Selain beberapa bentuk senaman rutin yang anda lakukan pada ketika tempoh ‘kuarantin’ ini, terdapat beberapa variasi senaman menggunakan alat bantuan senaman boleh juga dilakukan.
Pastinya anda sebagai seseorang yang aktif dengan senaman memiliki sepasang dumbbell di rumah, bukan?
Mungkin iasudah lama tersadai di dalam bilik dan sedikit berhabuk. Jadi sekarang adalah waktu sesuai untuk anda hidupkan kembali senaman menggunakan dumbbell.
Antara senaman ringkas ketika berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini ialah shrugs.
Basically, shrugs merupakan bentuk latihan senaman bagi membina otot badan lebih kuat di bahagian bahu. MASKULIN faham sekarang mungkin anda jarang gerakkan otot terutamanya di bahagian bahu. Inilah masa yang sesuai!
Senaman ini boleh dilakukan dengan menggunakan sama ada kettlebell atau dumbbell.
Sebelum mula bersenam adalah amat penting anda memberikan tumpuan kepada gerakan yang betul semasa melakukan shrugs. Dengan kedudukan postur serta tangan yang betul anda akan mendapat hasil lebih berimpak.
Terdapat beberapa cara bagaimana anda boleh melakukannya:
LEHER DI KEDUDUKAN NEUTRAL
Pertama sekali semasa melakukan shrugs pastikan anda melihat ke bawah. Secara teorinya anda akan melakukan pusingan yang lebih lengkap pada kedudukan ini. Namun harus hati-hati agar tidak jatuh ke depan.
Melihat ke bawah boleh membuatkan servikal tulang belakang berada pada kedudukan baik untuk melakukan shrugs.
TANGAN YANG LURUS
Pastikan juga tangan anda yang memegang bebanan berada betul-betul lurus ke bawah. Jika anda perhatikan ramai orang silap dengan membengkokkan lengan mereka.
Ini boleh menyebabkan momentum dan penggunaan tenaga lebih tinggi ke hadapan.
RAPATKAN TANGAN
Jika anda perhatikan ada rakan-rakan melakukan shrugs dengan mengangkat tangan ke depan – jangan tiru dan lakukannya!
Pastikan tangan anda rapat ke badan dengan tangan menggenggam bebanan lurus ke bawah. Postur badan harus sentiasa baik dengan bahu ke belakang dan ketatkan bahagian perut.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI