Siapa tak kenal dengan lagenda seni mempertahankan diri Jet Li, kebanyakkan dari kita membesar dengan drama dan filem aksi bela diri dan wushunya.
Jet Li kini sedang berperang dengan penyakit hipertiroidisme dan masalah tulang belakangnya sehingga rupa parasnya menjadi tua dari usianya yang baru 55 tahun, bahkan langsung tidak dikenali. Sebelum ini, Jet Li mendedahkan dia telah lama menderita hipertiroidisme.
Fotonya yang baru-baru ini melawat sebuah kuil di Tibet menjadi viral di media sosial, rata-rata netizen terkejut dengan penampilan yang seakan uzur tidak bermaya itu. Menyedihkan, bila Jet Li harus dipapah semasa ingin berjalan, keadaannya itu cukup membuatkan para peminatnya sayu dan berdoa agar bintang hebat ini dapat kembali sihat seperti biasa.
Tahun lepas, Jet Li menjelaskan dia telah didiagnosis dengan penyakit tiroid yang terlalu aktif pada tahun 2010, walaupun telah mengambil ubat tetapi penyakit itu terus kembali sehingga ‘memakan’ fizikalnya.
Fakta
Hyperthyroidism menyebabkan perubahan dalam metabolisme dan denyutan jantung seseorang. Penyakit ini biasanya dirawat melalui ubat.
Sumber : Wanista
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kikis Jerawat Dengan 7 Cara Ini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
World #QuranHour : 5 Hal Dunia VS Persiapan Akhirat Yang Kita Lupa Dek Kesibukan Dunia
Dalam kesibukan kita menjalani kehidupan seharian di dunia yang sementara ini, terkadang kita lupa bahawa perjalanan kita ini sebenarnya menuju ke akhirat yang kekal abadi.
Ajal maut bakal tiba, hari akhirat juga sedang menanti. Jika kita tidak membuat persiapan sekarang, bila lagi kita mahu mulakan? Semoga semua urusan kita dalam memperbaiki amalan pada hari ini dan hari-hari mendatang sentiasa dipermudahkan. Mari kita renungkan 5 persiapan akhirat yang sepatutnya diutamakan berbanding 5 kesibukan duniawi yang sedang kita lalui ini.
1. SOLAT VS BERJALAN DI PUSAT MEMBELI-BELAH
Ramai di kalangan kita yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam di pusat belah berbanding solat yang hanya mengambil masa lebih kurang 10 ke 15 minit sahaja. Sedangkan solat itu merupakan tiang agama yang perlu dikerjakan oleh kita semua sebagai orang Islam. Utamakan solat. Jaga hubungan kita dengan Allah. Sesibuk mana pun kita, usah diabaikan solat ini kerana ianya merupakan amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak.
2. MEMBACA AL-QURAN VS MENGHADAP MEDIA SOSIAL
Di zaman moden ini, media sosial semakin berkembang maju seiring dengan kemajuan teknologi masa kini. Sebut sahaja Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp, Telegram, dan WeChat, hampir semua daripada kita tahu dan pakar tentangnya. Permainan video (video game) juga tidak terkecuali. Namun, sedarkah kita bahawa kita lebih gigih melayani media sosial ini saban hari demi menjaga hubungan sesama manusia berbanding membaca Al-Quran demi menjaga hubungan dengan Allah? Hubungan dengan manusia tidak kurang pentingnya, tetapi ia tidak patut mengatasi hubungan kita dengan Allah. Jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan harian dan beramal dengan perkara-perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran itu. Persiapkan bekalan yang akan kita bawa pada hari akhirat kelak.
3. MAJLIS ILMU VS DRAMA
Sudahlah kehidupan kita ini ibarat lakonan di pentas dunia, ditambah pula dengan siaran drama yang melalaikan dan tidak bermanfaat. Penyudahnya, ilmu agama yang sepatutnya menjadi keutamaan, disisihkan begitu sahaja. Luangkanlah masa untuk kita menambah ilmu pengetahuan tentang Islam kerana ini merupakan salah satu cara untuk kita dekat dengan Allah. Jika tidak dapat menghadiri majlis ilmu, sekurang-kurangnya dengan menonton atau memperdengarkan siaran berbentuk keagamaan seperti ceramah agama, dapat memperbaiki diri kita untuk menghadapi hari akhirat kelak.
4. AYAT AL-QURAN VS GOSIP DI RADIO
Sambil memandu atau membuat sesuatu tugasan, lebih ramai di kalangan kita memilih untuk mendengar gosip dan pelbagai lagi perkara yang dapat membuatkan kita terhibur di corong-corong radio, bukan? Walaupun perkara yang didengari itu tidak mendatangkan faedah kepada kita, namun kita tetap setia mendengarkannya sehingga tergelak ketawa. Mengapa tidak memilih untuk memperdengarkan ayat Al-Quran? Ianya bukan sahaja dapat menenangkan hati dan mendamaikan jiwa, malah secara tidak langsung dapat menambah pahala sebagai bekalan menuju hari akhirat.
5. LAGU KEAGAMAAN VS LAGU BERTEMA KEDUNIAAN
Lagu dan irama yang lunak pasti menjadi halwa telinga sesiapa jua yang mendengarnya. Namun, lagu bertemakan keduniaan lebih banyak dimainkan dan diperdengarkan berbanding lagu keagamaan seperti nasyid, zikir dan selawat. Daripada kita mendengar dan mengalunkan lagu bertemakan keduniaan yang sering kali membuatkan kita lalai, adalah lebih baik jika diperdengarkan nasyid, zikir dan selawat yang mengingatkan kita tentang Allah dan agama Islam. Ia dapat mendekatkan diri kita dengan Allah sekaligus menyedarkan kita bahawa hari akhirat semakin hampir.
MULA PERSIAPKAN DIRI HARI INI JUGA!
Mari sama-sama kita persiapkan diri untuk menghadapi hari akhirat yang kekal abadi. Carilah cara untuk dekat dengan Allah walaupun kita dibelenggu jadual yang padat sepanjang hari. Saling mengingati antara satu sama lain. Kesibukan kita di dunia ini tidak seharusnya mengatasi persiapan kita menuju hari akhirat.
Sumber : Siraplimau
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Cover Star ERA Mengetengahkan bakat ‘Artis Media Sosial’. Peserta Berpeluang memenangi RM14,000
Radio ERA kali ini membuat kelainan dengan mengadakan pertandingan Cover Star ERA yang boleh disertai oleh mana-mana penyanyi Amatur dengan hanya memuat naik video cover lagu-lagu tempatan di laman sosial Instagram dengan menggunakan hashtag #CoverStarERA bermula 2 April 2018 sehingga 13 April 2018.
Menurut Pengurus Kandungan ERA, Dhan Andreas, “Fenomena lagu cover semakin berleluasa apabila lagu-lagu hit tempatan dinyanyikan semula dalam versi mereka tersendiri. Ini membuktikan bahawa ‘penyanyi laman sosial’ mempunyai potensi dan bakat yang mampu mengemparkan dunia hiburan. ERA mahu memberikan sebuah platform kepada mereka untuk memulakan perjalanan mereka sebagai penghibur tanah air.”
Tak susah pun nak join pertandingan ni, anda cuma perlu make sure Instagram anda diubah kepada umum (public) bagi memudahkan juri yang disertai oleh artis-artis tempatan melatih anda ke peringkat seterusnya. Pemenang berpeluang untuk memiliki ‘single’ mereka di bawah syarikat rakaman tempatan.
Disamping itu, anda juga berpeluang untuk memenangi pertandingan ‘Lagu ERA Boomerang’ dimana pendengar perlu meneka tajuk lagu serta nama penyanyi dalam masa yang ditetapkan. Petunjuk lagu akan dimainkan selama beberapa saat. Dengarkan isyarat ‘lagu ERA Boomerang’ yang bermula 19 Mac sehingga 30 Mac.
Jika anda terlepas peluang untuk mengikuti pertandingan ini, anda juga boleh menyertai pertandingan ‘Tiru Gaya ERA’ yang akan mencabar keupayaan daya ingatan anda dimana penyampai-penyampai radio ERA akan lakon-suara sesuatu watak dan tugas anda untuk menjawabnya dalam masa yang telah ditetapkan bermula 30 April sehingga 11 Mei dengan mendengar isyarat memanggil ‘Tiru Gaya ERA”. Kedua-dua pertandingan ni bernilai RM 14,000.
Siapa tak nak duit sebanyak tu kan? So kalau nak memang kena tune in radio ERA mengikut kawasan-kawasan anda. Maklumat lanjut di laman sesawang www.era.je ataupun ikuti laman sosial media mereka di Facebook, Instagram dan Twitter ERA.
Ada masa lagi ni, kepada sesiapa yang nak masuk pertandingan Cover Star ERA tu, bolehlah start practice sekarang. Serlahkan bakat anda diluar ‘alam maya’.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI