Aircond Kereta Berbunyi Bising Ketika Dipasang, Kenali 5 Punca Utama Masalah Ini Berlaku

Share

Penggunaan aircodn atau penyaman udara di dalam kenderaan beroda di Malaysia seakan sudah menjadi satu keperluan yang wajib. Apa tidaknya dengan cuaca di negara kita yang sering panas terik hanya dengan penggunaan aircond sahaja boleh memberikan keselesaan dan kelegaan berdepan dengan bahang panas.

Sistem aircond di dalam kereta telah direka untuk membuatkan kondisi di ruangan tempat duduk dan dalam kereta lebih sejuk berbanding suhu di luar. Selain itu, ia juga harus berfungsi dengan senyap dan tifak mengganggu pemanduan.

Akan tetapi jika aircond berfungsi tetapi mengeluarkan bunyi yang kuat itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Apabila ditekan ‘ON’ sahaja terus berbunyi. Malah jika kereta dipandu bunyi itu menjadi semakin kuat. Ada beberapa masalah yang boleh anda periksa dengan segera.

KOMPRESOR

Berkemungkinan besar berlaku kerosakan pada bahagian kompresor. Ini terutamanya jika bunyi kuat itu lebih kepada bersifat bergetar. Buka bonet hadapan dan cuba teliti pada di mana arahnya bunyi tersebut. Puncanya mungkin dari kompresor bermasalah.

TALI SAWAT

Cuba fikir bila kali terkahir anda menukar tali sawat atau timing belt? Bunyi kuat apabila aircond dipasang boleh berlaku jika tali sawat sudah mula semakin haus dan kedudukannya teranjak apabila kompresor melekap. Itulah yang menjadi punca kenapa aircond berbunyi bising.

Car photo created by diana.grytsku – www.freepik.com

PULI

Kerosakan pada bering puli kompresor juga boleh menyebabkan bunyi kuat dengan karakter menderan atau berkeriut. Periksa pada bahagian ini dan tukarlah dengan yang baru.

IDLER PULLEY

Bunyi yang kuat bila aircond dipasang juga boleh beprunca dari idler pulley jika bering tidak berfungsi dengan baik. Biasanya, bunyi bising mula terdengar apabila kompresor diaktifkan kerana beban ke atas enjin sudah bertambah.

KLAC KOMPRESOR

Sebenarnya, klac kompresor merupakan alat ganti yang cukup lasak. Namun apabila sudah lama dan menjadi semakin haus, ia boleh mengeluarkan bunyi detar semasa aircond beroperasi. Untuk atasinya cuma perlu menggantikan klac dan ada sesetengah kenderaan memerlukan anda menggantikan klac dan kompresor.

Lima perkara di atas yang MASKULIN kongsikan kali ini merupakan antara beberapa punca utama mengapa masalah aircond berbunyi bising boleh berlaku. Namun, mungkin ada beberpa punca lain yang boleh menyebabkan ia berlaku.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim