Akibat Suntikan 60 Sen, Penduduk Kampung Tanggung Derita Virus HIV Angkara Doktor Palsu

Share

Ini memang tak berperikemanusian, seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor telah menyebarkan virus HIV kepada 21 pesakit di sebuah kampung miskin di utara India setelah mereka disahkan menghidap HIV selepas menerima rawatan palsu dari doktor yang tidak bertauliah.

Mereka kononnya diberi rawatan untuk menyembuhkan demam, batuk dan cirit-birit.

Walaubagaimanapun, doktor palsu yang dikenali sebagai Rajendra Yadav langsung tidak pernah menukar jarum suntikan apabila merawat pesakit. Pihak berkuasa India kini giat mencari individu tersebut disekitar wilayah Uttar Pradesh.

Kegiatan jahat doktor tersebut itu ialah dengan mengayuh basikal sekitar kampung-kampung kecil untuk mencari ‘mangsa’ dan kemudian merawat mereka dengan mengambil bayaran yang paling murah sekitar 60 sen. Menurut dari penduduk kampung lagi, Rajendra hanya merawat hanya menggunakan suntikan semata-mata.

Lebih memburukkan keadaan apabila penduduk kampung juga langsung tidak mempedulikan kebersihan dan kekurangan ilmu dalam isu perubatan.

Di India sahaja terdapat 2.1 juta penduduk yang disahkan HIV pada 2016. Dari laporan UNAIDS, 9,100 dari angka tersebut adalah kanak-kanak bawah 15 tahun. Namun kini penurunan 20% dalam jangkitan baru telah turun secara mendadak.

 

sumber: wanista

Published by
Ruziana Zainal