Akibat Terlalu Yakin ‘Master” Tai Chi Ditewaskan Atlet MMA Dalam 30 Saat Sahaja

Share

Dalam dunia seni mempertahanan diri apa yang paling penting ialah mengetahui kekuatan diri dan juga lawan. Namun mungkin ada sesetengah yang tidak mengukur kemampuan tersebut hinggakan terpaksa jatuh tersungkur dan mendapat malu.

Lebih malang apabila mereka telah mula bercakap besar sebelum perlawanan dimulakan. Itulah yang berlaku kepada seorang tai chi master di China. Memetik laporan South China Post, tai chi master tersebut ingin seni bela diri tai chi dan reputasinya dibela dalam sebuah pertandingan di Shandong, China.

Lelaki berusia 69 tahun dikenali dengan nama Ma Baoguo cukup dikenali di laman sosial media tempatan sebagai seseorang yang sentiasa mencabar atlet MMA. Sebelum ini dia pernah mencabar secara olok-olok juara UFC wanita, Zhang Weili.

Disebabkan itu juga dia disyaki sebagai seorang ahli seni bela diri yang palsu. Ramai pemerhati mendakwa kemampuan yang ditonjolkan oleh Ma tidak seperti seorang yang mempunyai kemahiran sebenar.

Lawannya pula, Xu Xiaodong merupakan atlet MMA yang pernah menggelarkan Ma sebagai tai chi master palsu sambil melaungkan akan mendedahkan belang sebenarnya.

Xu pernah mencipta kontroversi selepas menewaskan seorang lagi tai chi master beberapa tahun lalu dan video perlawanan tersebut turut tular.

Dalam perlawanan antara Ma dan Xu ia tidak mengambil masa yang lama. Sebelum dijatuhkan dengan tumbukan KO, Ma telah rebah dua kali sebelum dikalahkan dalam masa hanya 30 saat sahaja.

Ini bukanlah kejadian yang melakuka pertama buat Ma. Awal bulan yang lalu Ma turut menyertai sebuah pertandingan tai chi di Hunyuan. Dia telah tewas awal dalam kekalahan yang memalukan.

Sumber: South China Post

Published by
Farizul Izwany Ibrahim