Nampak kecil tapi tak sangka rupa-rupanya air limau kasturi ni mempunyai khasiat yang cukup besar untuk tubuh badan.

Bukan sahaja sebagai penghilang dahaga, air limau kasturi juga dikatakan sebagai bahan detoks yang baik untuk kita amalkan.

DrRizal Abu Bakar berkongsi di laman Facebooknya, antara tiga sebab kenapa kita digalakkan mengamalkan minum air limau kasturi. Bukan sahaja diminum sebagai bahan untuk menangkis lemak kolesterol jahat, air limau kasturi juga berperanan dalam menjadikan wajah awet muda.

Pastikan air limau kasturi ini menjadi pilihan anda setiap hari untuk manfaat kepada tubuh badan.

BACA: Selain Mampu Cairkan Lemak, Ini 10 Lagi Khasiat Limau Kasturi Yang Ramai Tak Tahu! 

IKLAN

3 SEBAB PERLU MINUM AIR LIMAU KASTURI

Limau kasturi kecil. Khasiatnya besar. Mudah tumbuh.

Harganya murah. Mudah disediakan.

Air Limau Kasturi Selain Turunkan Tekanan Darah & Kikis Kolesterol, Elok Amalkan Untuk Awet Muda!

IKLAN

Selain detoks yang baik limau kasturi ada:

1. Phloretin

Lebih tinggi dari epal. Lebih tinggi dari teh hijau. Bekal kuasa anti oksida luar biasa. Nikmatnya nanti ialah awet muda

2. Vitexsin

Bahan power untuk darah tinggi dan jantung. Turunkan tekanan darah. Kikis lemak kolesterol jahat.

IKLAN

3. Asid Ferulik

Untuk hilangkan kedut pada kulit. Apabila ke kedai makan, order air ini. Letakkan madu. Nikmat dan khasiat diraih selalu.

Apa kata cuba terus petang ni?

#DrOtak

BACA: Doktor Ini Kongsi Cara Betul Makan Limau Mandarin, Elak Batuk Atau Sakit Tekak!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI