Baru-baru ini ada desas-desus tersebar mengatakan bahawa legasi pembekal permainan gergasi Toys R Us mempunyai hutang yang bernilai berbillion dollar Amerika (menjangkau RM20 billion) dan kini berada dalam keadaan “nyawa-nyawa ikan”.
Namun pada Isnin baru-baru ini, telah disahkan bahawa Toys R Us Inc yang merupakan rangkaian pengedar permainan terbesar di Amerika Syarikat itu telah pun disahkan muflis dengan memfailkan perlindungan kebankrapan semalam, petanda terbaharu wujud ketidaktentuan dalam industri runcit susulan perkembangan gedung dalam talian dan kedai diskaun.
Yang menjadi tanda tanya kini, apakah cawangan Toy R Us di Malaysia juga akan ditutup kerana terkesan dengan krisis ini?
New Straits Times ada mendapatkan maklum balas daripada beberapa pekerja Toy R Us di Malaysia. Jelas seorang penyelia yang mahu dikenali dengan nama Qeela, “Sehingga kini kami masih belum mendapat sebarang notis berhenti atau menerima sebarang dakwaan sahih bahawa cawangan kami akan ditutup, oleh itu saya akan terus bekerja seperti biasa”.
“Adalah tidak adil bagi mereka untuk tidak memberitahu kami apa-apa jika berita itu benar,” tambahnya.
Biarpun begitu, Toy R Us Asia tampil membuat sebuah kenyataan mengesahkan bahawa syarikat itu adalah entiti undang-undang yang berasingan bahkan disokong kewangan persendirian, berbeza dari Toys R Us Inc.
“Toys R Us (Asia) masih akan terus beroperasi dan menyediakan perkhidmatan terbaik untuk para pelanggan sekalian seperi biasa. Kami adalah syarikat yang membaiayai kos operasi kami sendiri dan berkembang, malabur dalam daerah ini,” jelas Presiden Toys R Us Asia, Andre Javes.
Sumber : Berita Harian & Wanista