Nampak kecil tapi tak sangka rupa-rupanya air limau kasturi ni mempunyai khasiat yang cukup besar untuk tubuh badan.
Bukan sahaja sebagai penghilang dahaga, air limau kasturi juga dikatakan sebagai bahan detoks yang baik untuk kita amalkan.
DrRizal Abu Bakar berkongsi di laman Facebooknya, antara tiga sebab kenapa kita digalakkan mengamalkan minum air limau kasturi. Bukan sahaja diminum sebagai bahan untuk menangkis lemak kolesterol jahat, air limau kasturi juga berperanan dalam menjadikan wajah awet muda.
Pastikan air limau kasturi ini menjadi pilihan anda setiap hari untuk manfaat kepada tubuh badan.
Kerja syif biasanya ditakrifkan sebagai syif malam di mana orang bekerja sepenuhnya pada waktu malam. Kerja syif melibatkan semua jenis pekerjaan yang jadualnya ditetapkan di luar pukul 9 pagi hingga 5 petang. Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dan kesemua kajian tersebut menyimpulkan bahawa kerja syif mempunyai kesan buruk terhadap kehidupan manusia. Hari ini, dalam artikel ini, kita akan mempelajari lebih lanjut tentang kesan kerja syif ke atas kesihatan.
Terdapat pekerjaan yang memerlukan kerja syif, seperti bomba, pegawai polis, jururawat, doktor, juruterbang, pemandu trak/lori dan banyak lagi. Mereka tidak hanya bekerja pada waktu malam kadang-kadang tetapi jadual mereka ditetapkan pada kadar waktu malam. Kerja syif memberikan lebih banyak masa pada waktu siang dan dibayar dengan bayaran yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, ia meningkatkan risiko seseorang mendapat gangguan berkaitan kesihatan.
Pekerja yang bekerja sepenuhnya pada waktu malam lebih cenderung untuk mengalami gangguan tidur, kehilangan tidur atau kemurungan kerana mereka tidak dapat bersama dengan keluarga dan rakan mereka. Ia membawa kepada rasa terasing dan tambahan lagi, ia menimbulkan keinginan untuk makan makanan ringan dan mengurangkan keinginan mereka untuk bersenam.
Tidur dan berjaga pada waktu yang ganjil boleh mengganggu dengan jam biologi kita yang secara saintifik dipanggil ritma sirkadian. Ritma sirkadian berfungsi bersama-sama dengan cahaya matahari semula jadi, kegelapan dan keheningan. Setelah terganggu, ia merosakkan keseluruhan sistem badan anda termasuk metabolisme, pencernaan, keseimbangan hormon, sistem kardiovaskular dan sistem imun. Secara asasnya, ia meninggalkan kesan yang serius dan rumit.
Percaya atau tidak, kebanyakan orang pernah mengalami suasana bekerja syif malam sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Sama ada anda perlu mengambil peperiksaan yang sangat penting, ujian kemasukan, perjalanan ke luar negara, rancangan untuk pulang ke rumah menaiki kapal terbang bersama orang tercinta, keluar rumah sepanjang malam atau penerbangan trans-atlantik. Tidak kiralah apa tujuannya, berjaga malam menyebabkan kesan yang sama. Keletihan adalah tanda yang paling jelas. Selain itu, sesetengah orang mungkin mengalami loya, cirit-birit, insomnia, merasa tidak selesa manakala sesetengahnya lebih cenderung untuk mengalami kecederaan.
Banyak kajian telah dilakukan dan hasilnya mendapati terdapat hubungan antara kerja syif dan peningkatan peluang untuk mendapat penyakit kronik. Satu kajian menunjukkan bahawa seseorang bekerja syif selama lebih daripada 15 tahun mempunyai 40% lebih risiko untuk mengalami strok jantung. Pekerja syif malam juga mempunyai 50% peluang yang lebih tinggi untuk mendapat diabetes. Lebih daripada itu, peluang mendapat penyakit metabolik lain seperti tekanan darah tinggi, gula dalam darah tinggi, obesiti dan kolesterol tinggi adalah tiga kali ganda lebih tinggi bagi pekerja yang bekerja syif malam berbanding dengan pekerja bekerja pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Di samping itu, bekerja syif malam boleh menyebabkan perubahan emosi (mood swing) yang tidak teratur. Penyelidik mendapati bahawa kemurungan dan gangguan emosi (mood) berlaku kerana perasaan terasing, dan kekurangan bahan kimia otak yang dipanggil serotonin.
Walaupun terdapat banyak risiko kesihatan dan kebanyakan orang yang bekerja syif malam seolah-olah menyedari risiko ini, mereka masih tidak mempunyai pilihan lain kerana bekerja syif malam dianggap sebagai keperluan profesional. Cara yang terbaik untuk kekal sihat adalah dengan memakan makanan yang seimbang, mendapatkan tidur yang cukup, senaman secara teratur, berhubung dengan orang yang anda sayangi dan rujuk doktor untuk mendapatkan nasihat.
Mendapatkan otot perut yang mantap seperti six-pack sememangnya impian setiap lelaki. Namun kalau tidak dicurahkan usaha pasti ia tidak akan muncul.
Lihat sahaja bintang Hollywood atau filem-filem aksi Hong Kong atau Korea. Segala penat lelah mereka di belakang tabir patut menjadi inspirasi untuk kita semua.
Anda pun sebenarnya boleh! Iya, mungkin sedikit sukar tapi tidak mustahil
Di bawah merupakan beberapa rutin senaman yang berimpak tinggi boleh anda lakukan untuk dapatkan otot perut yang mantap!
Bagi yang suka bersenam inilah masanya untuk anda realisasikan impian memdapat abdomen six-pack bak Bruce Lee atau Jason Statham. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 step senaman simple yang anda boleh ikut dan lakukan di rumah.
Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu. Namun ia tidaklah terlalu ringan juga, kerana memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidaknya cara ini tergolong santai untuk dilakukan kerana tidak melakukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
Latihan yang satu ini merupakan bahagian latihan dari sit up. namun jangan salah melakukan latihan ini cukup sulit, terutama bagi seseorang yang memiliki badan gemuk. Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut, kerana melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut ( atas, tengah, bawah)
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tidak terlalu perlukan banyak tenaga dibanding latihan yang lainnya, hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi sixpack. Terlebih lagi di saat melakukannya di tambah dengan beban tambahan.
Sambil tidur pun boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil berbaring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan mengayun basikal. Namun, jangan remehkan latihan ini, kerana dapat membantu pembentukan otot, terutama untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan ramai penggemar aktviti senaman lebih memberi fokus kepada otot lengan, perut, dada dan belakang dalam rutin harian. Namun jika anda ingin memantapkan otot bahagian atas atau upper body menjadi lebih menarik, jangan lupakan untuk beri fokus pada otot leher dan bahu.
Kepada anda yang ingin memastikan otot di bahagian tersebut jadi cantik, antara senaman yang boleh dilakukan ialah ‘shrugs’. Secara asasnya senaman shrugs merupakan sejenis bentuk latihan tambahan dalam rutin senaman anda untuk membina otot badan lebih kuat di bahagian bahu.
Senaman ini boleh dilakukan dengan menggunakan sama ada kettlebell atau dumbbell. Tapi adakah anda melakukan senaman shrugs dengan betul selama ini?
Sebelum mula bersenam adalah amat penting anda memberikan tumpuan kepada gerakan yang betul semasa melakukan shrugs. Dengan kedudukan postur serta tangan yang betul anda akan mendapat hasil lebih berimpak.
Berikut merupakan teknik yang betul melakukan senaman shrugs.
Pertama sekali semasa melakukan shrugs pastikan anda melihat ke bawah. Secara teorinya anda akan melakukan pusingan yang lebih lengkap pada kedudukan ini. Namun harus hati-hati agar tidak jatuh ke depan.
Melihat ke bawah boleh membuatkan servikal tulang belakang berada pada kedudukan baik untuk melakukan shrugs.
Pastikan juga tangan anda yang memegang bebanan berada betul-betul lurus ke bawah. Jika anda perhatikan ramai orang silap dengan membengkokkan lengan mereka. Ini boleh menyebabkan momentum dan penggunaan tenaga lebih tinggi ke hadapan.
Jika anda perhatikan ada rakan-rakan melakukan shrugs dengan mengangkat tangan ke depan – jangan tiru dan lakukannya! Pastikan tangan anda rapat ke badan dengan tangan menggenggam bebanan lurus ke bawah. Postur badan harus sentiasa baik dengan bahu ke belakang dan ketatkan bahagian perut.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.