Aktiviti Larian Selamat Dilakukan Setiap Hari Tapi Dengan Syarat

Share

Aktiviti senaman yang paling mudah dan menjimatkan serta ia boleh dilakukan di mana sahaja. Larian merupakan satu aktiviti kecergasan yang cukup popular kerana sifatnya yang cukup ringkas. Perlu ada kasut, masa dan juga kawasan untuk berlari. Itupun ia juga boleh dilakukan di atas treadmill.

Namun aktviti larian sebenarnya memberikan impak agak besar terhadap kaki terutamanya di bahagian lutut. Sudah banyak kita dengar di mana mereka yang baru berjinak dengan larian terus mengalami kecederaan.

Jadi apakah kesilapan yang telah mereka lakukan? Bila ia berlaku lalu ramailah bertanya sama ada larian ia dilakukan secara rutin atau setiap hari. Terlebih dahulu kita lihat apakah kelebihan melakukan aktviti larian secara rutin.

Terdapat kajian menunjukkan bahawa seseorang yang berlari di antara 5 hingga 10 minit setiap hari dengan kelajuan yang sederhana mampu menjauhkan anda dengan pelbagai ancaman penyakit.

FAKTOR KELEBIHAN

Apakah yang anda akan dapat bila berlari di antara 5 hingga 10 minit setiap hari dengan pacing 7 kilometer per jam?

  • merendahkan risiko kematian akibat serangan sakit jantung atau strok
  • mengurangkan risiko berdepan penyakit berkait kardiovaskular
  • mampu kurangkan risiko kanser
  • menjauhkan anda daripada penyakit neurologikal seperti Alheimer dan Parkinson

Sekumpulan saintis dari Belanda memberi rekomen kepada setiap individu untuk berlari selama 2.5 jam setiap minggu atau dengan jumlah 30 minit larian selama 5 hari dalam seminggu.

MENTAL

Selain itu kelebihan lain yang anda perolehi bila sentiasa berlari ialah;

  • tidur yang lebih nyenyak
  • meningkatkan mood
  • konsentrasi lebih baik
  • selera makan juga bertambah

ADAKAH SELAMAT BUAT SETIAP HARI?

Jika anda ingin berlari pada setiap hari ada beberapa faktor pelu diberi perhatian. Ini adalah untuk mengelak berlakunya kecederaan terutamanya di bahagian kaki.

Untuk mengelakkan kecederaan anda boleh ikuti langkah berikut;

  • pastikan anda memakai kasut larian yang betul dan saiz yang tepat
  • jangan paksa kaki untuk berlari dalam kasut kurang sesuai
  • tingkatkan jarak secara berperingkat
  • campur aktviti dengan senaman lain seperti berbasikal atau berenang
  • panaskan bada sebelum mula berlari
  • lari dalam postur badan yang betul

Larian yang sempurna akan lengkap dengan kasut yang baik. Usah risau, anda boleh dapatkan kasut terbaik di sini!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim