Nama Aizat Hamdan bukan nama asing dalam industri muzik tempatan. Pernah cipta fenomena dalam dunia hiburan tanah air, Aizat kembali jadi perhatian apabila beliau mengumumkan bakal bertarung dalam sukan Muay Thai Oktober ini.
Menerusi hantaran Instagram @aizathamdan, dia berkongsi sudah lebih setahun ‘low profile’ dalam mengikuti latihan sukan pertahanan diri itu.
Tambahnya lagi, pengalaman latihan yang dijalaninya itu sangat luar biasa.
Sejak kebelakangan ini, ramai peminat tertanya-tanya tentang perkembangan terkini Aizat, terutamanya selepas beliau mengambil keputusan untuk menyepi dari dunia seni.
“Lebih setahun saya diamkan mengenainya. Tapi saya teruja untuk berkongsi dengan anda semua yang saya akan bertarung dalam pertarungan Muay thai amatur pertama saya pada 12 Oktober ini.
Ads
“Latihannya dia tak kelakar. Rutin pagi petang berlatih, balik tidur. Doakan semoga semua berjalan lancar. Kalau anda semua nak tengok latihan dia macam mana, esok saya mulakan berkongsi di Instagram Story,” kata Aizat.
Aizat
Menerusi video-video yang dikongsikan, ternyata basah lencun Aizat berlatih bersungguh-sungguh sempena debut pertarungan Muay Thai tidak lama lagi.
Ads
Rata-rata komen dari rakan dan peminat Aizat turut memberikan sokongan jitu dan mendoakan kemenangan beliau.
Moga Aizat berjaya meraih kemenangan pertama dalam debut sukan Muay Thai amatur pertamanya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Botak memang bersifat genetik atau keturunan, namun gaya hidup dan perawatan rambut yang salah juga boleh menyebabkan kebotakan.
Dihydrotestosterone (DHT) dari hormon testosteron adalah agen yang menyumbang terjadinya keguguran rambut.
Jika anda gemar makan daging yang kaya lemak dan rendah serat akan memiliki tahap testosteron tinggi.
Penghasilkan testosteron ini boleh bertukar menjadi DHT.
Oleh itu, disarankan agar anda mengamalkan diet yang lebih sihat dengan mengambil lebih banyak sayur dan makanan kaya serat untuk menurunkan tahap testosteron.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Melakukan latihan workout dengan teknik yang betul dapat membantu meningkatkan prestasi dan mempercepatkan hasil yang anda inginkan. Kini ramai anak muda melakukan workout untuk mendapatkan bentuk badan sasa. Workout yang konsisten dan disiplin secara berperingkat terbukti mendatangkan pelbagai faedah seperti meningkatkan hormon, menguatkan tulang, mengurangkan risiko kecederaan, mencerdaskan minda, menguatkan daya ingatan, meningkatkan produktiviti kerja dan sebagainya.
Workout itu bagus tetapi haruslah jujur kepada diri sendiri dan mempunyai kemahuan yang jitu dalam latihan. Bukan sekadar melakukan workout, anda juga perlu ketahui langkah betul. Ramai yang melakukan kesalahan ketika workout dan biasanya kita terlepas pandang.
Tidak belajar teknik asas
Ramai mereka yang workout tidak mengamalkan teknik betul. Hal ini terjadi apabila melakukan latihan tanpa bimbingan daripada pakar kecergasan bertauliah. Workout dengan hanya mendapat ilmu dari menonton video dan majalah sahaja tidak memadai. Ramai yang tidak tahu hukum atau asas pergerakan sendi-sendi, bagaimana sendi itu boleh bergerak, pergerakan yang diharamkan, pergerakan yang mempunyai batasan ( limitation) dan sebagainya.
Rentetan daripada itu, biarpun dalam jangka pendek kesannya tidak kelihatan tetapi untuk jangka panjang ia boleh mencacatkan anggota badan. Melakukan workout dengan teknik yang betul akan mempercepatkan lagi faedah bersenam dan teknik yang salah akan mengakibatkan kecederaan, membuang masa dan tenaga.
Pemanasan badan dan regangan
Memanaskan dan meregangkan badan adalah dua aktiviti wajib yang berbeza. Memanaskan badan dilakukan sebelum melakukan workout bertujuan meningkatkan produktiviti dan persediaan mental serta fizikal. Manakala regangan dilakukan selepas melakukan workout bertujuan mengembalikan otot dan sendi pada kondisi asal. Dua aktiviti ini dapat meningkatkan serta memaksimumkan prestasi workout dan mengurangkan risiko kecederaan.
Kekurangan Nutrisi
Ramai yang tidak sedar bahawa mereka memerlukan tenaga lebih untuk workout tidak kira di gim atau taman rekreasi. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, anda perlu makan sebelum workout atau bersenam. Seperti kenderaan, anda memerlukan minyak untuk bergerak dan prestasi minyak yang akan menentukan prestasi kereta anda.
Sama seperti tubuh, anda perlukan makanan dan minuman yang berkhasiat untuk meningkatkan prestasi. Minuman bertenaga yang mempunyai caffience membantu prestasi manakala minuman isotonik membantu memulihkan ion mineral yang hilang ketika proses perkumuhan semasa workout.
Tidak mempelbagaikan pergerakan
Bagi anda yang inginkan tubuh badan cantik dan solid, amat digalakkan untuk mempelbagaikan penggunaan alatan workout. Bagi mereka yang tidak mempelbagaikan pergerakan, hasilnya tubuh akan lambat terbentuk. Ini kerana terdapat sesetengah pergerakan yang tidak diamalkan, hanya sekadar melakukan latihan asas sahaja.
Hal ini menjadikan tubuh badan kaku terutama bagi anda yang jarang menggunakan alatan seperti cable, free weight, fitball, kettle bell, rope, trx cable, variation step up box. Apabila anda pelbagaikan pergerakan, tubuh badan akan lebih fleksibel dan nampak lebih sasa berbanding dengan mereka yang hanya melakukan latihan asas, hanya mengangkat dumbbell sahaja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tanyalah mana-mana lelaki, memiliki perut berotot tegap dan six-pack pasti menjadi idaman. Namun tak semudah itu untuk dapatkan six-pack.
Begitu juga dengan usaha mengekalkan kondisi otot yang tegap, sangat mencabar buat lelaki. Dengan kesbukan aktiviti harian anda mungkin rasa tak sempat untuk ke gim.
Disiplin dalam permakanan juga memainkan peranan sangat penting. Jadi apa rahsia lelaki berperut six-pack? Bagaimana mereka boleh maintain?
Mungkin 7 perkara ini jawapannya!
Pelbagaikan Senaman
Senaman yang pelbagai memang sangat baik untuk minda dan tubuh badan. Menurut pakar diabetes, pengajar kecergasan dan juga pemilik studio kecergasan dan nutrisi iaitu Jim White, tubuh badan akan terbiasa dengan senaman sama yang dibuat berkali-kali.
UNTUK MENINGKATKAN LEBIH STAMINA, LAKUKAN PELBAGAI JENIS SENAMAN SEPERTI CAMPURKAN LATIHAN KARDIO SEPERTI BERLARI, BERYOGA DAN MELAKUKAN SENI PERTAHANKAN DIRI.
Pilih Rakan Senaman
Godaan makanan yang sedap dan permainan iklan yang menggugatkan selera anda boleh menjadi penghalang untuk mempunyai tubuh badan yang tegap. Anda perlukan motivasi tambahan dengan mencari teman yang juga mempunyai impian yang sama.
SELAIN BERKONGSI MINAT MEMPUNYAI BERTUBUH KEKAR, ANDA BOLEH BERSAING SECARA SIHAT DAN INI AKAN MEMBUATKAN ANDA MAHU BERUSAHA LEBIH KERAS.
Rajin Baca Senarai Label Makanan
Membaca label pada makanan yang anda beli adalah tindakan penting untuk menikmati pemakanan seimbang yang diambil selain mengelak makan makanan yang tidak baik. Elak membeli makanan yang mempunyai lemak tran dan hadkan kandungan gula.
Pilih makanan yang mempunyai serat tinggi lebih dari 3 gram setiap hidangan. Ingatlah bahawa lebih banyak makanan segar yang anda ambil di dalam diet anda, lebih mudah untuk mendapatkan nutrisi yang cukup dan seimbang.
Memasak makanan sendiri tentunya lebih sihat kerana anda boleh mencuba untuk memasak dengan kaedah bakar, gril, kukus atau sauté berbanding makanan bergoreng. Pastikan anda masak menggunakan minyak yang sihat seperti minyak zaitun atau minyak jagung berbanding minyak kelapa sawit atau marjerin.
UNTUK PERISA, ELAK MENGAMBIL GARAM SEBALIKNYA GANTIKAN DENGAN HERBA.
Tingkatkan stamina dengan senaman ringan
Untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat, tidak semestinya anda perlu menghabiskan masa di gim tetapi anda boleh melakukan ‘push-up’ untuk menguatkan otot abdomen, dada dan bahu ketika dirumah mahupun pejabat. Ambil beberapa minit untuk melakukan senaman ini supaya ia boleh dijadikan rutin dan membentuk otot dengan mudah.
Setia dengan senaman kardio
Ramai yang beranggapan, senaman kardio perlu ada ‘treadmill’ di rumah dan perlu ke gim. Sebenarnya, senaman kardio boleh berlaku ketika anda sedang menaiki tangga dan berjalan kaki. Walaupun senaman kardio kelihatan santai tetapi ia mampu membakar banyak kalori dan menjadikan kadar denyutan jantung lebih sihat.
Kira saiz hidangan
Bagaimana untuk mengira saiz hidangan? Anda boleh mengira saiz hidangan yang diambil dengan merujuk maklumat pada label nutrisi. Jika anda makan di luar, tinggalkan separuh dari hidangan ke dalam peti ais untuk dinikmati pada keesokan hari.
Perbanyakkan sayur dan buah
Anda tidak perlu risau jika memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kadar yang banyak. Sebaliknya, ia memberi anda kesihatan di tahap optimum kerana ia membantu mengekalkan berat badan ideal anda.
Sesekali mengambil batang seleri dan cicah bersama mentega kacang atau meratah lobak merah pasti membuatkan anda cukup berselera. Jangan lupa masukkan tomato ke dalam sandwich.
BUAHAN CAMPUR YANG DIHIRIS DAN DIGAUL BERSAMA YOGURT DI DALAM MANGKUK BOLEH DIJADIKAN SNEK SIHAT SEPANJANG MASA.
Melatih diri dengan senaman kardio dan mengetahui saiz hidangan bukanlah perkara susah sebaliknya ia menjadi perkara paling menarik lebih-lebih lagi jika anda hanya melakukannya dengan santai. Santai, santai juga tetapi hasilnya pasti menakjubkan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.