Kita selalu pepatah yang cinta itu buta, tetapi lelaki di Indonesia ini benar-benar membuktikan bahawa cinta itu buta apabila dia sanggup mengahwini wanita yang berbeza 49 tahun dan seusia neneknya .
Ade Irawan melangsungkan perkahwinan dengan Sanih, dalam satu majlis di Kampung Cipicung, Desa Mekarsari di Cileungsi di sini baru-baru ini.Merdeka.com melaporkan, perkahwinan pasangan itu tular selepas gambar mereka dimuat naik di laman Facebook baru-baru ini.
Ade berkata, dia berkahwin dengan Sanih atas dasar cinta selepas perkahwinannya yang terdahulu dengan seorang wanita sebaya berakhir dengan perceraian.
“Saya bercerai kerana bekas isteri saya sering meminta membelikan banyak benda sedangkan saya hanya bekerja sebagai buruh.
“Pernikahan saya ini adalah jodoh dan saya niatkan sebagai satu ibadah berumahtangga,” katanya yang memberikan mas kahwin berupa kelengkapan solat.
Menurut saudara rapat Sanih, Ijo 44, sebagai berkata warga emas itu menggunakan wang hasil jualan tanah bernilai RP 20juta (RM6,300) untuk pernikahannya.
“Dia (Sanih) guna Rp 20 juta (RM6,300), Sekitar Rp 3 juta (RM940) digunakannya untuk membeli gigi palsu, dan bakinya digunakan untuk belanja akad nikah yang lain,” ujarnya.
Ijo juga menambah, Sanih bukannya tidak berduit, malah menyimpan lagi wang hasil jualan tanahnya pada tahun 2015 bernilai Rp 200 juta (RM63,000).
Sementara itu, Sanih yang sudah menjanda sebanyak dua kali pula memberitahu, dia berharap perkahwinannya kali ini kekal hingga ke akhir hayat.
“Semoga perkahwinan kami mendapat keberkatan dan saya berharap untuk mempunyai zuriat,” jelasnya.