Air kelapa bukan sekadar minuman yang menyegarkan, tetapi banyak mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh tubuh. Antaranya kalsium, potassium, magnesium, tembaga, besi, zink, vitamin B dan C serta ‘phyto-nutrisi’ seperti ‘sitokin’ yang dianggap memiliki efek anti penuaan dan anti kanser.
Manfaat air kelapa sangatlah banyak, untuk kesihatan dan juga kecantikan.
1. MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
Minuman sihat ini tidak mengandungi bahan kimia. Air kelapa ‘rendah gula’ yang membuatkannya menjadi minuman berzat bagi pesakit jantung dan diabetis. Selain itu, ia turut membantu menurunkan berat badan. Kandungan gula dan kalori yang rendah serta rendah lemak membuatkan air kelapa sangat sesuai buat anda yang sedang berdiet.
2. MINUMAN TENAGA
Ads
Air kelapa adalah minuman energi dengan enzim bioaktif yang meningkatkan metabolism serta menghilangkan rasa penat tubuh. Air kelapa juga bagus buat sistem penghadaman seperti membersihkan racun dalam tubuh.
3. BANTU KURANGKAN RASA ‘MABUK’
Selain itu, air kelapa juga adalah ubat semulajadi untuk menyembuhkan rasa ‘mabuk’ dan infeksi air kencing. Jika anda jenis kuat ‘mabuk’ atau mual ketika naik kenderaan, tak kira pengangkutan darat, laut dan udara, air kelapa mampu mengatasi masalah tersebut.
4. MINUMAN ISOTONIK SEMULAJADI
Ads
Air kelapa juga dikenali sebagai minuman isotonik kerana merehidrasikan tubuh. Elok dinikmati ketika bersenam kerana mengandungi elektrolit yang sama dengan elektrolit tubuh, sehingga boleh merehidrasi tubuh dan mengganti cecair setelah bersenam atau melakukan aktiviti berat.
5. CEGAH KEROSAKAN RAMBUT & UBAN
Air kelapa juga dapat membantu mencegah kerosakan pada rambut kerana khasiat airnya melancarkan perjalanan darah dalam tubuh. Untuk mencegah uban, anda hanya perlu larutkan garam dalam air kelapa muda dan gunakannya sewaktu mencuci rambut. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilaslah
Ads
6. BAIK UNTUK KULIT
Air kelapa juga dapat membersihkan kulit berjerawat dan membantu mendapatkan kulit yang mulus serta mencegah kerutan pada wajah.
Untuk menikmati air kelapa, anda boleh meminumnya secara terus. Untuk rasa sensasi yang lebih menyegarkan tambahkan ais atau anda juga boleh memberikan rasa tambahan dengan meletakkan hirisan lemon ataupun mint.
Fuh, nikmat!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bergegar Pavilion Khamis lepas dengan fans Park BoGum. Kami dapat tahu, peminat sudah berkampung di Pavilion sejak 9 pagi walaupun majlis pelancaran bermula pada 7 malam. Fuhhh, dasyat peminat KDrama dan Kpop ni. Ini semua gara-gara Samsung menjadikan Park BoGum sebagai duta produk terbaru mereka iaitu Samsung S9 dan S9+
Park BoGum merupakan aktor Korea yang semakin meningkat naik di Asia menurusi drama hit nya ‘Love In The Moonlight’. Walaupun kemunculannya hanya setengah jam, namun peminat merasa berpuas hati dengan ‘fans service’ yang diberikan oleh Park Bogum.
Telefon pintar ini mempunyai fungsi baru iaitu super Slow-mo dan Super Low Light. Ciri-ciri ini mampu membantu pengguna mendalami suatu pengalaman komunikasi secara visual yang luar biasa. Untuk mereka yang gemar ‘OOTD’ dengan seribu satu maksud, ini merupakan bayi idaman anda.
“Galaxy S9 dan S9+ diilhamkan berdasarkan cara komunikasi masa kini di laman sosial. Cara-cara untuk mengekspresi diri telah berubah dan komunikasi melalui teks di kalangan pengguna semakin berkurangan. Sebaliknya, pengguna lebih gemar menggunakan imej, video dan emoji untuk berinteraksi” kata KM Liew, Ketua Perniagaan Teknologi Maklumat (IT) dan Mudah Alih, Samsung Malaysia Electronics
Pembukaan acara petang itu diserikan oleh JinnyboyTV dan Reuben (Youtubers Malaysia) dimana mereka sempat demo kechanggihan bayi terbaru Samsung ini.
Kepada anda yang dah tak sabar nak memiliki Smart Phone ini anda boleh dapatkan Galaxy S9 dengan harga RM 32,999( 64GB) dan Galaxy 9+ dengan harga RM3,799(64GB). Malah jika anda membeli dalam masa yang terdekat ini, anda bakal mendapat diskaun dan barangan percuma.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bercerita perihal pikat-memikat antara dua jantina berbeza ini merupakan kisah yang tidak akan habis dibicarakan. Segala macam karya romantis didengarkan sejak bergenerasi lama dalam pelbagai medium penceritaan.
Namun hakikatnya manusia ini sama sahaja. Mahukan pasangan yang terbaik untuk diri sendiri demi masa depan yang baik.
Bagi anda yang mempunyai ada rupa paras dan bentuk badan yang ideal mungkin mempunyai sedikit kelebihan. Tetapi jangan mudah mendabik dada kerana wanita tidak melihat anda dari satu perspektif itu sahaja.
MASKULIN tidak salahkan jika anda kadang-kadang sedikit blur tentang apakah yang wnaita mahukan. Ketahuilah bahawa anda tidak akan memahami mereka sampai bila-bila pun. Wanita ini perlu disayangi dan dengan kasih itulah akan disertakan cara untuk anda fahami mereka.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa sifat dan karakter yang paling disukai oleh wanita yang ada pada lelaki.
JUJUR
MASKULIN rasakan seluruh wanita di alam semesta ini pasti akan memberikan jawapan ini sebagai antara yang paling utama jika ditanya ciri-ciri lelaki pilihan. Menjadi lelaki yang tidak jujur adalah sangat tidak menarik di mata wanita. Caranya senang sahaja, anda jangan menipu. Paling penting jangan mula belajar untuk menipu kerana penipuan itu kemudian bertukar menjadi satu rantaian penipuan yang lain.
SEMANGAT
Lelaki yang ada semangat atau passion dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau sesuatu yang diminati mereka sangat menarik atau seksi. Apabila ada semangat melakukan sesuatu emosi anda akan terdedah dan itulah sisi yang mahu dilihat mereka. Wanita mahukan lelaki yang ada matlamat, tidak mudah putus asa dan semangat berkobar-kobar.
YAKIN
Ada satu perkara yang perlu anda pandai bezakan. Keyakinan itu sangat berbeza dengan berlagak. Lelaki yang ada keyakinan diri tidak mudah tergugat dengan mana-mana lelaki atau wanita yang juga menggodanya. Malah lelaki yang ada keyakinan diri ini tampil sebagai seorang lelakui alpha bagi wanita.
HORMAT
Dalam agama Islam selepas berkahwin anda sebagai lelaki secara automatik akan bergelar sebagai ketua keuarga. Namun dengan tanggungjawab besar itu anda tidak seharusnya besar kepala. Hormatlah pasangan dengan seadannya. Ingat, isteri adalah manusia yang anda harus beri layanan terbaik di dunia ini selain ibu sendiri.
PANDAI AMBIL HATI
Sesetengah lelaki dianugerahkan dengan kemampuan untuk berjenaka dan membuat pasangannnya ketawa. Namun sifat kelakar itu sebenarnya tidak perlu ditelan secara harfiah sahaja. Anda perlu menjadi seorang lelaki yang pandai ambil hati. Tahu bila untuk ketawa, bila untuk menjadi pendengar dan tahu bila untuk senyum bila bertentang mata dengan si dia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perempuan mana yang tak terpesona lihat lelaki kacak. Lagi-lagi kalau lelaki tersebut ‘somebody’ dan berkarisma yang layak bergelar pemimpin negara.
Menariknya PRU ke-14 ini, ramai calon muda yang bertanding dan kebanyakannya berusia 35 tahun ke bawah.Nampaknya negara kita bakal dipimpin barisan pemimpin muda yang kacak dan menjadi pujaan ramai gadis!
Berikut 5 calon lelaki muda yang bakal bertanding dalam PRU ke-14.
1. Shahril Sufian Hamdan
Shahril Sufian Hamdan berusia 32 tahun akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Langat mewakili Barisan Nasional. Beliau adalah Ahli Majlis Eksekutif Pemuda UMNO yang mengetuai Biro Profesional Muda. Sebelum bertukar kerjaya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat minyak dan gas, Shahril bekerja sebagai pegawai polisi kepada Khairy Jamaluddin dan perunding strategi dan pengurusan di McKinsey & Company.
2. Ceasar Mandela Malakun
Berusia 28 tahun, Ceasar Mandela Malakun bertanding di kerusi Parlimen Penampang Barisan Nasional. Ceasar adalah seorang peguam dan merupakan anak ahli politik Kadazan Dusun, Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai ahli jawatankuasa United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) dalam masa kurang 2 tahun selepas menyertainya sebagai ahli biasa.
3. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen
Bertanding di kerusi Parlimen Kuching (PKR-DAP), Dr. Kelvin Yii Lee Wuen yang berusia 31 tahun merupakan doktor perubatan.
Sebelum ini, beliau adalah pembantu parlimen kepada mantan ahli parlimen Stampin, Julian Tan dan pembantu khas kepada mantan ahli parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen.
Dr. Kelvin memasuki dunia politik sejak 2013 selepas 8 tahun bergiat aktif dalam misi kemanusiaan dan berhasrat untuk mengubah sistem pentadbiran yang lebih baik.
4. Ho Kwok Xheng
Ho Kwok Xheng yang berusia 30 tahun akan bertanding di kerusi Parlimen Damansara Barisan Nasional pada PRU ke-14 ini. Difahamkan, beliau sudah lama berminat memasuki bidang politik tetapi hanya menyertai MCA sejak awal tahun lalu.
5. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Nampaknya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman(PKR) yang berusia 26 tahun paling mendapat perhatian ramai netizen terutamanya dalam kalangan gadis! Sejak pengumuman Syed Saddiq akan bertanding di kerusi Parlimen Muar mewakili PKR, namanya menjadi bualan hangat di media sosial. Anak kelahiran Johor ini dikenali sebagai ahli debat yang hebat kerana pernah memenangi anugerah Asian British Parliamentary (ABP) Debating Championship’s Asia’s Best Speaker sebanyak 3 kali.
Malah Ketua Pemuda PPBM ini juga sanggup menolak tawaran melanjutkan pengajian di Oxford University untuk terus aktif berpolitik. Setakat ini, beliau adalah calon parlimen termuda dalam PRU ke-14 ini.
Jadi korang pilih yang mana antara 5 calon di atas? Pilihan di tangan anda okay
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.