Ramai yang beranggapan bahawa kecederaan utama yang berlaku kepada mereka yang aktif melakukan larian ialah sakit lutut. Tahukah anda bahawa ia adalah satu perkara yang tidak benar!
Kecederaan yang paling banyak berlaku dan sangat sinonim dengan aktiviti larian ialah melecet atau blister. Malah ia juga dianggap satu kecederaan biasa akibat berlakunya pergeseran terutamanya apabila memilih kasut saiz tidak sesuai atau material stoking dan pakaian tidak tepat.
Antara kerisauan ramai orang tentang lutut apabila berlari ialah tidak untuk tulang, tidak elok untuk sendi dan juga kecederaan serius pada bahagian tersebut.
Ads
Hakikat sebenarnya ia BOLEH MENCEDERAKAN & BOLEH MENGUATKAN lutut. Apa yang menentukannya ialah bagaimana anda berlari dan cara latihan.
SEBAB SAKIT LUTUT BILA BERLARI
Terdapat beberapa punca utama mengapa anda boleh sakit lutut atau berdepan kecederaan bila berlari. Antaranya ialah;
Garmin Run Asia Series 2024, yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini, sekali lagi menyatukan lebih 12,000 peserta yang penuh semangat untuk mencapai matlamat kesihatan mereka.
Hadir dengan tema “From Zero to Hero,” acara larian tahunan yang sangat popular ini membawa mesej yang jelas – tiada yang mustahil jika kita berusaha melangkah lebih jauh.
Ia bukan sekadar acara larian biasa tetapu merupakan cabang gaya hidup yang mendorong semua peserta untuk terus bergerak dan mencabar diri dalam mencapai impian yang lebih sihat.
Sebelum memulakan larian, para peserta disambut dengan sesi zumba yang rancak, yang bukan sahaja memanaskan badan tetapi juga mencipta aura yang penuh energi dan semangat kesukanan.
Kehadiran Alif Satar, selebriti tempatan dan duta luar Garmin, turut menambahkan kemeriahan apabila beliau sendiri turut serta dalam acara larian 10km.
Beliau bukan sahaja memberi sorakan kepada peminat, tetapi juga menjadi inspirasi untuk semua yang hadir dengan menunjukkan bahawa menjaga kesihatan adalah untuk semua peringkat umur.
Alif turut berkongsi, “Setiap tahun, saya terharu melihat komitmen rakyat Malaysia yang berusaha untuk kehidupan yang lebih sihat. Garmin Run Asia Series ini bukan sekadar larian tetapi satu platform di mana kita semua boleh bersama-sama untuk menyokong antara satu sama lain dalam mengejar impian kesihatan.”
Pelbagai Pilihan Jarak Larian
Garmin Run Asia Series 2024 menawarkan pilihan jarak 5km, 10km, dan 21km, sesuai untuk semua tahap kecergasan.
Bagi mereka yang baru bermula, 5km mungkin mencukupi untuk mencapai matlamat peribadi. Namun, untuk pelari tegar yang ingin mencabar diri, 10km dan 21km adalah pilihan yang lebih mencabar. Setiap peserta mempunyai matlamat sendiri, dan acara ini membantu mereka merealisasikannya dalam suasana yang penuh sokongan.
Apa yang menarik, Garmin bukan sahaja menyediakan platform untuk berlari tetapi turut menawarkan hadiah menarik bernilai lebih RM138,000 untuk peserta terbaik.
Lebih menarik, para peserta berpeluang memenangi jam tangan Garmin, produk aminoVital, dan barangan lain dalam cabutan bertuah.
Pemenang kategori terbuka 21km LelakiPemenang kategori terbuka 21km Wanita
Antara pemenang yang mendapat perhatian ialah Noor Amelia Musa, juara Kategori Terbuka Wanita 21km, yang mengungkapkan kegembiraan dapat menyertai acara profesional yang tersusun rapi. “Melintasi garisan penamat membuatkan saya berasa sangat bangga dengan diri sendiri,” kongsinya.
Inspirasi Gaya Hidup Sihat
Sebagai penaja acara, Garmin terus komited untuk menggalakkan masyarakat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
Menurut Pengurus Negara Garmin Malaysia, Jimmy Chuang, “Kami sangat terharu melihat sambutan masyarakat Malaysia terhadap Garmin Run Asia Series. Kami berbangga dapat menyokong perjalanan setiap pelari dengan teknologi Garmin.”
Garmin Run Asia Series bukan sahaja acara sukan; ia adalah panggilan untuk kita semua mengambil langkah pertama dalam membina kehidupan yang lebih aktif dan sihat.
Dari peserta pemula hingga atlet berpengalaman, semuanya berkumpul dengan satu tujuan—mencapai versi terbaik diri.
Memang tak dinafikan, bukan setakat wanita yang memastikan bentuk tubuh kekal ideal dan langsing, lelaki juga berusaha keras menjaga penampilan agar tidak berlebihan berat badan.
Seperti perkongsian lelaki ini dikenali dengan Sham Shooter yang sebelum ini pernah mengalami pertambahan berat badan sehingga mencecah 120 kg.
Tetapi akhirnya berjaya mengurangkan berat sebanyak 35 kg dalam masa empat bulan setelah mengamalkan diet dan membuat senaman larian setiap hari secara konsisten.
Menurutnya ketika mula-mula mengamalkan diet dan melakukan aktiviti senaman, dia hanya boleh mampu berjalan mengheret kaki sejauh 3 km sahaja, tetapi lama kelamaan barulah boleh berlari sehingga 5km tanpa henti.
Hasil usaha keras, kini berat badannya telah mencecah 88 kg dan masih konsisten mengamalkan rutin yang sama dalam mengekalkan berat badan.
Tip Hilangkan 35 Kg Dalam Masa 4 Bulan
Mengamalkan Menu Yang Sihat / Eat Clean
– Untuk makan pagi, mengambil telur rebus bersama roti roti wholegrain dan juga kopi kurang manis (tubuh kita masih perlukan gula, tetapi haruslah kurangkan kemanisan itu).
– Manakala untuk makan tengah hari akan mengambil menu yang sama, tetapi lebihkan pengambilan makanan yang rebus dan bakar.
– Untuk sementara tinggalkan pengambilan makanan laut sehingga berat badan jadi stabil.
Menu seimbang.
– Sementara untuk makan malam pula tekankan pengambilan masa, iaitu diambil pada jam 6.30 petang dengan mengambil buah atau hanya minum sahaja.
Sama seperti menu tengah hari.
– Mengamalkan cheat day tetapi pada hari Sabtu dan Ahad atau salah satu hari.
– Misalnya pagi makan nasi lemak ayam, jadi tengah hari akan kurangkan makan dan sebelah petang bersenam lebih sedikit.
Tip Lain:
– Amalkan aktiviti larian 5 km sehari secara konsisten.
– Jangan lupa minta dan berdoa pada Allah agar dipermudahkan semua urusan.
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Adakah anda pernah alami situasi di mana selepas kencing anda dapati ia masih keluar secara tak sengaja.
Atau pernahkah anda terasa nak kencing lagi walaupun sudah beberapa kali ke tandas dalam tempoh waktu yang terdekat? Sebenarnya hampir semua kaum lelaki, pernah mengalami situasi sedemikian. Situasi ini dipanggil sebagai kencing tak lawas.
Kencing tak lawas atau urinary incontinence merupakan situasi tanda penyakit yang dihadapi oleh kaum lelaki. Namun, kencing tak lawas ini bukanlah satu penyakit.
Jenis-jenis
Kencing tak lawas secara berterusan berlaku tanpa sebarang keinginan untuk membuang air kecil.
Kencing tak lawas atau menitis ketika meneran.
Kencing tak lawas dengan keinginan yang kuat untuk membuang air kecil.
Kencing tak lawas akibat terlalu banyak air kencing.
Kencing tak lawas boleh berlaku sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai penyakit pembesaran kelenjar prostat (Benign Prostatic Hyperplasia atau BPH). Kebiasaannya berlaku kepada golongan lelaki yang usianya menjangkau 50 tahun.
Pembesaran kelenjar prostat merupakan satu penyakit yang menyerang golongan lelaki yang berumur 50 tahun dan ke atas dan ia bukanlah penyakit barah. Pembesaran kelenjar prostat akan menimbulkan masalah gejala urinari, mengganggu serta menjejaskan gaya hidup dan corak tidur. Komplikasi kerosakkan buah pinggang akan berlaku, sekiranya penyakit ini tidak dirawat.
Barah pundi kencing
Barah pundi kencing turut menyebabkan berlakunya kencing tak lawas. Dalam situasi ini, pesakit biasanya menghidapi gejala seperti kencing tak lawas, kencing berdarah, kerap kencing, sakit ketika kencing, kencing malam dan juga mengalami sakit di bawah bahagian abdomen.
Kencing manis
Masalah kencing tak lawas merupakan komplikasi daripada penyakit kencing manis. Kencing manis yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kegagalan atau kerosakan pada sistem saraf autonomi. Manakala gejala yang biasanya berlaku adalah kencing tak lawas, sembelit atau cirit-birit, masalah seksual, tekanan darah rendah dan juga pitam.
Langkah-langkah kawalan
Hadkan air minuman dalam sehari
Walaupun kita digalakkan untuk minum lapan gelas air sehari, tetapi sebenarnya lebih banyak anda minum lebih kerap anda perlu membuang air kecil. Oleh itu, bagi mereka yang menghidapi gejala kencing tak lawas, minum air hanya apabila anda haus.
Jangan ambil minuman keras
Ini penting kerana alkohol adalah stimulus yang kuat untuk menggalakkan anda membuang air kecil (diuretik). Selain itu, alkohol juga dapat mengganggu kesedaran anda apabila perlunya anda ke atas.
Elak pengambilan kopi
Elakkan pengambilan kopi kerana ia mengandungi kafein yang juga stimulus untuk kencing. Bertukar kepada teh atau kopi tanpa kafein juga dapat membantu. Tetapi terdapat bahan lain dalam minuman ini yang mengakibatkan iritasi kepada pundi kencing.
Elakkan pengambilan makanan atau minuman ytang menyebabkan pH air kencing lebih rendah (asidik).
Antara makanan tersebut adalah buah-buahan sitrus seperti anggur, tomato, oren dan juga lemon. Minuman bergas juga perlu dielakkan kerana kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam minuman tersebut.
Hindari makanan yang mengandungi asid oxalik
Antara makanan yang mengandungi asid oxalik adalah sayur bayam, rhubarb, dan coklat. Selain itu, asid oxalik juga boleh ditemui dalam kandungan rokok. Jadi, ini merupakan alasan yang baik bagi lelaki yang ingin berhenti rokok.
Amalkan yogurt atau minuman yogurt
Pengambilan yogurt penting untuk menggalakkan pembiakan bakteria baik (lactobaccilus acidophilus) dalam sistem urinari manusia dan bertindak sebagai pertahanan yang baik untuk badan. Ini penting jika anda sedang mengambil antibiotik untuk rawatan jangkitan kuman kerana antibiotik biasanya membunuh bakteria termasuk bakteria yang baik untuk badan.
Amal teknik buang air kecil dua kali
Selain daripada pengawalan makanan, anda juga boleh mencuba untuk mengamalkan teknik buang air kecil dua kali. Setiap kali anda selesai membuang air kecil, berdiri dan duduk semula. Kemudian cuba untuk membuang air kecil sekali lagi. Teknik ini dipanggil sebagai ‘double voiding’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.