Aktiviti Larian Boleh Hancurkan Lutut Atau Menguatkan Lutut, Ini Perkara Membezakannya!

Share

Ramai yang beranggapan bahawa kecederaan utama yang berlaku kepada mereka yang aktif melakukan larian ialah sakit lutut. Tahukah anda bahawa ia adalah satu perkara yang tidak benar!

Kecederaan yang paling banyak berlaku dan sangat sinonim dengan aktiviti larian ialah melecet atau blister. Malah ia juga dianggap satu kecederaan biasa akibat berlakunya pergeseran terutamanya apabila memilih kasut saiz tidak sesuai atau material stoking dan pakaian tidak tepat.

Sport training photo created by freepik – www.freepik.com

Antara kerisauan ramai orang tentang lutut apabila berlari ialah tidak untuk tulang, tidak elok untuk sendi dan juga kecederaan serius pada bahagian tersebut.

Hakikat sebenarnya ia BOLEH MENCEDERAKAN & BOLEH MENGUATKAN lutut. Apa yang menentukannya ialah bagaimana anda berlari dan cara latihan.

SEBAB SAKIT LUTUT BILA BERLARI

Terdapat beberapa punca utama mengapa anda boleh sakit lutut atau berdepan kecederaan bila berlari. Antaranya ialah;

  • tidak panaskan badan
  • tergesa-gesa memecut laju
  • buat larian jarak jauh tanpa latihan
  • tidak lakukan regangan dan legakan otot
  • makan dan tidur tidak mencukupi
  • tidak lakukan senaman menguatkan kaki
Warm up photo created by jcomp – www.freepik.com

MENGUATKAN LUTUT BERSAMA LARIAN

Aktiviti larian boleh menguatkan lutut anda dengan syarat anda mengikut beberapa langkah tersebut;

  • memanaskan badan sebelum larian
  • lakukan larian yang lebih slow dan steady
  • tingkatkan kelajuan dan jarak dengan berperingkat
  • lakukan regangan sebaiknya
  • kuatkan otot kaki dari semasa ke semasa dengan senaman
  • utamakan pemulihan otot

Semoga perkongsian ini memberikan banyak manfaat larian untuk anda!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim