Air Mani Boleh Ubati Masalah Diabetes Dan Depresi, Benarkah?

Share

Mitos mengatakan air mani lelaki boleh digunakan sebagai masker untuk wajah perempuan yang ingin mengatasi masalah jerawat dan kelihatan awet muda namun oleh sebab kajian saintifik membuktikan air mani mengandungi gula, protein dan asam amino, mineral, vitamin, hormon, asam laktat, urea, asam urat dan nitrogen, ia dikatakan turut mampu mengubati diabetes dan depresi.

Dalam sebuah buku yang bertajuk Essential Reproduction yang ditulis Johnson dan Everitt pada tahun 2000, mereka mengatakan setiap ejakulasi akan menghasilkan kira-kira satu senduk teh air mani yang mengandungi 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 persennya kalium serta tembaga.

Jika dirujuk pada sejarah lama iaitu pada zaman Mesir Kuno Mesir Kuno (5000 SM), air mani dikatakan mempunyai vitamin C serta vitamin B12 dan secara teorinya, kandungan ini mempunyai khasiat yang sangat tinggi.

Hal ini kerana vitamin C akan memicu pertumbuhan rantai protein dalam kolagen iaitu bahan utama dalam jaringan serat selain berfungsi sebagai antioksidan yang dapat mendetoksifikasi atau membuang racun serta kotoran yang ada pada permukaan kulit.

Adapun hadirnya kandungan vitamin C dalam air mani dipastikan guna melindungi sperma dari radikal bebas serta meningkatkan keberlangsungan hidup sel sperma.

Selain itu, antioksidan berperanan untuk memastikan bahawa sperma bebas dari radikal bebas yang menyebabkan kulit kusa. Manfaat yang sama dapat ditemukan dalam berbagai produk jerawat dan perawatan antipenuaan.

Jadi dengan teori ini, fungsi air mani bukan sahaja membolehkan wanita yang sudah berkahwin dan menghidap diabetes akan kelihatan cantik serta awet muda malah golongan tersebut juga diharap tidak akan depresi lagi selepas ini.

Published by
Akyem Samad