back-pain-desk-poor-posture-black-man(1)

Masalah sakit belakang di kalangan lelaki merupakan satu perkara yang tidak asing lagi. Ini kerana lelaki sering terdedah dengan aktiviti-aktiviti melibatkan fizikal dan menggunakan pergerakan yang banyak.

Tidak kiralah sama ada melakukan tugasa kerja, bersenam atau menyiapkan kerja-kerja rumah risiko berdepan masalah sakit belakang pasti ada.

Selain itu ramai di antara anda tak tahu bahawa beberapa perbuatan yang dianggap rutin harian boleh menjadi penyebab sakit belakang. Kadangkala aktviti yang dianggap sebagai rutin rehat mendatangkan risiko tersebut!

Antara simptom umum sakit belakang ialah sakit, kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan. Perlu diingatkan bahawa tulang belakang menyimpan pelbagai saraf penting dan menyokong 33 tulang vertebrae iaitu dari lima bahagian leher, dada, pinggang, punggung dan ekor. Sebab itu pentingnya dalam menjaga postur dan pergerakan badan kerana itu semua boleh mempengaruhi kesihatan tulang belakang. Walaupun sakitnya tampak biasa dan sekejap, namun percayalah ia boleh menjadi lebih serius.

Ini 3 rutin yang biasa boleh menjejaskan kesihatan tulang belakang.

IKLAN

1. Duduk terlalu lama

Mereka yang menghabiskan masa bekerja di pejabat terutamanya akan menghadapi masalah ini. Duduk boleh memberi tekanan pada ‘disc’ atau piring tulang belakang. Bukan itu sahaja, jika duduk terlalu dengan postur yang salah boleh melumpuhkan tulang belakang dengan cepat. Jika inginkan tulang belakang sihat, ubahlah posisi duduk dan rajinkan mengambil masa untuk berdiri atau berjalan sebentar setelah duduk lama.

BACA: Teknik Hilangkan Sakit Kepala Dalam Masa 5 Minit Tanpa Ubat!

IKLAN

2. Tilam tidak bagus

Kita menghabiskan masa yang lama ketika tidur. Tilam yang tidak menyokong bukan sahaja menjejaskan kualiti tidur malah memberi kesan pada tulang belakang. Pilihlah tilam yang menampung badan anda secara natural dan tidak terlalu keras. Tilam yang baik turut memperbaiki peredaran darah, melegakan otot dan pernafasan yang teratur.

Aktiviti & Rutin Harian Lelaki Yang Boleh Jadi Punca Sakit Belakang

IKLAN

3. Tak banyak bergerak

Pergerakan seperti berjalan kaki atau berlari sebenarnya boleh mengurangkan rasa sakit belakang. Anda tidak perlu melakukan senaman secara ekstrem, cukuplah dengan mengambil masa 20 minit hingga 30 minit meluangkan masa untuk berjalan atau bersenam. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita.

Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Tulang belakang juga seperti organ terpenting yang lain-lain. Ia membawa banyak perkara berkaitan kesihatan tubuh badan secara luaran dan dalaman. Kadangkala kerana kesilapan kita sendiri maka terjadi kerosakan atau kecederaan di tulang belakang, yang mengakibatkan pelbagai masalah yang terpaksa ditanggung.

Semoga anda terus menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI