Gaya Hidup

Akibat Tidur Postur & Kedudukan Salah Seseorang Boleh Jadi Panas Baran

Share

Kenapa seseorang yang tidur dalam postur yang salah boleh jadi panas baran?

Tak lain tak bukan kerana tidurnya pasti tak cukup dan bila bangun tidur badannya rasa sangat lenguh dan kurang segar.

Jangan main-main bila melibatkan hal tidur. Kerana dengan tidur yang baik seseorang itu dapat berehat dengan baik bukan sahaja dari segi minda tetapi juga mentalnya.

Pernah tak anda rasa sakit tengkuk dan leher bila bangun tidur. Ya, rasa sakit dan tak selesa itu cukup menjengkelkan dan membantutkan aktviti harian kita. Bak kata orang-orang tua tidur tersalah bantal.

Sebenarnya ini merupakan satu perkara yang sering berlaku kepada kita akibat kecederaan otot atau tisu lembut pada kawasan leher. Dan ia biasanya boleh sembuh dengan senduiri dalam masa beberapa hari.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana sakit leher ini boleh berlaku? MASKULIN telah mendapat info berguna yang dikongsikan oleh Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation di Facebook mereka.

Untuk pengetahuan anda ia adalah pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi untuk pesakit strok, kecederaan tulang belakang, sukan, otot dan sendi, kudung serta kanak-kanak berkeperluan khas.

Jom ikuti perkongsian mereka.

———————————————–

Bagaimana kecederaan otot leher boleh berlaku?

Young Man Holding Neck on Isolated Background
  • Pergerakkan leher secara mengejut atau berulang kali.
  • Otot leher yang lemah dan tidak seimbang.
  • Pemilihan bantal yang tidak sesuai dan tidur dalam posisi tidak betul.
  • Postur badan tidak betul seperti membongkok ketika melihat monitor komputer atau melihat kebawah pada telefon bimbit untuk tempoh yang panjang.

Dengan itu, stress dan berlakunya keadaan meregang pada otot leher untuk tempoh masa yang lama akan cenderung untuk mengalami kecederaan. Malah, meningkatkan kesakitan selepas mengubah posisi atau bangun dari tidur.

Selain sakit atau rasa yang tidak selesa pada leher, anda akan mengalami gelaja seperti:

  • Ketegangan atau kekerasan otot leher
  • Terbatas untuk menggerakkan sendi leher dalam pelbagai arah
  • Rasa lenguh dan tidak selesa dikawasan bahu dan bahagian belakang (upper back)

Apa yang anda boleh lakukan?

  • Dapatkan rehat yang secukupnya
  • Pilih bantal yang sesuai dan tidak terlalu tinggi untuk merehatkan otot leher
  • Tidur dalam posisi yang betul, elakkan meniarap semasa tidur
  • Pastikan postur badan anda betul dan baik ketika melakukan kerja seharian dirumah mahupun pejabat
  • Melakukan regangan untuk otot leher
  • Rawatan fisioterapi

Selain bantuan modaliti seperti terapi ultrasound, terapi elektro dan sebagainya, rawatan fisioterapi akan merangkumi program senaman regangan dan senamam yang sesuai untuk menguatkan otot leher bagi memastikan anda boleh lakukan kerja seharian tanpa rasa sakit lagi.

Anda boleh elak kecederaan leher jika mengamalkan postur yang betul seperti di bawah dalam akviti harian.

Kedudukan tidur yang betul

 

Kedudukan yang betul ketika menggunakan kerusi.
Pastikan skrin komputer berada sama paras dengan anak mata.

 

Begitu juga ketika anda menggunakan telefon pintar, elakkan daripada membongkok leher.

BACA: Aduh, Sakitnya ‘Simpul Biawak’! Buat 5 Cara Ini Untuk Legakan Kekejangan

*Perkongsian asal Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation

Published by
Farizul Izwany