
Dalam usaha memperkukuh kedaulatan undang-undang negara, Pasukan Khas Operasi Mobile (PASKOM) dari Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekali lagi menunjukkan dedikasi mereka dalam menangani kegiatan warga asing yang berani melanggar undang-undang.
Terbaru, sebuah video operasi mereka tular di media sosial, memaparkan tindakan tegas terhadap sebuah premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di kawasan Pudu, Kuala Lumpur.
Video yang dimuat naik di akaun rasmi TikTok mereka, @paskom.official, memperlihatkan bagaimana pasukan ini menggempur premis milik warga Bangladesh yang menjalankan perniagaan telefon secara haram.
Keberanian warga asing ini semakin menjadi-jadi apabila mereka tanpa segan silu mempromosikan kedai mereka melalui sesi siaran langsung di TikTok. Lebih mencabar, mereka turut berkongsi alamat kedai secara terbuka, seolah-olah mempersendakan pihak berkuasa.
PUJIAN WARGANET
Tidak menunggu lama, pasukan PASKOM bertindak pantas melakukan serbuan. Dalam video berdurasi 1 minit 13 saat tersebut, empat orang pendatang tanpa izin berjaya ditahan.
Kecekapan operasi ini mendapat pujian melambung daripada warganet, yang rata-ratanya berasa puas hati dengan tindakan tegas pihak berkuasa.
Salah satu komen yang mencuri perhatian berbunyi, “Baru je post video tadi, terus sampai. Baju sama dalam video TikTok dia post tadi.”
Fenomena warga asing berani berniaga secara haram bukanlah perkara baharu di Malaysia. Kebanyakan warga Bangladesh yang masuk ke negara ini hanya diberi permit untuk bekerja, bukannya untuk memiliki perniagaan sendiri.
Namun, dengan kewujudan media sosial, mereka semakin berani menonjolkan kegiatan mereka secara terbuka. Ini menimbulkan kemarahan rakyat tempatan yang melihat hak mereka untuk berniaga semakin dinafikan oleh kehadiran warga asing yang tidak sah.
Memandangkan isu ini semakin berleluasa, rata-rata warganet memberi komen agar operasi seperti ini diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Kehadiran warga asing yang berniaga di pasar raya, gerai tepi jalan dan premis-premis komersial secara haram semakin membimbangkan.
Selain itu, timbul juga kebimbangan mengenai kemungkinan adanya dalang atau pengkhianat yang membantu mereka menjalankan perniagaan ini secara senyap.
Apa pun, tindakan pantas PASKOM dalam menggempur premis haram ini memberikan isyarat jelas bahawa undang-undang di Malaysia tidak boleh diperlekehkan.
@paskom.official OPERASI PENGUATKUASAAN KL STRIKE FORCE JIM WPKL DAN DBKL OPS KUTIP DI AA MOBILE SELLER ENTERPRISE (ASHRAF GADGET KL), NO. 148, JALAN CHANGKAT THAMBI DOLLAH, PUDU, 55100 KUALA LUMPUR. 11.03.2025 . SERAMAI 4 PATI DITAHAN #respectthelaw #securethenation #imigresen #imigresenmalaysia #klstrikeforce #immigration #jimkl #kdn #pudu #iphone #ashrafgadgetstore #operasi #jimkl #uptownkl #viralvideo @Imigresen Kuala Lumpur @Jabatan Imigresen Malaysia @PIN KL @JABATAN PENGUATKUASAAN – DBKL @Benjo Tralala 🥴 @meajinmasya ♬ original sound – PASKOM JIMWPKL
Masyarakat mengharapkan agar usaha sebegini diteruskan dan diperketatkan bagi memastikan warga asing yang tidak sah tidak terus mengambil kesempatan di bumi Malaysia.
BACA: Pemain Manchester United Tak Cukup Bagus & Dibayar Terlalu Mahal – Sir Jim Ratcliffe
Keberanian pihak berkuasa perlu disertai dengan ketegasan dan pemantauan berterusan agar kedaulatan negara terus terjaga.
Rakyat Malaysia berhak untuk menikmati peluang ekonomi tanpa persaingan tidak adil daripada mereka yang tidak layak berada di sini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI