
Aidid Marcello dan pasangan antara yang menghantar anak ke institusi tahfiz untuk memberi penekanan ilmu agama.
Malah, kini ramai ibu dan bapa yang mahu anak-anak mereka mendapat manfaat pembelajaran al-Quran dan ilmu agama.

Aidid Marcello Kongsi Anak Hafal 30 Juzuk Al-Quran
Namun, ternyata keputusan yang dilakukan itu cukup berbaloi dan membuahkan hasil kini.
Dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini, Aidid berkongsi luahan rasa terharu selepas anak sulungnya berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 11 bulan di sekolah berkenaan.
Lebih membahagiakan apabila anak mereka bernama Iman antara pelajar yang menerima anugerah dalam satu majlis yang diadakan di akademik tersebut.
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Bagi kami ayah & ibu, tiada apa lagi dah hadiah yang lebih berharga jika nak dibandingkan dengan apa yang @imanmarcello berikan kepada kami.
“Terima kasih Iman kerana menjadi anak yang taat dan berjaya mengharungi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang proses hafazan ini.
Aidid Marcello Kongsi Anak Hafal 30 Juzuk Al-Quran
Sebagai ayah, tiada yang lebih bermakna daripada melihat zuriatnya berjaya.
Justeru, personaliti media sosial itu menitipkan doa supaya anaknya menjadikan al-Quran sebagai sahabat terbaik.
“Semoga Iman terus berjaya dan jadikan al-Quran sebagai sahabat terbaik sehingga ke penghujung usia. Jangan lupa daddy & mummy ya bila kami dah tiada nanti.
“Ingat, Iman anak sulung lelaki kami. Bacaan Quran dan doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kami kelak. Daddy & mummy tulis di sini bukan untuk riak tetapi sebagai tempat untuk Iman baca kembali dan insyaAllah menjadi peringatan untuk anak cucu Iman nanti, insyaAllah,” ungkapnya.
Pada masa sama, Aidid meluahkan rasa gembira kerana pengorbanan mereka suami isteri membuahkan hasil.
“Doakan juga kepada emak ayah lain yang sedang berhempas pulas dengan anak sedang habiskan al-Quran, untuk terus sabar dan semoga anak kita semua sayang al-Quran sampai mereka dijemput Ilahi, insyaAllah.
“Maafkan saya kalau ada silap kata & bahasa, sekadar ingin luahkan rasa gembira setelah pengorbanan selama ini membuahkan hasil.”
**Tahniah Aidid dan keluarga!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Sanggup Tangguh Lanjutkan Pelajaran Demi Sukan Silat, Pemergian Pesilat Terengganu Satu Kejutan Besar

Semalam arena sukan tanah air terutamanya dalam bidang sukan silat telah dikejutkan dengan berita pemergian seorang atletnya dari Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin.
Pesilat muda berusia 21 tahun berasal dari Besut, Terengganu tersebut telah dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan ketika menyertai Kejuaraan Pencak Silat Pra Sukma Jemputan Kebangsaan Negeri Sembilan 2024.
Dalam yang berlangsung pada 1 Mac hingga 3 Mac 2024 di Seremban, Negeri Sembilan tersebut Allahyarham Muhammad Haikal disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar, selepas tidak sedarkan diri ketika pertandingan prapemilihan SUKMA, Sabtu lalu.
Memetik kenyataan dari Majlis Sukan Terengganu, laporan perubatan mengesahkan kematian atlet mereka tersebut berpunca daripada pendarahan dalam kepada, Diffuse Subarachnoid Heamorrhage.
Allahyarham yang berjaya mara ke suku akhir kejohanan itu difahamkan mengalami kecederaan di dada sebelah kiri akibat ditendang lawan ketika pertandingan berlangsung, sebelum rebah dan tidak sedarkan diri sewaktu kiraan daripada wasit perlawanan.
Jelas mereka lagi Allahyarham sebelum ini dilaporkan tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan.
Pihak mereka masih menunggu laporan penuh kronologi kes dan menjelaskan akan membuat penelitian secara terperinci memandangkan ia adalah tragedi kematian pertama seumpamanya dalam sukan pencak silat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu Hishamuddin Karim berkata, ketika ini pihak MSNT masih belum menerima secara terperinci kronologi kes berkenaan.
Menurutnya, insiden itu adalah kes pertama yang berlaku dalam aktiviti sukan silat dan mengejutkan semua keluarga sukan Negeri Terengganu.
“Kerajaan negeri merakamkan rasa dukacita dan takziah buat ahli keluarga Almarhum Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, pesilat Sukma Terengganu yang disahkan meninggal dunia pagi tadi akibat kemalangan ketika perlawanan dalam pertandingan Kejohanan Pra-Sukma di Negeri Sembilan semalam.
“Wan Muhammad Haikal merupakan atlet fasa akhir Sukma Terengganu dan akan bertanding dalam kategori Putra I (85-90 kilogram) dan merupakan atlet sasaran pingat,” jelasnya dalam satu temu bual bersama Harian Metro.
Harapan yang tinggi Allhayarham Wan Muhammad Haikal dalam sukan silat dapat diperhatikan apabila dia sanggup menolak tawaran ke universiti kerana ingin memberikan sepenuh perhatian mewakili Terengganu ke SUKMA.
BACA: Murah Senyuman & Elak Berdepan Stres, Rahsia Pelakon Arash Mohamad Awet Muda Pada Usia 55 Tahun
Menurut kakak Allayarham, Wan Nor Haslinda tahun lepas adiknya menerima tawaran daripada beberapa universiti awam, namun dia berhasrat menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda selepas tamat SUKMA.
“Dia memang bersemangat nak masuk SUKMA kerana tahun ini tahun terkahir dia boleh mewakili Terengganu ke SUKMA kerana usianya telah 21 tahun. Namun apakan daya cita-citanya tidak tercapai,” jelasnya kepada BERNAMA.

Allahyarham Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Selising, di sini, kira-kira jam 10 malam semalam.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Modal Murah & Boleh Tanam Pelbagai Sayur, Ini DIY Set Hidroponik

Kaedah menanam dengan Hidroponik tanpa mengunakan tanah amat mudah dan praktikal diletakkan dikawasan keliling rumah. Sungguh seronok apabila salad, kangkung dan sawi yang ditanam menghasilkan sayuran segar dan dipetik sendiri.
Jom buat sendiri DIY set atau bekas Hidroponik , modal tak sampai RM20 tapi hasil pula lumayan macam dikongsi oleh lelaki bernama Abdul Sapawi Abdullah ini.
Hidroponik Jimat Belanja RM 17
Pengalaman saya sebagai penanam sayuran hidroponik, kedengaran mengatakan hidroponik kos adalah tinggi/mahal. Kebiasaannya apa-apa yang melibatkan kos yang tinggi kita jarang sangat hendak ambil peduli dan cakna untuk mengusahakan sesuatu.
Hari ni saya cuba bantu tuan/puan bagaimana nak bermula hidroponik dengan kos yang sangat-sangat berpatutan untuk menanam sayuran terutamanya kangkung.
Di bawah ini adalah bahan-bahan yang perlu untuk bermula :
1. Baja A/B 500ml : RM10
2. Benih Kangkung Eco : RM2
3. Span Aquarium : RM5
4. Air Hujan : Free
5. Bekas Sabun : Free
6. Cup Minuman : Free
P/s : Free : Barang recyle yang ada banyak di sekeliling kita, tapi kita sahaja yang tidak anggap ianya amat berguna!
Usia baru seminggu selepas tanam
Letak span pada dasar cup minuman, kemudian benih di atas span. Satu cup letak 5-10 pokok.
Dalam tong adalah air yang dicampur baja AB. paras 1/4 cup minuman sahaja. Air ini kena tambah sebab selalunya akan kering 2-3 hari sebab pokok kangkung banyak makan air
Usia 3 minggu selepas tanam
Dah boleh tuai
Potong bahagian atas dan akan tumbuh semula. Jimat benih dan tak perlu semai kembali. Boleh tuai 4 kali selagi masih tumbuh! Jimat kan?
Semoga bermanfaat.
Sumber: Abdul Sapawi Abdullah
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Legasi Bilionair Robert Kuok, Terus Utuh Tersenarai 100 Individu Terkaya Dunia

Nama ahli perniagaan ini mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya buat anda yang mempunyai minat cukup mendalam dalam dunia perniagaan. Terkenal dengan panggilan ‘Tauke Gula’, anak jati kelahiran Johor Bahru bernama Tan Sri Robert Kuok ini merupakan bilionair yang sangat disegani.
Bukan sahaja di negara kita malah kejayaannya dalam dunia perniagaan menjadi inspirasi masyarakat global. Baru-baru ini beliau telah diumumkan sebagai salah seorang dari 100 individu terkaya di dunia.

Memetik laporan dari Indeks Bilionwan Bloomberg, setakat awal November ini jumlah kekayaan dimiliki ta membolehkan beliau diangkat sebagai salah seorang individu terkaya di dunia.
Walaupun lebih sinonim dengan perniagaan melibatkan industri penghasilan gula Tan Sri Robert Kuok juga banyak terlibat dalam perniagaan lain seperti sektor kewangan, perhotelan dan pengangkutan.
LEGASI PERNIAGAAN
Terdahulu beliau turut tersenarai sebagai individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak USD11.5 billion (RM48 bilion) iaitu pada tahun 2022. Untuk rekod beliau telah mengekalkan gelaran itu selama lebih 20 tahun.
Beliau mengasaskan Robert mengasaskan dan mengawal Kumpulan Kuok yang kini beroperasi di seluruh rantau sama ada sektor hospitaliti, pertanian, hartanah serta pengangkutan dan logistik.
Sumber kekayaan terbesar ialah kepentingannya dalam Wilmar International, penapis minyak sawit tersenarai terbesar di dunia, walaupun mungkin aset Kumpulan Kuok yang paling terkenal ialah Shangri-La Hotels.
Beliau juga cukup dikenalid engan sifat pemalu dengan media. Walaupun beliau sendiri memiliki hartanah media termasuk South China Morning Post.
Pada tahun 2017, Tan Sri Robert Kuok memberikan pandangan yang menarik tentang kehidupannya yang sangat berbeza pada tahun 2017 menerusi sebuah buku berjudul ‘Robert Kuok: A Memoir’.
Pada hari ini, Hari pelbagai perniagaannya dikendalikan oleh generasi Kuok seterusnya, termasuk anak dan anak saudaranya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI