Secara asasnya radiator berfungsi untuk membantu mengurangkan suhu panas dalam enjin kereta.
Jika berlaku kebocoran radiator ia boleh menyebabkan enjin kereta menjadi terlalu panas boleh menyebabkan berlaku kerosakan besar pada enjin. Disebabkan itulah kita sebagai pemandu dan pemilik kereta perlu menjaga radiator dengan baik.
AIR PAIP PENYEBAB KARAT?
Salah satu penjagaan yang cukup diperkatakan ramai orang ialah mengelakkan radiator dari berkarat pada bahagian dalam. Satu satu dakwaan yang cukup popular ialah mengatakan menggunakan air paip boleh menyebabkan karat.
Adakah perkara ini benar atau tidak? Sebenarnya ada juga benar dan ada juga tidak. MASKULIN tertarik dengan penerangan yang dilakukan oleh laman sesawang RBM atau pakarradiator.com.
Ada sesetengah mekanik atau ‘pomen yang tak bertauliah’ mendakwa karat boleh muncul disebabkan guna air paip dan sebaliknya perlu guna air RO atau air mineral.
Sebenarnya semua jenis air sifatnya boleh menyebabkan karat.
Ads
Perlu diingatkan juga bahawa masalah karat hanya muncul pada kereta yang usianya mencecah usia 5 tahun. Jadi pemilik kereta baru tak perlu risau, cuma boleh berikan perhatian kepada penerangan di bawah.
Bagaimana nak tahu dalam radiator ada masalah karat? Senang sahaja, buka penutup atau radiator cap dan periksa warna air. Jika tak pernah langsung servis boleh dikatakan ‘confirm’ air itu berwarna kuning atau perang.
Karat boleh berlaku dengan kehadiran udara dan air. Jadi tidak kisahlah apa jua jenis air ia tetap bersifat H2O. Dan hingga kini tiada lagi bukti yang boleh menunjukkan air mineral boleh menghalang berlakunya karat.
Ads
PUNCA UTAMA KARAT
Punca utama mengapa wujudnya karat di dalam radiator adalah disebabkan coolant yang tidak diganti dalam tempoh masa yang disyorkan.
Kebiasaannya ia perlu ditukar setiap 30,000 hingga 45,000 kilometer perjalanan – bergantung kepada jenis model kereta. Ini anda boleh rujuk dalam buku manual kereta masing-masing.
Ads
Bagi campuran coolant pula kita boleh guna campuran dengan air paip, air RO atau air mineral. Semuanya tidak menjadi masalah asalkan ia dicampur dengan coolant.
Atau nak lebih senang anda beli sahaja coolant pra-campuran lebih mudah kerana ia tidak perlu dicampur dengan air.
Contoh pre-mix coolant
Jadi kesimpulannya, cara terbaik nak elak berlakunya karat ialah dengan menukar coolant apabila tiba masanya ya!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: pakarradiator.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kawasaki memilih Tokyo Motor Show (TMS) 2017 untuk mendedahkan model sekian lama dinantikan Z900RS. Kawasaki Z900RS didatangkan dengan komponen spesifikasi lebih tinggi berbanding motosikal moden Z900 sedia ada di pasaran.
Model itu masih berkongsi enjin yang sama dengan Z900 bersesaran 948cc 4-silinder. Namun enjin Z900RS ditala bagi meningkatkan kuasa julat pertengahan. Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa 111hp pada 8,500rpm dan tork 98Nm pada 6,500rpm.
Kehadiran Kawasaki Z900RS bagi memberi penghormatan kepada model legenda Z1. Walaupun penampilannya sangat kental dengan imej retro tetapi Z900RS memiliki ciri moden antaranya dua mod kawalan traksi, lampu LED, klac slip-assist dan kaliper radial.
Sementara aura retro boleh dilihat pada rekaan lampu depan bulat dan tidak ketinggalan cermin sisi yang turut didatangkan dalam bentuk bulat. Ia kemudian dilengkapkan dengan ekzos keluli tahan karat.
Rekaan bar hendal yang rata bersama kluster instrumen pod berkembar meningkatkan lagi aura tunggangan retro klasik. Bahagian tangki minyak bersaiz 17 liter.
Jentera dengan berat 215kg itu dipadankan dengan rim 17-inci bersama tayar gaya retro dari Dunlop GPR-300 sebagai standard. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi USD boleh laras 41mm di depan dan monoshock boleh laras di belakang. Untuk menghentikan jentera itu, Z900RS dipasang degan brek cakera berkembar 300mm. Sementara ciri ABS didatangkan sebagai pilihan.
Kawasaki menawarkan lima pilihan warna bagi Z900RS iaitu Candytone Brown, Candytone Orange, Metallic Spark Black, Flat Ebony dan Metallic Matte Covert Green.
Pihak Kawasaki turut mempamerkan Edisi Istimewa Z900RS seperti Doremi Collection dengan beberapa perubahan antaranya pelindung enjin, ekzos dan semburan cat dengan tulisan Doremi Collection.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah atau tidak anda bawa kereta tiba-tiba aircond anda tidak berfungsi dengan baik seperti tidak lagi terasa sejuk?
Tak apa, tak jadi masalah , jangan panik jika pernah terjadi, mungkin anda boleh cuba cara yang dikongsikan Farizah Mohamed ini. Bukan sahaja senang malah menjimatkan masa dengan hanya mengambil masa 5 minit sahaja dan duit anda juga.
Menurutnya, punca aircond tidak sejuk selalunya dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya cooling coil bocor, compressor, kipas, gas aircond bocor dan macam-macam lagi.
Namun begitu, dia tidak menolak kadang-kala ia juga disebabkan benda-benda simple sahaja seperti penapis yang penuh dengan habuk. Benda ini boleh dibaiki sendiri, jadi mengapa sampai perlu hantar ke bengkel.
Cara-caranya;
1. Pastikan enjin dimatikan terlebih dahulu. Buka drawer di bawah dashboard yang terletak di bahagian penumpang depan dan tarik ia keluar.
2. Sebaik anda tarik keluar, anda akan nampak satu kotak hitam kecil di dalam ruangan tersebut, lalu buka penutup kotak itu.
3. Tarik penutup kotak berbentuk segi empat, ia berfungsi sebagai penapis yang menangkap segala kotoran dan habuk (seperti dalam gambar).
4. Ketuk dan bersihkan segala habuk yang melekat dan letak balik penapis tersebut di tempat asal. Pasang semula penutup dan drawer tersebut.
5. Kemudian on kan enjin dan test aircond, mesti dah sejuk angin dia!
Jika tidak sejuk, itu tandanya anda perlu membawanya ke bengkel berdekatan. Tambahnya, kebanyakan kenderaan tempatan kedudukan penapis memang di bahagian penumpang, tetapi dia tidak pasti jika continental car, kena tanya pada pakar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masih ingatkah model TVS Akula 310?. Jentera tersebut dipamerkan pada Auto Expo 2016 di India. Berita terkini dari Indianautosblog menyatakan model berkenaan akan dilancarkan sebelum Mac 2018.
Difahamkan versi produksi TVS Akula 310 akan dinamakan sebagai TVS Apache RR 310S. Menurut jurucakap syarikat TVS Motor, mereka mengakui berlakunya kelewatan dalam memperkenalkan model berkenaan.
“Tetapi kami berada di landasan yang betul untuk melancarkan model berkenaan pada separuh kedua tahun ini.
“Motor itu telah dikesan beberapa kali, dan bulan lepas paten reka bentuk model itu juga bocor. Apabila dilancarkan, TVS Apache RR 310S akan menjadi produk paling berkuasa dari TVS,” jelasnya.
TVS Apache RR 310S dibangunkan berasaskan model BMW G310R. Begitu juga bahagian enjin. TVS Apache RR 310S menggunakan enjin 313cc DOHC silinder tunggal yang berupaya menghasilkan kuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork 28Nm pada 7, 500rpm.
Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear 6-kelajuan. Bagaimanapun difahamkan enjin Apache RR 310S ditala bagi menghasilkan kuasa tambahan sesuai dengan karakter motosikal tersebut.
Dari segi suspensi, TVS Motor memilih fork terbalik di depan dan monoshock di belakang. Bahagian rim pula menggunakan rim yang sama dengan G310R bersaiz 17 inci.
Harga jualan model berkenaan dianggarkan RM 13,184 seunit.
Foto Kredit: indianautosblog.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mengantuk ketika memandu, apa kita boleh buat bila rasa mengantuk? Pernah ketika sedang memandu, mata rasa berat sangat? Tiba-tiba terkelip-kelip tak sedar, pandangan sudah kabur, kepala pun mula layu ke tepi.