Bila usia sudah semakin meningkat gigi pun semakin jarak kedudukannya. Makanan yang tersekat di antara celah gigi sememangnya antara perkara yang cukup menjengkelkan.
Selagi ia masih melekat selagi itulah mulut kita tidak akan rasa selesa. Namun siapa sangka akibat perbuatan mencungkil gigi membuang bertih jagung terlekat di celah gigi hampir mengakibatkan seorang lelaki berdepan maut.
Seorang lelaki dikenali dengan nama Adam martin terpaksa menjalani pembedahan selama tujuh jam selepas mendapat jangkitan kuman dalam darah yang serius.
Perkara ini berlaku kerana jangkitan dalam darah selepas dia mencungkil gigi membuang bertih jagung dari celah giginya.
Bertuga sebagai seorang bomba, Adam dijangkiti endocartiditis, sejenis jangkitan memberbahaya dan boleh mengancam nyawa. Ia disebabkan oleh sejenis kuman yang terdapat pada bahagian badan seperti mulut dan ia mengalir ke dalam saluran darah seterusnya boleh mengakibatkan kerosakan jantung.
Selepas diwadkan Adam berfikir panjang memikirkan apakah yang menyebabkan jangkitan kuman dalam darah itu berlaku. Dan saaatu-satu perkara yang dia ingat ialah kejadian dia mencungkil gigi yang telah tiga hari melekat.
Jelas Adam selepas berjaya membuangnya dia mula berasa sakit gigi namun tidak terus berjumpa doktor gigi. Namun seminggu kemudian dia diserang demam pada waktu malan, sakit kepala dan keletihan.
Selepas bertemu dengan doktor dia berasa cukup lega selepas doktor mengatakan jika terlambat dia boleh berdepan maut dalam tempoh tiga hari.
Kejadian maut akibat jangkitan seperti ini berlaku apabila bacaab melebihi 350. Nasib Adam cukup baik kerana ketika mendapatkan rawatan bacaannya sudah mencecah 340.
Jadi buat anda yang suka sangat cungkil gigi, berhati-hatilah ya. Usah menyesal di kemudian hari pula!
Sumber: SWNS, Ladbible
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Amalan Aspek Sains Yang Doktor Ini Dedahkan. Nak Awet Muda, Minum Air Lepas Bangun Tidur!
Amalan minum segelas air sejuk selepas bangun tidur bukan saja penting untuk membersihkan tubuh, malah ia juga rahsia untuk korang dapatkan badan sihat dan cantik dengan cara yang paling mudah.
Tengok sahaja di Jepun, kebanyakan masyarakat mereka mengamalkan minum air sebaik sahaja bangun pagi. Malah penyelidik perubatan Jepun juga menemui rawatan air ini berkhasiat untuk kesihatan tubuh.
Oleh itu, jangan bagi alasan yang korang perlu ‘paksa diri’ untuk minum air putih. Dr Zubaidi Hj Ahmad menulis di laman Instagramnya tentang rahsia nak sihat dan cantik dengan amalan minum air selepas bangun tidur sebelum mulut dicuci.
AMALAN MINUM AIR SELEPAS BANGUN TIDUR
Saya pernah bertemu beberapa orang yg memberitahu saya bahawa amalan kesihatan yang mereka praktikkan kerana “diperturunkan” kepada mereka ialah minum segelas air sejuk selepas bangun pagi sebelum mulut dicuci. Mereka percaya ini menjadi salah satu sebab mereka sihat.
Baru-baru ini saya terbaca mengenai salah seorang janda Presiden Soekarno iaitu Hartini, yang terkenal sihat dan cantik sehingga usia tua beliau. Diungkapkan juga bahawa salah satu amalan sepanjang hayat beliau ialah minum air putih (air kosong) selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut.
Nampaknya memang amalan ini telah lama diamalkan oleh ramai orang dari berbagai bangsa dan budaya. Yang ingin saya sentuh di sini ialah aspek sains amalan ini.
Apa khasiat air sejuk diminum di waktu pagi sebelum mulut dicuci?
Untuk memahami khasiatnya, perlu diketahui bahawa di dalam badan kita ada suatu molekul yg tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide (NO). NO bertindak mengawal tekanan darah, sebagai neurotransmitter, anti-penuaan, anti-oxidant, anti-inflammatori dan banyak lagi peranan pentingnya.
Ada banyak cara Allah SWT Yang Maha Pencipta, memberikan NO kepada kita, makhluknya. Salah satu cara ialah dengan ada bakteria-bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita yang menghasilkan NO secara semula jadi, terutamanya ketika kita tidur. NO yang terhasil itu terkumpul di dalam air liur yang terhasil semasa kita tidur itu, antaranya.
Rujuk: Jose Miguel Chatkin, MD; Wei Qian, MD; Patricia A. McClean, MSc; et al Noe Zamel, MD; James Haight, MD; Phillip Silkoff, MD. Nitric Oxide Accumulation in the Nonventilated Nasal Cavity. Arch Otolaryngol Head Neck Surg. 1999;125(6):682-685.
Maka apabila kita bangun dari tidur dan minum air sejuk, NO di dalam air liur kita itu dibawa ke dalam perut kita yang kosong dan diserap ke dalam peredaran darah kita. NO adalah sangat penting untuk kesihatan kita, kesihatan jantung terutamanya.
View this post on InstagramA post shared by Dr Zubaidi Hj Ahmad (@drzubaidi) on
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Otot Lengan Kuyu Dan Tak Mantap? Cuba Gaya Workout Ini! Mudah Dan Berkesan!
Isi Kandungan
ToggleMemiliki lengan kekar, padat, dan proporsional seperti lengan yang dimiliki oleh Chris Hemsworth menjadi impian kebanyakan lelaki. Sayang tak semua lelaki boleh menjadikannya kenyataan. Apakah mustahil untuk mendapatkan lengan kekar seperti itu? Asalkan kamu tahu caranya, ia bukanlah hal yang mustahil untuk membentuk lengan proporsional dan kekar.
Sebenarnya membentuk otot lengan adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan membentuk otot perut dan dada. Latihan untuk membentuk otot lengan boleh dilakukan di rumah. Asalkan kamu mampu untuk melakukannya secara rutin.
Berikut adalah empat cara bagaimana untuk anda mampu membentuk dan membesarkan otot lengan anda agar kelihatan tegap dan kekal seksi.
Latihan ringan arm circle
Siapa kata latihan membentuk otot lengan hanyalah dengan mengangkat beban berat? Padahal kamu boleh juga berlatih arm circle sebagai latihan asas. Caranya adalah berdiri tegak dan merentangkan tangan lurus ke sisi. Setelah itu pusingkan lengan membentuk huruf o dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali mengikut empat set.
Lakukan push up secara rutin
Push up juga adalah sangat baik untuk membentuk otot lengan agar semakin kekar. Lakukan push up asas dengan telapak tangan menempel di lantai. Setelah itu naikkan dan turunkan badan anda dalam posisi lurus. Jadi bukan hanya bahagian pinggul yang akan menaik dan menurun. Lakukan secara bertahap misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30, hingga 50 kali sehari jika sudah terbiasa.
Lakukan gerakan concentration curl
Latihan penting lain yang perlu kamu lakukan adalah concentration curl. Tentu anda ingin tahu bukan? Concentration curl adalah latihan angkat beban. Caranya kamu duduk dan merentangkan kaki. Setelah itu lengan diletakkan di depan paha. Lalu angkat dumbell yang ada di hadapan anda. Untuk lebih jelas, kamu boleh melihat gerakannya di Youtube.
Lakukan pull up dengan betul
Satu lagi bentuk latihan yang sangat baik untuk membentuk otot lengan adalah pull up. Caranya adalah kamu bergantung pada palang datar. Tangan tegak lurus selaras dengan bahu. Setelah itu angkat tubuh ke atas hingga dada lurus palang yang anda pegang. Latihan ini agak berat. Untuk latihan awal, lakukan 5 kali dulu. Tapi bila sudah biasa teruskan hingga 10 kali.
Empat latihan tersebut bila dilakukan secara rutin boleh membantu anda untuk membentuk otot lenganmu agar kelihatan kekar proporsional seperti Chris Hemsworth, pelakon yang memegang watak sebagai Dewa Thor. Oh ya, jangan lupa untuk mengambil makanan bergizi untuk mempercepatkan pembentukan otot lengan anda.
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Miliki Rambut Yang Sihat Dengan Panduan Mudah Ini!
Pengenalan
- Rambut boleh memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang.
- Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.
- Rambut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.
- Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia.
- Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam.
- Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut.
- Rambut akan memanjang 3-4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun.
Cara- Cara Penjagaan Rambut
- Penjagaan rambut adalah berbeza mengikut jenis rambut, stail rambut dan juga jenis aktiviti yang dilakukan.
- Jenis syampu yang digunakan dan kekerapan membasuh rambut adalah mengikut kelembapan rambut dan permasalahan rambut.
- Syampu untuk rambut kering dan rosak diperlukan dalam keadaan berikut: Rambut kerinting, rambut yang diluruskan atau diikalkan dengan menggunakan bahan kimia, rambut yang selalu menggunakan pengering letrik terutamanya ketika rambut basah dan juga rambut yang selalu terdedah kepada air laut dan air berklorin.
- Syampu untuk rambut berminyak pula perlu digunakan bagi mereka yang mempunyai rambut berminyak.
- Setengah remaja mengalami rambut yang agak berminyak kerana pada usia ini kelenjar sebaceous mungkin lebih aktif dan mengeluarkan sebum melebihi dari keperluan.
- Syampu bayi yang lembut, disyorkan bagi mereka yang aktif dalam sukan dan perlu kerap membersihkan rambut setiap hari.
Menangani Rambut Bermasalah
Masalah rambut yang biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah.
- Kelemumur (dandruff)
Penyebab berlakunya kelemumur masih tidak diketahui, walau bagaimanapun ia dikaitkan dengan hadirnya sejenis kulat (fungus).
Kelemumur boleh dirawat dengan menggunakan syampu yang mengandungi asid salicilic, zink, tars atau selenium sulfate.
Sekiranya rawatan ini tidak berkesan, sila berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
- Rambut rapuh, pecah atau bercabang (hair breakage)
Rambut boleh pecah di bahagian yang lemah sama ada di pangkal, tengah mahupun di bahagian hujung rambut.
Penyebab rambut pecah adalah :
- Terdedah pada bahan kimia yang digunakan untuk meluruskan , mengerintingkan dan mewarnakan rambut.
- Kerap menyisir rambut terutamanya apabila menggunakan sikat yang tidak bersesuaian dengan ketebalan rambut dan menyisir rambut dalam keadaan basah.
- Kerap ikat tocang (braid) dengan ketat.
- Mengalami masalah perubatan seperti “hypothyroidism” ( hormon tiroid rendah) dan “anorexia nervosa” (tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk walaupun sebenarnya badan pesakit terlalu kurus).
Bagi mengatasi masalah ini;
- Gunakan syampu untuk rambut rosak dan gunakan perapi rambut.
- Jangan sikat rambut ketika basah dan gunakan sikat yang bersesuaian
- Elakkan mengering rambut dengan alat pengering dalam keadaan terlalu basah dan pada suhu yang tinggi.
- Dapatkan perkhidmatan pendandan rambut profesional sekiranya anda hendak meluruskan, mengeritingkan atau mewarnakan rambut.
- Sekiranya anda berambut panjang dan mempunyai rambut bercabang, eloklah bahagian hujung rambut dipotong.
- Sekiranya anda mengalami rambut rapuh tanpa sebab , jumpalah doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Rambut gugur (hair loss)
- Rambut gugur adalah perkara yang biasa berlaku pada setiap orang.
- Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan akan diganti dengan rambut baru.
- Masalah akan timbul apabila rambut yang gugur tidak diganti dan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi botak.
- Botak itu boleh berlaku sementara atau kekal.
- Antara penyebab rambut gugur adalah penggunaan bahan kimia dan suhu tinggi untuk dandanan rambut serta masalah perubatan.
- Sekiranya rambut anda gugur berterusan setelah menjalani rawatan di salon atau anda mengalami botak kekal, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI