Akibat Selalu Makan Mee Segera, Buah Dada Lelaki Ini Membesar Seperti Wanita

Share

 

Seorang remaja lelaki dari China terpaksa menangung malu, gara-gara buah dadanya yang menyerupai buah dada wanita.

Sejak enam tahun lalu, seorang remaja lelaki yang kini berusia 19 tahun ini bingung memikirkan tentang masalah kesihatan yang dihadapinya.

Manakan tidak, remaja lelaki yang dikenali sebagai Xiao Yang itu mengalami tumbesaran pada salah satu buah dadanya dan menyerupai seperti buah dada wanita.

Selepas enam tahun, buah dada di sebelah kanan Yang semakin membesar sehingga membuatkan dia berasa malu lebih-lebih lagi apabila meningkat dewasa.

 

Selepas melakukan pembedahan

Menurut Yang, dia mula perasan perubahan pada buah dada kanannya sejak dia berusia 13 tahun apabila mendapati ia kelihatan sedikit berbeza daripada sebelah kiri.

Menurut laporan akhbar tempatan, Qianjiang Evening Post, remaja itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Pusat Wenzhou pada Julai lalu.

Hasil pemeriksaan mendapati kelenjar susu remaja itu membesar dan saiznya menjadi tidak normal bagi seorang lelaki.

Melalui kajian saintifik yang dijalankan, Zhongliang percaya masalah ginekomastia yang berlaku terhadap seseorang lelaki itu berpunca daripada tabiat memakan terlalu banyak makanan segera dan makanan proses yang dicampur dengan bahan kimia tertentu.

 

10 Bahan Terlarang Yang Terkandung Dalam Mee Segera

 

1. Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2. Asid tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Ia lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3. Kalsium oksida: Digunakan untuk rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga (rictsect contohnya).

4. Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5. Butylated hydroxytoluene (BHT) : Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6. Propyl Gallate: Satu xenoestogen  (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7. Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (digunakan dalam bahan cuci, pinggan mangkuk), bahan smak untuk kulit juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, applikasi lombong dan rawatan air.

8. Propylane Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neorologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin,  antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9. Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu untuk (menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10. Pewarna tiruan: (contohnya Sunset Yello FCF Tartrazine) ia menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak: mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf, dan mungkin boleh menjadi penyebab kanser.

Untuk pengetahuan anda semua, kesannya mungkin bukan sehari dua. Ia akan memberi kesan ketika waktu  sudah tua (50-70) ataupun ketika pertengahan umur( 30-40).

 

Sumber: Kosmo

 

 

Published by
Ruziana Zainal