Sekarang kalau cuaca panas, memang bahangnya cukup memeritkan.
Jadi tidak dapat nak dibayangkan bagaimana memandu kereta atau kenderaan berbumbung yang tidak mempunyai aircond atau penghawa dingin yang berfungsi dengan sempurna.
Tapi ada juga keadaan bila naik kereta, walau dah aircond kita tetap rasa panas. Jangan terus melulu ke bengkel. Sebelum pergi bengkel yang boleh buat poket kita rabak, elokkah kita periksa sendiri dulu masalahnya.
Kadang-kadang puncanya hanya kerana penapis penghawa dingin yang kotor, kalau penuh dengan habuk memanglah penghawa dingin jadi tak sejuk. Jadi anda boleh buat langkah ini untuk bersihkan sendiri penapis atau air filter. Jangan bimbang mudah jer, orang perempuan pun boleh buat.
Lihat foto-foto yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook , Erry Hashim Jebat berkenaan tips tersebut.
Ads
1. Buka drawer, dan tarik ia keluar.
2. Anda akan nampak ada satu box kecil dan keluarkan box tersebut.
3. Cari penapis berbentuk segi empat okay!
4. Penapis itu berfungsi menangkap segala kotoran dan habuk.
5. Ketuk or kuarkan segala habuk.
6. Selepas cuci segala habuk, pasang kembali penapis tersebut.
Ads
7. Percaya atau tidak, angin air cond akan kuat dan kembali sejuk seperti biasa.
INFO: Air filter ini harus ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, tak perlu tukar, bersihkan saja sudah mencukupi.
Bermula minggu ini kita akan dapat saksikan lebuh raya di seluruh negara akan mula sesak dengan anak perantau yang ingin pulang ke desa halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Ia adalah satu pemandangan yang saban tahun kita saksikan. Iyalah, Raya hanya setahun sekali. Pastinya segala onak dan dugaan mampu kta harungi demi beraya di kampung halaman tercinta.
Masih belum terlambat untuk anda segera memastikan kereta dalam kondisi yang baik dan selamat untuk mengharungi perjalanan jauh.
Berdepan masalah kereta rosak terutamanya di atas lebuh raya boleh menjadi mimpi yang cukup ngeri patah lagi jika berlaku ketika kita sedang berpuasa. Memang berat ujiannya.
Oleh itu anda perlu bijak dan memeriksa kereta sebelum bertolak pulang. Ramai yang akan memilih untuk hantar servis ke bengkel. Tapi sebenarnya untuk memeriksa komponen asas anda boleh lakukan sendiri saja. Bukan sahaja jimat kos malah boleh lakukan bila-bila masa.
PENUNJUK ARAS MINYAK
Sebelum memulakan perjalanan adalah lebih elok untuk anda mengisi minyak full tank. Ini akan lebih melancarkan perjalanan anda dan tak perlu bersesak di stesen minyak. Oleh itu anda kena pastikan indicator atau penunjuk aras minyak berfungsi dengan baik.
MINYAK ENJIN
Tanpa minyak enjin memang tak ‘bernyawalah’ kenderaan anda. Periksalah keadaan minyak enjin sebelum bertolak. Cara nak periksa paras minyak enjin pun bukannya susah. Cabut dipstick dan bersihkan dahulu.
Kemudian celupkan semula dan tengok paras minyak enjin. Ia harus berada antara paras minimum dan maksimum. Kalau kurang, tambahkan minyak enjin.
MINYAK BREK
Paras minyak brek juga penting untuk keselamatan anda. Anda boleh periksa parasnya menerusi penanda pada bekas atau tabung minyak brek. Pastikan ia antara minimum dan maksimum. Jika kurang tambah minyak brek dengan berhati-hati dan tak melimpah.
MINYAK POWER STEERING
Seperti kondisi minyak enjin dan minyak brek, kandungan minyak power stereng juga perlu berada di antara minum dan maksimum. Selain itu pastikan ia berwarna keemasan dan jika terlalu gelap atau hitam itu bermakna anda perlu menukarnya.
AIR RADIATOR
Perkara yang mudah tapi ramai orang buat sambil lewa. Tak lain tak bukan ialah kandungan air untuk radiator. Kandungan air perlu berada di antara paras minimum dan maksimum.
WIPER
Dalam perjalanan jauh anda mungkin berdepan dengan pelbagai situasi jalan raya seperti berdebu dan juga cuaca yang tak menentu.
Oleh itu fungsi wiper memang sangat penting. Anda perlu pastikan air dalam bekas washer fluid sentiasa penuh. Untuk elak nozzle tersumbat anda boleh guna air suling atau mineral. Dan boleh juga tambahkan sedikit cairan permbersih cermin kereta.
GETAH WIPER
Mungkin anda sudah lama tak tukar wiper. Bila hujan ia tak dapat buang air hujan dengan baik kerana getahnya sudah semakin uzur. Anda juga boleh lihat pergerakan wiper sama ada lancar atau tidak.
AIRCOND
Periksa kondisi penghawa dingin kereta dengan menghidupkan suhu maksimum dingin dan maksimum blower.
Kipas pendingin harus berputar dan periksa sign glass lihat kondisinya. Ia tak boleh ada buih udara di dalamnya. Kalau ada buih itu bermakna gas berada pada tahap rendah atau berlaku kebocoran pada paip.
BELT & KIPAS
Drive belt merupakan tali penggerak enjin untuk memutarkan komponen tambahan seperti pullu aircond, kipas radiator, alternator dan kompressor penghawa dingin. Jika drive belt nampak macam terjejas dan berbulu itu tandanya memang kena tukar.
BATERI
Jika anda menggunakan bateri kering boleh periksa kemampuannya dengan battery charge indicator. Jika lampu hijau bermakna ia masih baik dan jika lampu merah atau putih sahaja bermakna bateri sudah ‘kong’ dan perlu tukar baru.
Untuk bateri basah pula anda hanya perlu periksa kandungan air bateri. Jika berada di bawah paras minimum tambahkan air bateri. Tapi jangan sampai terlebih paras maksimum.
TAYAR
Periksa tekanan tayar dan sesuaikan dengan spesifikasi tekanan. Pastikan juga bunga tayar tidak botak dan masih dalam kondisi baik.
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini mampu membantu anda mengharungi perjalanan balik kampung selamat pergi dan pulang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila anda meningkat usiasalah satu perkara yang besar kemungkinan berlaku adalah mudah semput. Buat kerja berat sikit, semput. Naik tangga sampai lima tingkat, semput. Lari tidak sampai lima kilometer, semput. Normallah bila badan semakin ‘senja’ perkara seperti ini boleh berlaku.
Namun anda dapat atasinya jika pandai menjaga kecergasan, kesihatan dan juga pemakanan yang baik. Jadi begitu jugalah dengan kereta.
Ketika masih baru keluar kedai prestasinya memang mantap. Namun bila sudah memasuki usia lima tahun ke atas, kereta anda mulalah menunjukkan simptom ‘tak berapa sihat’. Apatah lagi jika kereta itu tidak dijaga servis dengan baik dan secara rutin.
Salah satu masalah yang mungkin akan kereta anda hadapai ialah semput. Masalah ini boleh berlaku dan ketara bila anda menekan minyak. Atau bila pasang aircond atau penghawa dingin sahaja kereta jadi semput dan seolah macam hilang kuasa untuk bergerak lancar.
Kebiasannya masalah ini mungkin berpunca dari palam pencucuh yang sudah rosak. Ataua juga mungkin disebabkan kerosakan dari distributor. Kereta boleh menjadi semput disebabkan oleh masalah ignition atau penyalaan yang tidak berfungsi dengan sempurna.
Salah satu punca lain ialah mungkin dari masalah sistem pembakaran bahan api yang juga tidak sempurna. Sebelum melakukan diagnosis kereta, antara tip perlu anda sentiasa amalkan ialah periksa komponen yang mudah dahulu sebelum ke peringkat seterusnya.
Berikut MASKULIN senaraikan beberapa perkara yang mungkin menjadi penyebab kereta anda jadi semput. Boleh lakukan pemeriksaan satu demi satu ya.
masalah palam pencucuh yang sudah uzur atau rosak
masalah pada kabel sambungan palam pencucuh
terdapat kerosakan pada distributor
coil plug kereta rosak
ada masalah pada bahagian penapis udara seperti tersumbat
masalah fuel filter tersumbat
karburetor yang mungkin tersumbat
kerosakan pada fuel pump
masalah pada fuel injector
masalah berkaitan fuel pressure
masalah berkaitan throttle body
masalah berkaitan ECU
Jika kereta anda alami semput yang semakin menjadi-jadi pergilah ke bengkeldengan segera. Ini bagi mengelakkan berlakunya kerosakan lebih serius atau ‘berjangkit’ pada bahagian lain pula.
Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk info paling terkini.
Saksikan RODA PANAS Musim keduia bermula pada Ahad, 16 Januari 2022 jam 6 petang di Astro RIA!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat anda yang mempunyai anak kecil pastinya sudah masak akan masalah ini. Pelbagai kesan kotoran disebabkan sisa makanan, minuman atau kesan muntah pasti sedikit sebanyak melekat pada kerusi kereta atau sofa di rumah.
Jika tempat duduk di dalam kereta memang sukar sedikit nak dibersihkan. Paling tidak kena bawa ke pusat cucian kereta untuk cucian lebih khusus. Pastinya ia memakan kos lebih mahal berbanding cucian biasa.
Usah risau ada cara dan tip yang boleh anda gunakan. Selain bersihkan seat kereta, anda juga boleh menggunakan cara ini untuk membersihkan segala kekotoran terutamanya pada bahagian panel pintu kereta dengan pantas.
Perkongsian bijak daripada Encik Radi tentang cara-cara membersihkan seat kereta ini boleh anda jadikan panduan.
Jom ikuti perkongsiannya.
Bahan yang digunakan:
– 2 sudu cuka
– 1 sudu baking soda
– Secawan air suam
Caranya:
1. Campurkan baking soda bersama dengan cuka dalam air suam
2. Kacau dan masukkan dalam botol spray
3. Sembur rata pada seat yang kotor dengan jarak 6-8 inci dari seat kereta tersebut
4. Gunakan berus lembut dan gosokkan pada bahagian yang kotor
5. Lapkan dengan kain microfiber yang telah dibasahkan dengan air
6. Ulangi langkah 3-6 hingga ia betul-betul jadi bersih
7. Keringkan dengan vacuum atau guna tuala microfiber hingga kering
Selain seat kereta, anda juga boleh semburkan ke bahagian-bahagian lain dalam kereta. Barulah bersih luar dan dalam. Apabila ada feel macam kereta baru, barulah hilang rasa stres nak jalan jauh.
Bukan sahaja mudah malah kosnya jauh lebih menjimatkan! Selamat mencuba ya.