Buat pemilik kereta membeli aksesori kereta merupakan perkara biasa yang ramai di antara kita lakukan. Ada sebenarnya yang langsung tak guna dan tak perlu belu pun!
MASKULIN dulu pernah kongsikan jenis-jenis aksesori yang bahaya dan berisiko untuk digunakan sehingga ia boleh menjejaskan proses tuntutan insurans jika berlaku kemalangan.
Kali ini kita ingin berbicara tentang aksesori yang paling tidak berguna dan membawa faedah dan kadangkala bersifat penipuan atau scam semata-mata.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari pempengaruh automotif popular di TikTok iaitu James Alatin. Beliau menyenaraikan empat jenis aksesori yang langsung tak berguna dan berfaedah untuk dipasang atau digunakan.
Ikuti perkongsian dari beliau tersebut di bawah.
Alat Tune Engine
Aksesori yang kononnya boleh buat kereta jimat minyak sampai 50 peratus dan kuasa kereta boleh meningkat hingga 35 peratus. Dijual pada harga cukup murah iaitu sekitar RM30 aksesori mengarut ini biasanya di pasang pada bahagian ECU. Kalau betul aksesori ini berkesan alamatnya gulung tukarlah pengeluar kereta semua.
Kad Jimat Minyak
Salah satu produk yang sebenarnya langsung tiada logik di sebaliknya. Kononnya kad yang dijual sampai harga seratus lebih ini boleh digunakan untuk menjimatkan minyak kereta.
Tiub Penambah Kuasa
Sesiapa memasang aksesori ini didakwa mampu memperkuatkan kuasa pick up kereta menjadi lebih berkuasa dan mantap. Ini hingga ia digelar sebagai ‘surbo’ atau ‘trubo’ oleh mereka yang mendakwanya. Tapi satu perkara anda kena ingat, jika rosak sekali memang habis satu kereta.
Pluck Ampli
Sama juga seperti dakwaan lain di atas jika dipasang ia dikatakan boleh tambah kuasa dan dalam masa yang sama mengurangkan asap keluar dari ekzos. Sama juga katanya bila pasang boleh tambah kuasa dan kurang asap. Benda tak terbukti dan hanya dakwaaan semata.
Kita sebagai pemilik kereta dan pengguna kena bijak memilih. Jangan mudah terpedaya dengan iklan yang nampak macam meyakinkan tapi sebenarnya sudah macam scam sifatnya
Nak pasang apa-apa aksesori buatlah research dahulu. Dunia zaman sekarang apa sahaja makulmat berada di hujung jari! Kalau tak beri kesan okay lagi tapi kalau jejaskan enjin kereta memang tak elok.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI