisang, ambil biarlah berpada-pada. Banyak lagi makanan yang anda boleh fokus untuk mendapatkan diet yang seimbang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI