Aircond Kereta Ada Bau Kurang Menyenangkan, Kenali Punca & Beberapa Tip Untuk Atasinya

Share

Bagi pengguna kereta atau kenderaan empat roda yang lain di Malaysia, rasanya aircond atau penghawa dingin merupakan antara kelengkapan yang sangat penting.

Dengan cuaca di Malaysia yang sering panas terik penggunaan aircond dapat mengelakkan kita dari rasa bahang dan panas. Jadi amatlah penting untuk kita sentiasa pastikan aircond berada dalam keadaan yang baik.

Di antara masalah yang boleh berlaku dan mungkin kita akan hadapi apabila menggunakan aircond kereta ialah situasi di mana ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan atau busuk. Pastinya ia sangat tidak selesa kerana deria bau kita sememangnya sangat sensitif.

Dan bau busuk ini boleh menyebabkan kita tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya ketika memandu. Bahkan ia juga boleh menjatuhkan air muka kita apabila menumpangkan rakan-rakan menaikinya.

Car photo created by whatwolf – www.freepik.com

Jadi apakah punca yang menyebabkan aircond kereta mengeluarkan bau kurang menyenangkan? Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui beberapa punca utama mengapa masalah ini boleh berlaku.

KEKOTORAN DI EVAPORATOR

Di komponen inilah biasanya menjadi lokasi kegemaran untuk kulat tumbuh. Ini kerana permukaan evaporator sering berada dalam kondisi lembap ketika aircond dihidupkan. Lalu menyebabkan kulat dapat tumbuh dengan mudah.

Pembentukan kulat di evaporator akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Dan bau ini akan memasuki ke dalam ruang kereta anda ketika aircond pertama kalinya dihidupkan.

PELAPIK KAKI & SEAT LEMBAP

Perkara basic yang boleh menyebabkan aircond berbau apabila digunakan. Kondisi pelapik kaki atau karpet kereta dan tempat duduk yang lembap boleh menyebabkan ada bau yang sangat tidak menyenangkan.

Oleh itu jangan amalkan minum di dalam kereta dan hadkan aktviti seperti itu. Jika berlaku tumpahan dan tidak dikeringkan dengan cepat, ia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan di dalam kereta anda.

PEWANGI KERETA

Ya, penggunaan pewangi kereta yang terlalu banyak atau jenis bau pelik boleh jadi salah satu punca. Jika anda menggunakan secara berlebihan, ia akan menyebabkan bahan kimia di dalam minyak wangi itu melekat pada permukaan kereta. Apabila terbiar lama ia akan berubah jadi bau busuk.

GAS AIRCOND HABIS

Selain kurang berasa sejuk, salah satu petanda gas aircond anda semakin kurang atau telah habis ialah apabila ia mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Jadi jika ada bau, periksalah kandungan gas aircond sekali ya.

AIRCOND FILTER KOTOR

Cuci air filter atau penapis atau filter dari semasa ke semasa. Jika tidak dibersihkan dalam jangka masa yang lama, debu yang terkumpul dan melekat boleh jadi punca aircond ada bau tak best.

Jadi untuk mengelakkan perkara di atas berlaku, lakukan servis dan pemeriksaan secara berkala. Andai aircond mula ada bau kurang baik, usah biarkan ia berlanjutan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.

Subscribe YouTube MASKULIN ya!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim