Aircond atau penghawa dingin merupakan kelengkapan yang wajib ada dan berfungsi dengan baik untuk semua pemilik kenderaan di negara kita. Dengan cuaca tropika yang panas dan lembab memang kita memerlukan penghawa dingin untuk menyejukkan ruang dalam kereta.
Antara masalah utama yang sering kita hadapi bila kita bercakap tentang penghawa dingin kereta ialah masalah tak sejuk.
Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan penghawa dingin kereta menjadi kurang sejuk. Namun sebelum membawa kereta ke bengkal ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan sendiri terlebih dahulu.
Antara punca ia berlaku adalah kerana filter tersumbat dan memerangkap terlalu banyak debu, habuk dan sebagainya. Jika filter tersumbat makan kadar sejuk penghawa dingin juga akan keluar dengan perlahan. Filter ini berfungsi sebagai penapis habuk dan kotoran dan jika tersumbat aliran anginnya akan terjejas.
Seorang pengguna Facebook, Mohd Farhan Alias pernah membuat perkongsian cara DIY yang mudah untuk cuci filter penghawa dingin. Perkongsian yang dilakukan ini adalah berdasarkan kereta Peroduan Myvi. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.
BUKA BAHAGIAN GLOVE BOX
Kebiasaannya glove box ini terletak di hadapan bahagian penumpang hadapan di sebelah kiri. Buka dan tanggalkan dengan perlahan.
CARI PENUTUP FILTER
Selepas membuka glove box, cari penutup filter seperti gambar di atas. Terdapat klip penutup yang biasanya terletak di sebelah kanan. Buka klip tersebut.
BACA: Cara Mudah Tanggalkan Road Tax Kereta Tanpa Tinggalkan Kesan Gam
BUKA PENUTUP
Selepas klip dan penutup dibuka tarik filter yang berwarna putih.
PERIKSA KONDISI FILTER
Inilah rupa filter yang telah memerangkap banyak debu dan habuk. Boleh dikatakan sudah kotor.
GUNA SABUN
Untuk bersihkan filter anda boleh gunakan sedikit sabun pakaian. Rendamkan filter yang kotor itu di dalam bekas.
CUCI DENGAN BERUS
Selepas sejam filter direndam anda boleh keluarkannya. Biasanya masih terdapat sedikit kotoran. Anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk mencucinya.
KERINGKAN
Sudah nak siap! Langkah terakhir anda perlu keringkan filter yang sudah dicuci. Boleh dikeringkan sama ada dijemur di bawah matahari atau menggunakan blower. Selepas kering anda boleh pasang semula.
Semoga perkongsian dari saudara Mohd Farhan Alias ini boleh membantu anda menjadikan penghawa dingin kereta berfungsi dengan baik. Bila dah buat secara DIY begini anda pun boleh berjimat!
Jika penghawa dingin masih tidak sejuk anda perlu bawa ke bengkel untuk buat pemeriksaan lanjut. Mungkin ada masalah kebocoran di bahagian tertentu telah berlaku. Dan yang paling penting lakukanlah servis penghawa dingin secara berkala.
Selama mencuba!
Kredit: Mohd Farhan Alias
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI