COVID-19 kini bukan lagi satu krisis untuk sesetengah kawasan atau wilayah sahaja. Ia kini sudah menjadi satu pandemik global yang semakin hari semakin serius.
Boleh dikatakan hampir semua negara kini telah melaksanakan perintah berkurung atau perintah kawalan pergerakan sama seperti yang dilaksanakan di negara kita. Ini tidak lain tidak bukan bagi menghentikan penularan wabak merbahaya yang boleh mengancam keselamatan orang awam dan negara.
Di Malaysia kita bersyukur kerana majoriti telah mengikuti saranan dan arahan kerajaan dengan walapun ada beberapa kerat yang masih berdegil dengan melakukan aktviti tak perlu seperti berbasikal, berlari dan bersenam di kawasan terbuka.
Namund dengan kesungguhan pihak polis yang dibantu oleh tentera kepatuhan kepada arahan tersebut dilihat semakin baik. Jika ada yang berdegil mereka akan dinasihati oleh mereka dan jika ada yang mengambil kesempatan tidak mematuhi dengan sengaja tanpa sebab kukuh akan didenda.
Berbeza pula dengan apa yang berlaku di India. Menerusi beberapa hantaran video di laman media sosial polis India dilihat mendenda masyarakat yang berdegil dan masih berkeliaran dalam tempoh berkurung dengan menyuruh mereka melakukan ketuk ketampi.
Salah satu video yang berlaku di Nagpur, Maharashtra seorang pegawai polis dilihat menasihati mereka yang ingkar sambil melakukan ketuk ketampi.
#WATCH Maharashtra: Police make violators do squats in Nagpur, amid curfew imposed in the state in wake of #CoronavirusPandemic. pic.twitter.com/KpHBTcWX4v
— ANI (@ANI) March 24, 2020
Dalam satu lagi video yang dirakam di Punjab sekumpulan lelaki pelbagai peringkat usia dilihat mengikut arahan polis melakukan ketuk ketampi sambil mengulang arahan yang diberikan.
Currently in Punjab, India if you break the government imposed curfew the police is forcing you to do squats while chanting “We are enemies of society. We cannot sit at home”. #Covid19India #COVID19 pic.twitter.com/zikTjHIFzz
— Gurpreet Singh Dhillon (@gurpreetdhillon) March 24, 2020
Dalam beberapa video tular yang lain sebelum ini kita juga boleh menyaksikan beberapa orang yang berdegil telah dipukul dengan menggunakan rotan.
#India police were seen busy waving rattan to alert those who slinkingly come outside during the prevailing lockdown. Under similar circumstances, #China using drones to help spread awareness is seen as a better way. #21daysLockdown #COVID19 pic.twitter.com/scR0Xe1N5D
— Global Times (@globaltimesnews) March 25, 2020
Indian police dealing with people who are outside of their homes ☠️ pic.twitter.com/o3NblTTqVg
— Khabir (@KhabirM) March 22, 2020
India telah megumumkan perintah berkurung bermula pada Ahad lalu. Perintah tersebut dilaksanakan setiap hari bermula pada jam 7 pagi hingga 9 malam bagi mengelak penularan wabak Covid-19 menjadi lebih serius.
Dengan jumlah penduduk yang ramai serta padat, kerajaan India berpendapat inilah langkah terbaik perlu diambil untuk mengelakkan penularan terus berlaku.
Perintah berkurung yang diumumkan Perdana Menteri India, Narendra Modi akan dijalankan selama 21 hari. Mana-mana individu dilarang keluar dari rumah melainkan ingin mendapatkan barangan keperluan dapur dan penting sahaja.
Rakyat dan penduduk di Malaysia masih bertuah kerana pihak berkuasa kita tidak menggunakan sebarang kekerasan. Tapi ada kalanya penulis juga ras alangkah sama perlu diambil terutamanya mereka yang berdegil jogging sana-sini tidak kiralah di kawasan marhaen atau kaya.
Semoga kita semua boleh terus tenang dan duduk dalam rumah. Stay safe dan jangan jogging!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI