Hujan lebat dan cuaca buruk berterusan di sesetengah negeri di Malaysia terutamanya Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
Malah, kawasan-kawasan ini juga diramal berpotensi alami banjir. Semua maklum akan risiko mengharungi jalan yang dinaiki air dengan pacuan 4 roda atau kereta. Malah sudah ada beberapa kejadian lemas berlaku akibat dihanyutkan air kerana mengharungi jalan sebegini.
Perlu kita tahu, walaupun jalan yang dinaiki air nampak cetek namun jangan sesekali memandang rendah kuasa air terutama yang sedang mengalir.
Ini fakta yang perlu kita tahu tentang air banjir yang berarus di atas jalan menurut laporan weather.gov
1. Walaupun air setinggi 6 inci di atas jalan sudah mampu menghanyutkan orang dewasa.
2. Air banjir hanya setinggi 12 inci cukup untuk menghanyutkan sebuah kereta.
3. Sebuah SUV atau trak boleh dihanyutkan walau air banjir hanya setinggi 2 kaki.
Sekiranya jalan yang dilalui dinaiki air, disarankan berpatah balik jangan redah untuk elak kejadian dihanyutkan air dan lemas hingga meragut nyawa.
*Artikel diambil dan diolah dari VK
Sumber:weather.gov
BACA LAGI : Lelaki Kelantan Paling Tampan & Lelaki Kedah Paling Lawak. Ini Buktinya!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.