AirAsia dan Pestle & Mortar Clothing hari ini melancarkan ‘PMC x AirAsia: S.E.A. Pride’ sebuah koleksi kapsul eksklusif yang meraikan kemegahan rantau Asia Tenggara serta budaya dan rakyatnya.
Direka oleh tujuh pereka dari Asia Tenggara dari Malaysia (Pestle & Mortar Clothing), Vietnam (Headless), Kemboja (Lisa Mam and Peap Tarr), Thailand (Mamablues), Filipina (Don’t Blame The Kids) dan Singapura (Sam Lo), koleksi tersebut dijangka akan menarik perhatian kerana para pereka diberi kebebasan kreatif sepenuhnya dalam mengekspresikan erti Asia Tenggara melalui gaya mereka, seterusnya mengangkat bakat para pereka dan artis Asia Tenggara.
Dilancarkan oleh Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Pestle & Mortar Clothing Hugh Koh di REXKL, koleksi ini mengetengahkan tujuh pakaian dan aksesori seperti tiga helai baju-t, sebuah topi, satu tag bagasi, sebuah beg dan satu set pin dengan tiga rekaan.
Koleksi baharu tersebut boleh didapati bermula 15 Februari 2020 di dalam penerbangan terpilih AirAsia, butik Major Drop Sunway Pyramid, Major Drop Midvalley, pestlemortarclothing.com dan ourshop.com.
Ini antara koleksinya;