Pernah atau tidak anda bawa kereta tiba-tiba aircond anda tidak berfungsi dengan baik seperti tidak lagi terasa sejuk?
Tak apa, tak jadi masalah , jangan panik jika pernah terjadi, mungkin anda boleh cuba cara yang dikongsikan Farizah Mohamed ini. Bukan sahaja senang malah menjimatkan masa dengan hanya mengambil masa 5 minit sahaja dan duit anda juga.
Menurutnya, punca aircond tidak sejuk selalunya dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya cooling coil bocor, compressor, kipas, gas aircond bocor dan macam-macam lagi.
Namun begitu, dia tidak menolak kadang-kala ia juga disebabkan benda-benda simple sahaja seperti penapis yang penuh dengan habuk. Benda ini boleh dibaiki sendiri, jadi mengapa sampai perlu hantar ke bengkel.
Cara-caranya;
1. Pastikan enjin dimatikan terlebih dahulu. Buka drawer di bawah dashboard yang terletak di bahagian penumpang depan dan tarik ia keluar.
2. Sebaik anda tarik keluar, anda akan nampak satu kotak hitam kecil di dalam ruangan tersebut, lalu buka penutup kotak itu.
3. Tarik penutup kotak berbentuk segi empat, ia berfungsi sebagai penapis yang menangkap segala kotoran dan habuk (seperti dalam gambar).
4. Ketuk dan bersihkan segala habuk yang melekat dan letak balik penapis tersebut di tempat asal. Pasang semula penutup dan drawer tersebut.
5. Kemudian on kan enjin dan test aircond, mesti dah sejuk angin dia!
Jika tidak sejuk, itu tandanya anda perlu membawanya ke bengkel berdekatan. Tambahnya, kebanyakan kenderaan tempatan kedudukan penapis memang di bahagian penumpang, tetapi dia tidak pasti jika continental car, kena tanya pada pakar.
https://www.facebook.com/farizah.elque/posts/2092816680953803
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Isi Petrol Waktu Malam , Ini Trick Isi Minyak Untuk Anda
Pasti pengguna terutama yang berkenderaan akan kecut perut menanti sama ada harga petrol naik atau tidak. Apabila keesokan harinya diisytiharkan harga petrol naik, maka berpusu-pusulah pemandu beratur di stesen minyak untuk mengisi penuh tangki kenderaan masing-masing.
Situasi ini sering terjadi dan isu harga minyak naik tidak pernah senyap. Mungkin ramai yang tidak tahu akan penyelesaiannya, jadi kali ini Maskulin berkongsi tip penjimatan minyak kenderaan dengan anda semua.
1.Isi Minyak Pada Waktu Malam
Mungkin ramai tidak mengendahkan tip mudah ini. Tetapi,ini adalah fakta. Sekiranya anda mengisi tangki minyak pada waktu malam atau ketika dalam keadaan sejuk, anda dapat menjimatkan wang untuk minyak. Sebaliknya jika anda mengisi petrol pada waktu siang atau dalam keadaan panas, kandungan gas adalah tinggi dan haba petrol akan bercampur dengan lebihan gas dalam kandungannya.
2.Penuhkan Tangki
Petrol juga boleh tersejat. Sekiranya tangki petrol penuh, ruang untuk petrol menyejat adalah kurang. Tetapi sekiranya ruang lebih besar, perkara sebaliknya akan berlaku. Untuk mengelakkan ruang dalam tangki menjadi kosong, anda perlu mengisi penuh tangki petrol kenderaan. Ini sekaligus membantu mengurangkan pembaziran kerana petrol yang tersejat atau meruap tidak akan dibakar oleh enjin. Janganlah tunggu meter petrol berada pada tanda “E” baru mahu isi.
3.Kurangkan Memecut
Had laju yang ditetapkan ada sebabnya. Pertama adalah untuk mengelak berlakunya kemalangan di jalan raya. Bagi para pemandu dan pemilik kenderaan, had laju yang ditetapkan seperti 60 atau 70 km/sejam sepatutnya digunakan sebagai sesuatu yang boleh memberi faedah kepada anda. Apabila memandu pada had laju yang tetap dan tidak memecut dapat menjimatkan petrol. Lagi laju anda memecut, lagi banyak petrol yang digunakan. Tetapi perlu diingatkan, memandu terlalu perlahan juga akan memberikan tekanan pada enjin sekaligus menyebabkan banyak petrol digunakan.
4.Selenggara Kereta Mengikut Jadual
Kereta merupakan jentera yang dicipta untuk bekerja. Oleh sebab itu ia seharusnya sentiasa diselenggara terutama di bahagian enjin. Dalam jangka masa yang ditetapkan, periksa kenderaan anda dan pastikan ia berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Penapis atau filter perlu sentiasa diperiksa dan jika perlu,gantikan dengan yang baru.
5.Periksa Tekanan Angin Tayar
Begitu juga dengan tekanan angin tayar. Periksa tayar kereta anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Sekiranya tekanan angin tayar kereta berada pada tekanan yang sesuai dan sepatutnya, cengkaman tayar lebih kukuh dan ini sekaligus memberikan penjimatan berganda pada penggunaan petrol.
Baca: Tukar Tayar Sebelum Terlambat, Ini 5 Cara Paling Mudah Pastikan Tayar Anda Selamat!
6.Kurangkan Penggunaan Penghawa Dingin
Untuk mengurangkan pembaziran penggunaan petrol, kurangkan penggunaan penghawa dingin ketika memandu. Guna apabila perlu sahaja iaitu ketika cuaca panas terik. Sekiranya anda memandu pada waktu pagi atau malam, buka tingkap dan bukan penghawa dingin. Tetapi awas! Jangan buka tingkap terlalu luas sehingga membahayakan nyawa anda dan penumpang jika ada.
7.Beban Terlalu Berat
Keluarkan semua barang-barang yang tidak perlu disimpan di dalam kenderaan seperti set golf ataupun bagasi besar. Anda perlu tahu dan ingat, beban yang terlalu berat akan menyebabkan penggunaan tenaga berganda. Sekaligus ini akan menyebabkan penggunaan petrol juga bertambah.
8.Elak Guna Gear Rendah
Mungkin jarang yang lakukan, tetapi sebaik-baiknya elak menggunakan gear rendah ketika memandu. Gunakan gear rendah pada tempat yang sepatutnya sahaja. Contohnya ketika mendaki, tetapi pada masa yang sama anda perlu tukar gear secepat mungkin. Untuk menuruni bukit atau melalui jalan rata pula, langkah penggunaan gear satu terus ke gear tiga atau empat. Sekiranya kenderaan yang dipandu menggunakan gear automatik, tingkatkan halaju dengan kadar segera.
9.Matikan Enjin Ketika Menunggu
Memang biasa kita lihat situasi ini. Kebanyakan daripada tidak mematikan enjin ketika menunggu walaupun dalam tempoh sekejap. Enjin sebenarnya tetap membakar petrol di dalam tangki walaupun ketika kenderaan anda tidak bergerak. Amat mudah, jika anda menunggu atau keluar dalam tempoh sekejap dari kenderaan anda, matikan enjin kenderaan anda itu. Ia mampu menjimatkan penggunaan petrol.
10.Pandu Untuk Perjalanan Jauh Sahaja
Kalau boleh pandu kenderaan anda hanya untuk perjalanan yang jauh sahaja. Sekiranya destinasi yang ingin dituju hampir dengan tempat tinggal, lebih baik anda berjalan kaki atau menunggang basikal. Ini bukan sahaja memberi penjimatan pada petrol kenderaan malah memberi faedah pada alam sekitar, sekaligus menyihatkan tubuh badan anda.
Ikuti kami di Youtube untuk dapatkan update dan info terkini berkaitan dengan info lelaki.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
INI WAJAH SEBENAR MYVI GENERASI KETIGA?
Berita tentang model baru keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dengan kod D20N sudah lama berlegar sejak awal tahun ini.
Agak sukar untuk mendapatkan informasi tentang model generasi ketiga Perodua Myvi berkenaan. Penulis mengumpulkan maklumat sejak dari awal tahun bagi mendapatkan gambaran yang hampir.
Maklumlah, pihak pengeluar automotif tempatan itu mengunci mulut dengan rapat. Bahkan pihak sumber industri juga tidak mahu memberi kerjasama apabila diajukan soalan tentang model Myvi itu.
Setelah berusaha dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber, ternyata penampilan Myvi baharu tidak sama dengan model Daihatsu Boon seperti mana yang digambarkan oleh portal automotif sebelum ini.
Mengukuhkan lagi informasi tersebut, baru-baru ini difahamkan model akhir Myvi itu dipertontonkan secara tertutup kepada pihak vendor. Bayangan Myvi baharu berkenaan sebenarnya lebih mirip Toyota Corrolla iM. Difahamkan Myvi baharu memiliki saiz badan yang lebih besar berbanding generasi sedia ada.
Justeru itu, pihak Sinar Turbo mengambil inisiatif melakar imej D20N berdasarkan bayangan yang diberikan oleh pihak sumber. Mungkin ketepatan imej lakaran berkenaan hanyalah 70 peratus. Difahamkan pihak Perodua melakukan transformasi daripada segi saiz, penampilan, kabin dan mekanikal.
LUARAN:
Berdasarkan informasi yang diterima, dapat penulis ringkaskan bahawa dimensi Myvi baharu meningkat daripada segi panjang dan lebar berbanding generasi sebelumnya.
1) Menurut sumber, bahagian depan Myvi mirip model Honda Jazz. Bahkan, difahamkan lampu depan bakal menggunakan lampu LED bersama ciri pelarasan sebagai standard.
2) Pandangan sisi D20N seakan model Jazz dan juga Toyota Corolla iM. Saiznya lebih panjang dan memiliki garis aerodinamik.
3) Beralih kebelakang, rekaannya mengingatkan anda kepada model Kia Rio yang dipadankan dengan desain lampu combi yang sedikit berkotak. Khabarnya, pihak Perodua masih mengekalkan konsep pembuka pintu but belakang yang ada pada model Axia baharu.
4) Perodua mungkin mempertahankan pilihan rim 14 inci bagi model terbaru ini. Alangkah bagusnya jika mereka menambah satu lagi pilihan rim bersaiz 15 inci.
5) Khabarnya Perodua bakal memperkenalkan warna baharu iaitu kelabu selain warna badan putih, merah dan perak.
KABIN:
Selain itu, difahamkan Perodua juga merombak susun atur kabin D20N yang lebih mengutamakan ergonomik bagi memudahkan capaian butang kawalan buat pemandu.
1) Posisi gear kini diposisikan di konsol tengah dan tidak lagi diletakkan pada bahagian papan pemuka.
2) Difahamkan reka bentuk papan pemuka tidak lagi mendatar dan keseluruhan butang kawalan berada pada posisi ergonomik, ke arah pemandu.
3) Varian tertinggi bakal menerima skrin sentuh bersama integrasi GPS, pemain DVD dan lain-lain.
4) Butang penghidup push/start ditawarkan standard pada semua varian.
5) Bakal dilengkapi dengan kerusi semi bucket seperti mana yang ditawarkan pada varian Myvi Advance.
6) Lebih menarik, khabarnya Myvi baharu tidak lagi didatangkan dengan tayar ganti donat. Bakal dilengkapi dengan tayar ganti biasa.
MEKANIKAL:
Dijangka Perodua bakal menggantikan enjin DVVT sedia ada dengan unit Toyota NR 1.3 liter dan 1.5 liter Dual VVT-i yang kini dipasang pada model Bezza dan Vios baharu.
Sementara, bahagian transmisi masih mengekalkan kotak gear 4-kelajuan automatik dan 5-kelajuan manual.
Difahamkan D20N ini bakal menjadi model Perodua yang pertama menggunakan Tangki Minyak Plastik (PFT) yang beratnya hanya separuh daripada tangki minyak besi yang biasa, sekali gus mengurangkan berat kereta.
Myvi D20N bakal membawa ciri ciri yang terdapat pada model Bezza seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC), Bantuan Mula-Mendaki (HSA) dan Eko Melahu (Eco Idle).
Bilakah model Myvi baharu berkenaan akan dilancarkan?. Masih belum lagi dapat dipastikan. Difahamkan pengeluaran massa Myvi baharu dijadualkan pertengahan Oktober ini dan khabarnya D20N tersebut akan dilancarkan dalam bulan ini juga.
Sama-sama kita nantikan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Casis Rosak & Enjin ‘Runtuh’ Ke Bawah, Ini Akibat Dari Kerosakan Enjin Mounting
Tidak kiralah apa jenis kereta yang anda pandu, boleh dikatakan semua kenderaan menghasilkan gegaran dari enjin.
Teknologi automotif terkini sudah semakin maju untuk mengurangkan kesan gegaran tersebut. Namun dalam tempoh jangka masa tertentu gegaran itu boleh menjadi semakin kuat.
Ini terutamanya pada kereta yang sudah berusia lima tahun ke aras. Masalah gegaran ini adalah simptom yang sudah biasa berlaku. Malah gegaran itu boleh dirasakan hingga ke stereng kereta ketika ia dipandu.
Gegaran yang tidak dikenal pasti boleh menyebabkan kerosakan serius pada mounting enjin.
Terlebih dahulu kita perlu tahu apaitu mounting enjin. Secara asasnya mounting enjin merupakan komponen yang ‘memegang’ enjin kereta dan juga kotak gear. Kebiasaannya terdapat dua atau tiga pada bahagian enjin dan ia juga mempunyai lapisan getah yang membawa fungsi menyerap gegaran.
Di antara punca utama mengapa kerosakan pada mounting enjin ini boleh rosak adalah disebabkan bahagian getahnya yang sudah keras atau kedudukan besi mounting rosak dan tercabut daripada bahagian casis enjin.
KESAN AKIBAT KEROSAKAN
Terdapat beberapa jenis kesan dan kerosakan yang boleh berlaku kepada kereta anda sekiranya mouting rosak. Antaranya ialah;
- Enjin kereta boleh jatuh dan teralih dari kedudukan asal. Ini akan menyebabkan kerosakan teruk kepada komponen lain seperti sistem ekzos, driveshaft, alignment lari dan kerosakan lain lagi.
- Juga boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian panel body dan casis kereta akibat gegaran berterusan dari mounting enjin yang rosak
- Pergeseran akan berlaku di antara komponen yang berada berdekatan dengan enjin seperti turbocharger, manifold, bateri, radiator, kipas dan sebagaintya. Secara tal langsung boleh menyebabkan lagi banyak komponen rosak
PETANDA AWAL
Dalam penjagaan kereta sebelum berlakunya apa-apa kerosakan kebiasaannya kereta akan memberikan petunjuk. Begitu juga kerosakan pada bahagian engine mounting. Ia merupakan jenis kerosakan yang jarang sekali berlaku secara tiba-tiba.
Berikut merupakan tanda-tanda engine mounting kereta anda sudah rosak;
- Selepas enjin kereta dihidupkan anda dapati timing engine jadi turun naik. Ia lebih buruk apabila penghawa dingin dipasang. Selain itu, kereta juga turut bergegar dengan kuat lalu menjadikan pengalaman memandu kereta jadi tidak selesa.
- Rasa bergoyang atau tidak stabil semasa mengambil selekoh atau ketika memusingkan kenderaan. Engine tidak diikat dengan betul dan menyebabkan inersia lebih semasa pusing.
- Bagi kereta jenis manual ia lebih mudah untuk mengetahui sama ada ia mengalami kerosakan atau tidak. Letakkan sedikit kaki kiri di bahagian pedal clutch. Jika ada gegaran kuat maka itu petanda mounting untuk gearbox ada masalah.
- Ketika kereta bergerak laju di jalan lurus namun anda dapati stereng bergegar dengan kuat. Memang sah ada masalah engine mounting yang perlu diperiksa dengan segera.
Jadi jika dapati kereta anda mempunyai petanda-petanda seperti di atas sila cepat-cepat bawa ke bengkel untuk dibaiki.
Ikuti channel YouTube MASKULIN untuk seleksi video-video yang menarik!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI