Pelajar Jurusan Diploma Seni Reka Grafik Berkomputer, Fathurrahman Aiman Othman berjaya menggenggam sijil graduasi serta diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Inspirasi dalam satu majlis konvokesyen institusi pengajian swasta pada 3 Ogos Lepas.

Dia merupakan seorang penghidap penyakit Spinal Bifida yang dihidapinya sejak kecil lagi. Ia adalah kecacatan tiub neural yang menyebabkan jurang di tulang belakang sehingga menganggu perkembangan saraf tunjang.

Aiman Hadir Majlis Konvo Naik Skateboard, Dia Buktikan Status OKU Bukan Penghalang!

BACA: Atlet Para Powerlifting Negara, Bonnie Bunyau Pecah Rekod Dunia 2 Kali!

Ads

Untuk berjaya ke tahap ini, Aiman berpegang teguh kepada pesanan Arwah Ibunya iaitu ‘Jangan pernah anggap diri kita tak boleh berjaya, kerana ada lagi orang yang lebih susah daripada kita’.

Selain itu, dia amat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang berhati mulia kerana sudi membantunya saat dia memerlukan seperti membawa skateboardnya ketika menaiki tangga untuk ke kuliah. Dia akan merangkak naik tangga dan sahabatnya akan bantu bawa buku serta skateboard miliknya.

Ads

Aiman Hadir Majlis Konvo Naik Skateboard, Dia Buktikan Status OKU Bukan Penghalang!

Ads

BACA: Doktor Gigi Ini Kongsi Pengalaman Rawat Pesakit Yang Bengkak Muka & Bernanah

Kini, dia menyambung pelajaran dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di sebuah universiti terkemuka di Melaka.

Sumber: Utusan Malaysia

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI