Fesyen lelaki hari ini tidak kenal erti limitasi dari segi penggunaan warna, fabrik mahupun siluet. Aksesori juga antara salah satu gaya tambahan untuk si jejaka tampil lebih lengkap dalam gaya fesyen mereka. Tidak kisahlah aksesori bersaiz kecil mahupun besar, semuanya memberi fashion statement yang tersendiri.
GO PACK!
Sudah tiba masanya untuk kamu para jejaka memulakan perjalanan kembara kamu dengan gaya yang lebih stylish! Beg jenis ransel, shoulder bags juga duffles ini dilihat antara permainan wajib barisan designer untuk dijadikan sebagai aksesori wajib di pentas S/S17 kali ini. Sekali gus,menaikkan aura adventurous dalam setiap helaian koleksi mereka. Mungkin dahulu kaum lelaki tidak terlalu mementingkan erti sophisticated dalam penggunaan aksesori, namun hari ini, semuanya diambil kira bagi menjadikan gaya keseluruhan mereka lengkap dan up-to-date!
LUXURY BONDAGE
Aksesori hari ini bukanlah memfokuskan kepada penggayaan gaya wanita sahaja. Chokers terutamanya jelas terlihat di pentas S/S17 pabila aksesori choker digunakan sebagai penambah gaya abad ini. Tambahan pula jika choker itu direka dengan fabrik ala kulit serta ditambah dengan perincian besi ala bad boys. Jelas elemen perhambaan dan pemberontakan. Sungguh menarik! Jenama Louis Vuitton paling banyak menggunakan aksesori chocker ini dalam petunjukkan S/S17 yang dihasilkan daripada gaya klasik hinggalah ke gaya seorang lelaki urban. ASOS.com juga sudah mula menjual aksesori ini secara online sebagai aksesori wajib ada tahun ini untuk gaya lelaki.
THE CAP
Jika tahun lalu topi bukanlah salah satu item wajib ada untuk gaya kamu, namun untuk trend S/S17 ini, topi merupakan antara elem penting untuk menaikkan gaya sporty dalam seni fesyen kamu. Tidak kisahlah jika berpakaian ala formal mahupun streetwear, sebuah topi mampu menukarkan penampilan kamu untuk lebih cool dan kasual. Baseball cap antara yang mendapat permintaan tinggi di kalangan kaum lelaki.
SENI TALI
Gabungan antara sifat lasak juga sporty dalam berfesyen menjadikan climbing rope antara salah satu aksesori baru yang digunakan oleh barisan pereka sebagai bonus dalam gaya rekaan mereka. Ayunan tali saat setiap helaian dipersembahkan di pentas S/S17 memberi nafas baru dalam dunia fesyen lelaki. Gaya lebih artistik dan lebih bernyawa saat kamu memandang rekaan yang punya aksesori ini. Siapa sangka sut formal kamu bisa menjadi begitu menarik? Pastinya mencuri perhatian orang ramai.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI