Hiburan

Aiman Hakim Ridza Belum Meninggal Seperti Didakwa Berita Palsu

Share

Siapa yang tidak terkejut apabila muncul berita kematian seseorang, apatah lagi jika orang yang dimaksudkan ialah seorang selebriti yang masih muda.

Itu yang berlaku kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, 35, yang didakwa sudah meninggal dunia oleh satu pemilik akaun Facebook yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun menerusi laporan Harian Metro, Aiman tampil menegaskan yang dia masih hidup sekaligus membuktikan dakwaan itu adalah paslu

“Alhamdulillah saya masih hidup,” kata Aiman sebagai respon menjawab mesej daripada orang di sekeliling bagi mendapatkan kesahihan berita itu.

Aiman bagaimanapun enggan melayan sikap sesetengah pihak yang tergamak melakukan hal seumpama itu demi mengaut keuntungan.

“Ada orang hantar mesej fasal perkara ini. Kita ambil iktibar dari sudut positif. Pertamanya, Alhamdulillah saya masih hidup.

“Dalam media sosial ini, lebih banyak anda habiskan masa, lebih banyak orang lain ada untung,” katanya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram Story.

Menerusi perkongsian itu, Aiman memuat naik tangkap layar sebuah hantaran di Facebook memberitahu dia sudah meninggal dunia yang dimuat naik di sebuah akaun komuniti.

Foto: Tangkap layar hantaran Instastory Aiman Hakim Ridza.

Luangkan Masa Bersama Orang Tersayang, Jangan Terlalu Bergantung Media Sosial

Aiman turut memberi gambaran bagaimana kandungan media sosial sebegitu mampu meraih keuntungan menerusi bilangan capaian (engagement) pengguna di media sosial, menerusi hantaran berbeza.

Oleh itu, Aiman menasihatkan pengikut agar tidak terlalu bergantung kepada media sosial sebaliknya meluangkan masa bersama orang tersayang.

Katanya, lebih banyak perkara tidak masuk akal akan muncul jika kita terlalu lama melayan media sosial.

Sumber: Harian Metro

BACA: Serangan Konsert Moscow: Ratusan Berjaya Selamat Kerana Remaja Ini

 

Published by
Ruszaini Ruslan