Pasti kita berpikir bagaimana caranya pilot kacak ini mengambil gambarnya berswafoto luar jendela kokpit pesawat yang diterbangkan dengan latar belakang memukau. Menggunakan nama Pilotganso pada akaun Instagram, beliau telah berkongsi gambar menarik berlatar belakangkan Palm Islands di Dubai. Juruterbang yang mempunyai 43,000 pengikut meletakkan kapsyen seperti berikut pada gambar: “Ia umpama rumah kedua saya #dubai selfie.” Tak kurang juga pengikut istagram pilot ini memberi beberapa komen dan menyuarakan rasa kagum mereka dengan apa yang dilakukan juruterbang ini.
Seorang netizen menulis: “Kenapa perlu lakukan aksi berbahaya ini? Anda mungkin akan terjatuh dan membahayakan penumpang!
Ada juga yang memberi komen sebegini: “Wow…anda tak takut ke?”
Bagi @latelyisunday pula katanya: “Tak mungkin ini aksi sebenar? Tidakkah syarikat ada ada polisi berkaitan perkara seperti ini? Ia sesuatu yang berbahaya”
Tapi akhirnya baru-baru ini, juruterbang berkenaan telah menambah sesuatu pada akaun Instagramnya: “Ingin saya nyatakan di sini, semua gambar yang dimuat naik adalah palsu.Rupa-rupanya juruterbang ini yang mahir mengendalikan Photoshop. Dan dia berjaya meyakinkan orang ramai kononnya dia telah berswafoto ketika berada di luar jendela kokpit pesawat yang diterbangkan dengan latar belakang memukau. Tapi memang nampak real lah gambar dia. Gempak betul.
Jom kita lihat gambar-gambar dia yang awesome tu .
Sumber : Mstar Online