Bagi sesiapa yang aktif dalam bidang hiburan dan media, nama Datuk Ahmad Izham Omar sudah pasti tidak asing lagi. Pengalamannya yang besar industri muzik, hiburan dan penyiaran di negara kita menjadikan beliau sebagai antara figura paling dikenali.
Terbaru, Ahmad Izham telah mengembangkan kariernya bersama syarikat berstatus antarabangsa. Menerusi laporan portal hiburan terkenal Variety, Ahmad Izham telah dilantik menjadi Pengarah Eksekutif Kandungan dan Kreatif bagi perkhidmatan streaming terkini, Disney Plus.
Pelantikan tersebut dikatakan telah berkuatkuasa serta merta oleh The Walt Disney Company Southeast Asia sekali gus menjadikan Ahmad Izham bakal menjadi orang kuat platform pestriman tersebut.
Foto: Yayasan Perpaduan Malaysia
Ia juga membayangkan bahawa Disney Plus bakal dilancarkan di Asia Tenggara berkemungkinan dalam tempoh masa terdekat. Ahmad Izham sebelum ini bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio sebelum meninggalkan syarikat tersebut oada 13 November yang lalu.
TANGGUNGJAWAB BESAR
Memetik laporan Variety lagi, selepas perlantikan tersebut itu, Ahmad Izham akan mula bertugas di ibu pejabat mereka berpangkalan di Singapura.
Ads
Dan beliau akan menjalankan tugas dan melaporkan kepada Ketua Serantau Walt Disney Company Asia Pacific, Amit Malhotra.
“Izham akan bertanggungjawab dalam membangunkan dan menerbitkan program asal termasuk perolehan kandungan.
“Beliau juga akan memantau kandungan produksi untuk program hiburan dan sukan utama,” jelas Amit Malhotra.
Ads
Dengan pengalaman yang luasnya, ramai pihak berharap beliau mampu untuk membawa karya anak tempatan ke platform lebih besar seperti Disney Plus. Siapa tahu mungkin kita boleh lihat drama bersiri atau animasi hebat keluaran tempatan di platform tersebut.
Tahniah buat Ahmad Izham dari team MASKULIN!
Jangan lupa untuk subscribe channel YouTube MASKULIN seleksi video gaya hidup lelaki terkini.
https://www.youtube.com/watch?v=FOqtUg4Dlt0&t=10s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Laman media sosial kini bukan hanya menjadi medium perkongsian foto dan video semata. Platform seperti Instagram terutamaya telah berubah menjadi medan ramai selebriti dan juga individu berpengaruh menjana wang.
Ia telah menjadi ‘lubuk’ besar yang mampu memberikan pendapatan sangat tinggi kepada pengendali akaun Instagram. Dengan jumlah pengikut yang ramai maka tidak hairanlah mengapa banyak syarikat berjenama rela berbelanja besar untuk mempromosikan produk mereka di laman Instagram mereka.
Bahkan jumlah bayaran yang diterima mereka untuk satu posting atau hantara mungkin kedengaran sangat tidak masuk akal namun hakikatnya itulah angka yang diterima mereka.
Menurut carta yang dikeluarkan oleh Hopper, kebanyakan senarai individu yang berada pada kedudukan top 10 rata-ratanya memang selebriti terkenal sama ada dalam bidang lakonan, sukan, fesyen dan juga bintang sosial media.
Anda ingin tahu berapa siapakah yang menerima bapyaran paling mahal untuk satu posting? Ikuti carta top 10 di bawah.
Siapa tak kenal dengan pelakon Bollywood Saif Ali Khan, 50 tahun, yang juga suami kepada Kareena Kapoor ini.
Jangan tak tahu beliau dilaporkan merupakan seorang putera raja dari keturunan keluarga diraja India. Awal Disember lalu, pasangan bintang Bollywood itu dilihat berkumpul di Pataudi Palace atau Istana Pataudi bersama teman-teman mereka. Dalam gambar itu, Kareena Kapoor kelihatan elegan manakala Saif kelihatan seperti seorang raja dengan latar belakang Istana Pataudi yang merupakan warisan nenek moyangnya.
Laporan dari bollywoodshaadis.com menyebut bapa Saif Ali Khan, Mansoor Ali Khan Pataudi adalah seorang bekas kapten kumpulan kriket di India dan juga Nawab Pataudi iaitu pemerintah Pataudi dari era 1952 hingga 1971.
Pataudi adalah sebuah bandar indah yang terletak di kaki bukit Aravali, Daerah Gurgaon, India. Ini adalah bandar yang pernah menjadi kerajaan kecil sebelum India mencapai kemerdekaannya.
Selepas Mansoor Ali Khan meninggal dunia, Saif Ali Khan telah dinobatkan sebagai Nawab Pataudi. Beliau adalah putera ke-10 yang masih mempunyai darah biru di India.
Seperti putera di negara lain, Saif juga mempunyai istana iaitu Istana Pataudi yang terletak di kota Pataudi di daerah Gurgaon di Haryana.
Sayangnya selepas kemerdekaan India, keluarga itu kehilangan title (Pataudi) mereka termasuklah istana tersebut. Dalam satu temu bual dengan akhbar India, Saif mendedahkan bagaimana mereka terpaksa ‘menebus’ semula hartanah itu menggunakan wang simpanannya sebagai pelakon filem daripada rangkaian hotel Neemrana.
Kini Istana Pataudi kembali menjadi milik pasangan ini dan dijadikan rumah penginapan singgah keluarga mereka. Apakah rupa interior Istana Pataudi? Mari lihat sedikit info tentang istana ini seperti dilaporkan oleh India Today.
(1) Warisan Keluarga Pemerintah
Pataudi Palace seperti yang dijelaskan sebelumnya, telah diserahkan dari pemerintah yang terakhir, Iftikhar Ali Khan kepada anaknya, Mansoor Ali Khan.
Selepas Mansoor Ali Khan meninggal, Saif Ali menjadi pewaris. Jadi ia mempunyai istana dengan seni bina yang mengagumkan, sebuah dewan besar dan taman-taman yang rimbun.
(2) Rumah Kolonial
Pada awal tahun 1900-an, Pataudi Palace telah direka dan dibina dalam gaya rumah kolonial Imperial Delhi oleh Robert Tor Russell, dibantu oleh arkitek Austria, Karl Molt von Heinz. Selepas mewarisi tempat ini, Saif Ali Khan mengambil pereka dalaman Darshini Shah untuk mengubahsuainya.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan keselesaan dan menjadi lebih bergaya daripada hanya mewah dan besar.
(3) Istana Bernilai RM466 Juta
Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan sebenarnya banyak menghabiskan kehidupan sehariannya di Mumbai. Tetapi, mereka sering memilih Pataudi Palace sebagai lokasi percutian musim sejuk.
Seperti yang dilaporkan oleh architecturaldigest.in, rumah percutian Saif Ali Khan dan ahli keluarganya ini mempunyai kawasan seluas 10 hektar dan mempunyai 150 bilik, termasuk tujuh bilik persalinan, tujuh bilik tidur, tujuh bilik snooker, serta ruang tamu dan ruang makan mewah. Istana ini bernilai RM466 juta.
(4) Dihiasi Foto Lama
Sebagai warisan keluarga diraja, tidak hairanlah Istana Pataudi mempunyai banyak kenangan sejarah. Semua kenangan dicatatkan dalam gambar-gambar lama yang menghiasi di pelbagai tempat di istana yang indah ini.
(5) Pernah Dijadikan Hotel
Mansoor Ali Khan pernah menyewa tempat ini selama 17 tahun dengan Francis Wacziarg dan Aman Nath, pemilik rangkaian Neemrana Hotels. Tempat ini dikendalikan sebagai The Pataudi Palace Hotel antara tahun 2005 dan 2014 sebelum Saif Ali Khan mengambil alih harta pusaka ini.
Menurut laporan dari architecturaldigest.in, Saif terpaksa mengeluarkan wangnya sendiri untuk mendapatkan semula istana ini dari pemilik hotel.
(6) Lokasi Penggambaran Filem
Jadi lokasi penggambaran filem Eat Pray Love yang dibintangi oleh Julia Roberts.
Kerana mereka tidak mendiami Istana Pataudi setiap hari, Kareena dan Saif Ali membuat istana mereka sebagai lokasi penggambaran seperti filem Eat Pray Love yang dibintangi oleh Julia Roberts, kepada filem-filem popular lain iaitu Mangal Pandey, Veer Zara, juga menyewa Istana Pataudi sebagai lokasi penggambaran.
Artikel ini olahan dari Nona.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang yang memiliki kediaman pastinya berhasrat untuk mengetengahkan tema yang bersesuaian dengan cita rasa si pemilik. Tidak kira apa jua tema, asalkan gaya yang diterapkan mampu memberikan keselesaan dan ketenangan buat seisi rumah. Bagi yang meminati gaya glam moden, tentu sahaja anda mempunyai cita rasa tersendiri dalam membuat susun atur agar ia mampu menyuntik elemen moden yang diimpikan.
Gaya glam moden tidak semestinya sesuai untuk kediaman mewah. Bagi anda yang memiliki kediaman sederhana, anda masih juga boleh menyusun atur kediaman dengan tema glam moden ini mengikut pemilihan warna, susun atur perabot mahupun dekorasi dalaman rumah.
Untuk tema gaya ini, apa yang penting adalah cara anda menyerlahkan dekorasi glam moden menerusi dekorasi yang tersendiri.
Ini antara elemen penting untuk anda menyerlahkan dekorasi glam moden.
Pemilihan perabot yang ringkas namun mempunyai perinci seperti logam, upholstery dan ukiran sedarhana.
Pemilihan palet rona yang lebih cenderung kepada putih, kelabu, krim hitam dan emas.
Elemen yang menyumbang dan memerangkap cahaya tamabahan seperti cermin dan aksesori kristal.
Menyerlahkan kemewahan dengan pemilhan kemasan lembut yang mempunyai tekstur atau bercorak geometri.
Mewujudkan kehadiran pencahayaan yang lebih dramatik melalui penggunaan chandelier dan lampu meja.
Rancangan TV Ilham Dekor Impiana Musim Kedua untuk episod ketiga ini bakal menampilkan pelbagai tip dan perkongsian untuk kediaman berkonsepkan Glam Moden.
Rancangan ini ke udara setiap hari Selasa, jam 12.30 tengah hari dan siaran ulangan jam 9.30 malam hanya di Slot Dewi: Astro Prima (105) & Maya HD (135).
Rancangan berdurasi selama 30 minit yang menghidangkan sebanyak 13 episod ini dihoskan oleh Shalma Ainaa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.