Tidak lama lagi umat islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Ahad 11 Ogos 2019 bersamaan 10 Zulhijjah 1440 Hijrah.

Pada waktu itu, ada yang pergi menunaikan haji di tanah suci Mekah dan jika tidak, mereka akan menyambut perayaan korban di mana haiwan ternakan akan disembelih serta diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Fokus kali ini adalah kepada Jemaah haji yang menghidapi diabetes jenis 1 & 2. Apabila pergi ke sana, mereka pasti akan membawa bekalan suntikan insulin.

Seorang Ahli Farmasi, Fahmi Hassan berkongsikan melalui laman facebooknya tentang bagaimana untuk menyimpan serta membawa stok Insulin ke tanah suci buat Jemaah haji yang mempunyai diebetis jenis 1 dan 2.

BACA: 5 Cara Mempercepatkan Giliran Haji, Kongsi Lelaki Ini Yang Terpilih Menjadi Tetamu Allah

Ikuti perkongsiannya di bawah ini:

BAGAIMANA BAWA INSULIN KE TANAH SUCI

Musim menunaikan haji ini, terdapat banyak persoalan berkaitan ubat-ubatan. Bagi ubat-ubatan biasa, sebenarnya mudah saja caranya.

IKLAN

1. Bawa preskripsi atau salinan preskripsi.

2. Pastikan ubat dibawa cukup untuk sepanjang tempoh di Tanah Suci. Jangan bawa terlalu banyak stok ubat.

3. Simpan ubat-ubatan di dalam pek asal. Jangan keluarkan dari pek blister.

4. Pastikan label ubat jelas dan boleh dibaca.

5. Bawa ubat di dalam ‘hand luggage’ yang dibawa bersama ke dalam pesawat.

IKLAN

Bagaimana pula dengan insulin?

Secara amnya, insulin yang disimpan di suhu bilik akan tahan selama 30 hari. Sekiranya tempoh menunaikan ibadah kurang dari 30 hari, anda hanya perlu bawa stok insulin yang mencukupi bersama-sama ubat-ubatan lain.

Namun begitu, sekiranya tempoh di Tanah Suci melebihi 30 hari, beberapa langkah tambahan perlu diambil.

1. Cari ‘cold box’ atau bekas penyejuk dengan saiz bersesuaian.

2. Dapatkan ‘dry ice’ atau ‘ice pack’ pada hari penerbangan atau sehampir mungkin dengan hari penerbangan.

3. Bawa bersama ‘cold box’ yang telah diisi dengan insulin dan ‘dry ice’ atau ‘ice pack’ di dalam ‘hand luggage’ yang dibawa bersama ke dalam pesawat.

IKLAN

4. Apabila tiba di hotel, keluarkan insulin dan simpan di dalam peti sejuk.

5. Dapatkan bantuan pegawai farmasi bertugas sekiranya tiada peti sejuk di hotel atau mengalami masalah lain.

6. Gunakan ‘cold box’ yang diisi dengan ‘ice pack’ sekiranya perlu membawa stok insulin untuk perjalanan jauh.

BACA: Suhu Mekah Dijangka Sangat Tinggi, Ini Tip Elak Strok Haba Buat Bakal Jemaah Haji

Diharapkan sedikit panduan ini dapat membantu jemaah yang bakal menunaikan haji. Semoga dikurniakan kesihatan dan kekuatan serta memperoleh haji yang mabrur.

Fahmi Hassan
Pharmacist

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI