Keibubapaan

Aidid Marcello Kongsi Anak Hafal 30 Juzuk Al-Quran – ‘Jangan Lupa Daddy & Mummy Bila Kami Dah Tiada’

Share

Aidid Marcello dan pasangan antara yang menghantar anak ke institusi tahfiz untuk memberi penekanan ilmu agama.

Malah, kini ramai ibu dan bapa yang mahu anak-anak mereka mendapat manfaat pembelajaran al-Quran dan ilmu agama.

Anak Aidid Marcello dan  Norzie Pak Wan Chek

Aidid Marcello Kongsi Anak Hafal 30 Juzuk Al-Quran

Namun, ternyata keputusan yang dilakukan itu cukup berbaloi dan membuahkan hasil kini.

Dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini, Aidid berkongsi luahan rasa terharu selepas anak sulungnya berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 11 bulan di sekolah berkenaan.

Lebih membahagiakan apabila anak mereka bernama Iman antara pelajar yang menerima anugerah dalam satu majlis yang diadakan di akademik tersebut.

“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Bagi kami ayah & ibu, tiada apa lagi dah hadiah yang lebih berharga jika nak dibandingkan dengan apa yang @imanmarcello berikan kepada kami.

“Terima kasih Iman kerana menjadi anak yang taat dan berjaya mengharungi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang proses hafazan ini.

Aidid Marcello Kongsi Anak Hafal 30 Juzuk Al-Quran

Sebagai ayah, tiada yang lebih bermakna daripada melihat zuriatnya berjaya.

Justeru, personaliti media sosial itu menitipkan doa supaya anaknya menjadikan al-Quran sebagai sahabat terbaik.

“Semoga Iman terus berjaya dan jadikan al-Quran sebagai sahabat terbaik sehingga ke penghujung usia. Jangan lupa daddy & mummy ya bila kami dah tiada nanti.

“Ingat, Iman anak sulung lelaki kami. Bacaan Quran dan doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kami kelak. Daddy & mummy tulis di sini bukan untuk riak tetapi sebagai tempat untuk Iman baca kembali dan insyaAllah menjadi peringatan untuk anak cucu Iman nanti, insyaAllah,” ungkapnya.

Pada masa sama, Aidid meluahkan rasa gembira kerana pengorbanan mereka suami isteri membuahkan hasil.

“Doakan juga kepada emak ayah lain yang sedang berhempas pulas dengan anak sedang habiskan al-Quran, untuk terus sabar dan semoga anak kita semua sayang al-Quran sampai mereka dijemput Ilahi, insyaAllah.

“Maafkan saya kalau ada silap kata & bahasa, sekadar ingin luahkan rasa gembira setelah pengorbanan selama ini membuahkan hasil.”

**Tahniah Aidid dan keluarga!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Nana