Skuter
skuter

Rata-rata tahu bahawa menunggang skuter elektrik atas jalan raya merupakan satu kesalahan undang-undang di Malaysia.

Namun, baru-baru ini lapan orang lelaki itu dilihat selamba menunggang skuter elektrik dipercayai sekitar Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Menerusi satu hantaran di laman TikTok (@pelanggaran.trafi) menyaksikan situasi tidak menyenangkan yang berlaku di jalan raya dipercayai sekitar Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Video rakaman yang tular tersebut, kelihatan lapan orang lelaki sedang menunggang e-skuter. Mereka tidak menunggang kenderaan dua roda itu di kawasan sepatutnya tetapi di tengah-tengah jalan sambil makan angin.

Ada juga di antara mereka yang membawa skuter berkenaan sehingga ke lorong kanan jalan raya iaitu lorong untuk kenderaan memotong.

Ads

Aksi tersebut bukan sahaja berisiko membawa padah kepada diri sendiri malah boleh mengundang perkara buruk berlaku kepada pengguna jalan raya yang lain.

 

@pelanggaran.trafi Gen Z mat rempit #malaysia #fypシ #fyp ♬ 原创音乐 – Pelanggaran Trafik Malaysia

Ads

“Selamat datang ke Malaysia. Di mana anda boleh lihat banyak benda tak masuk akal di jalan raya. Ini betul-betul next level. Benda b*doh macam ni boleh nampak kat Malaysia,” ujar si perakam video.

Tunggang E-Skuter Di Jalan Raya Adalah Satu Kesalahan

Buat mereka yang tidak tahu, penggunaan e-skuter di atas jalan raya adalah satu kesalahan bermula 1 Januari 2021 lalu.

Aksi 8 Lelaki Tunggang Skuter Elektrik Atas Jalan Raya Undang Perhatian – ” Bahayakan Nyawa Sendiri Dan…”

Ads

Faktor utama mengapa kenderaan mikromobiliti itu dilarang digunakan atas jalan raya adalah untuk mengelak percampuran aliran trafik bersama kenderaan lain di jalan raya sekaligus menghindari kemalangan.

Penunggang skuter elektrik yang didapati bersalah akan dikenakan denda sebanyak RM300 untuk kesalahan pertama, maksimum RM1,000 bagi kesalahan seterusnya atau penjara selama tiga bulan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI