Penggunaan produk penjagaan wajah lelaki kini menjadi sebuah industri yang sangat berkembang pesat. Permintaan tinggi produk penjagaan wajah lelaki ini menyaksikan pelbagai jenama tampil menawarkan produk yang cukup spesifik.
Jenama penjagaan wajah terkenal, Aesop baru-baru ini telah melancarkan produk terbarunya iaitu Seeking Silence Facial Hydrator. Produk terbaru mereka ini diformulasikan untuk mengawal kondisi kulit wajah sensitif atau mempunyai alahan.
Aesop menggunakan dua gabungan formulasi istimewa iaitu Dunaliella Salina Extract, sejenis micrialga yang kaya anti oksida dan juga Narcissus Tazetta, ekstrak daripada bunga daffodils.
Kedua-dua gabungan ramuan ini boleh membantu kulit yang mengalami masalah iritasi dan juga kulit sensitif.
BACA: Cerahkan Tangan Dengan Hanya Menggunakan Krim Safi dan Vaseline.
Seeking Silence Facial Hydrator juga mengandungi kombinasi bahan yang boleh melegakan kulit wajah, mengurangkan berlakunya kemerahan dan menyokong fungsi barrier.
Selain itu hydrator yang dihasilkan Aesop ini turut memberikan kelegaan kepada kulit yang mengalami masalah kekeringan.
Seeking Silence Facial Hydrator juga dikatakan sesuai digunakan setiap hari terutamanya pada waktu pagi dan malam. Selepas melakukan pencucaian dan toning, Seeking Silence Facial Hydrator boleh disapu dengan rata di bahagian wajah dan juga leher.
Ia dipakejkan dalam bekas kaca 60ml dan boleh didapati di Aesop signature store, stokis, pasaraya di sekuruh dunia dan laman sesawang rasmi mereka.
Buat anda yang mempunyai masalah kulit kering dan bermasalah bolehlah cuba menggunakan produk Seeking Silence Facial Hydrator.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Gaya Rambut Botak Tidak Semestinya Potong Sampai Licin
Dalam dunia gaya rambut lelaki, trend botak tidak lagi terhad kepada kepala yang dicukur licin sepenuhnya. Sebaliknya, terdapat beberapa gaya rambut yang menampilkan potongan pendek yang menyerlahkan karakter maskulin dan elegan.
Menurut saranan Zulhusnie Yusoff selaku tukang gunting dan Pengurus Kawasan Nimroc Barbershop, ada tiga gaya rambut botak yang patut dipertimbangkan oleh lelaki moden iaitu Buzz Cut, Crew Cut, dan Quiff. Setiap satu daripada gaya ini menawarkan keunikan tersendiri, sesuai dengan personaliti dan gaya hidup.
@maskulinmyBagi anda yang berminat untuk mencuba gaya rambut botak, tahukah anda ia tidak semestinya terhad kepada penampilan kulit kepala yang licin tanpa sehelai rambut pun? Panduan ini mungkin boleh membantu anda untuk menggayakan botak dengan penampilan yang berlainan. #botak #haircut #barber #bald #gayarambutlelaki #nimroc #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Buzz Cut
Buzz Cut merupakan gaya rambut yang sinonim dengan kesederhanaan dan keberanian. Potongan rambut ini adalah antara yang paling pendek, di mana rambut dipotong sama rata menggunakan mesin pencukur dengan saiz mata yang kecil.
Hasilnya adalah potongan yang seragam dan kemas, sesuai bagi mereka yang inginkan penampilan yang praktikal tetapi tetap menarik. Anda juga boleh memilih untuk memotong bahagian atas dengan panjang yang berbeza dari bahagian tepi untuk memberikan penampilan yang lain dari kebiasaan.
Apa pun pilihan anda, potongan ini tetap dikira sebagai potongan yang paling mudah dijaga, menjadikannya pilihan ideal bagi lelaki yang sering sibuk tetapi ingin kelihatan rapi.
Crew Cut
Crew Cut pula adalah variasi yang sedikit lebih panjang berbanding Buzz Cut. Rambut dipotong pendek di sisi dan belakang, tetapi dibiarkan sedikit lebih panjang di bahagian atas kepala. Bahagian garis rambut di dahi pula akan dipotong dengan bentuk lurus.
Gaya ini menawarkan lebih banyak fleksibiliti, di mana lelaki boleh memilih untuk menyisir rambut ke hadapan, ke tepi, atau bahkan ke belakang. Crew Cut adalah pilihan yang bagus untuk lelaki yang ingin kelihatan kemas dan profesional, sambil mengekalkan sedikit elemen gaya peribadi.
Quiff
Quiff adalah gaya rambut yang memberikan penampilan botak tetapi dengan sedikit sentuhan dramatik. Dalam gaya ini, rambut di bahagian hadapan dibiarkan lebih panjang dan disisir ke atas atau ke belakang, manakala bahagian sisi dan belakang dipotong pendek.
Quiff memberikan ilusi ketebalan rambut, sesuai bagi lelaki yang mengalami penipisan rambut tetapi masih ingin mengekalkan gaya yang menonjol. Gaya ini memerlukan sedikit usaha untuk digayakan setiap hari, tetapi hasilnya adalah penampilan yang lebih berani dan berkarakter.
Gaya rambut botak tidak semestinya bermaksud kepala harus dicukur hingga licin. Dengan pilihan seperti Buzz Cut, Crew Cut, dan Quiff, lelaki kini mempunyai pelbagai cara untuk tampil rapi dan bergaya tanpa perlu mengorbankan identiti mereka.
BACA: Gaya Potongan Rambut Lelaki Paling Popular Di Kedai Gunting Masa Kini
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Muka Berminyak? Cuba Produk-Produk Ini
Kulit berminyak sudah menjadi resam dalam kehidpan lelaki. Namun, ramai yang tidak ambil peduli akan wajah berminyak. Ada antara anda juga tidak langsung mahu mengambil inisiatif untuk mencegah dan mengatasinya. Minyak yang dihasilkan oleh kulit muka berfungsi untuk melindungi kulit muka daripada kekotoran dan habuk. Tetapi masalah akan timbul apabila minyak yang dihasilkan melebihi daripada apa yang diperlukan. Ini bermaksud kulit anda berminyak!
Tidak ramai yang tahu kesan daripada kulit berminyak ini. Minyak berlebihan yang terhasil mula memerangkap habuk dan kotoran dan kemudian liang pori boleh menjadi tersumbat. Hasilnya, kulit anda mula mengeluarkan jerawat. Terdapat beberapa faktor kulit berminyak, antaranya:
1. Pemakanan
Antara punca yang paling kerap terjadi adalah, melalui pemakanan anda. Dalam dunia hari ini yang sering mengeluarkan produk berminyak, sebagai contoh makanan bergeoreng, setiap orang sering mengambil makanan ini tanpa memikirkan kesan sampingannya. Kulit berminyak boleh disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlemak terlalu banyak.
2. Genetik
Setiap orang lahir dengan kelebihan mereka yang tersendiri. Mungkin ada segelintir yang tidak bernasib baik dengan lahir mempunyi genetik kulit berminyak yang sangat teruk, namun ia tidak menghalang anda dari terus konfiden di hadapan orang ramai. Walau bagaimanapun, keadaan ini masih boleh dikawal dengan mengikuti cara mengawal kulit berminyak.
3. Tekanan
Stress di tempat kerja merupakan perkara normal yang sering terjadi terhadap lelaki. Tekanan tidak mempunyai kaitan terus dengan kulit berminyak.Namun, tekanan boleh mengubah keseimbangan hormone dalam badan seseorang dan menyebabkan masalah kulit muka berminyak.
4. Cuaca
Anda pasti pelik mengapa mereka yang bekerja di dalam pejabat tidak mengalami masalah kulit berminyak yang sangat teruk, sedangkan anda yang bekerja berhadapan dengan panas terik sering mengeluh. Ini kerana jika anda bekerja di kawasan terbuka dan panas, cenderung anda untuk mengalami kulit muka berminyak sangat tinggi. Ini adalah kerana kulit muka dipaksa untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk melindungi kulit muka yang terdedah dengan kepanasan dan kekotoran.
Lelaki pasti berhadapan dengan masalah kulit mati ataupun kulit kering yang melampau kan? Bukan senang sebenarnya nak jaga kulit, kerana itu kita dapat lihat ramai antara wanita menghabiskan duit untuk mendapatkan kepuasan pada kulit. Bagaimana dengan lelaki? Adakah produk untuk mereka kekal segar dan tampak menarik kurang di pasaran? Sebenarnya, tiada masalah untuk lelaki menggunakan produk kecantikan produk bergantung kepada kulit. Jika anda malu untuk dapatkan khidmat nasihat daripada consultant di farmasi, apa kata kalau anda cuba dapatkan produk-produk ini.
The Body Shop Aloe Soothing Day Cream
Semestinya lidah buaya menjadi kegemaran orang ramai terutamanya wanita kerana ia memang mengandungi khasiat tersendiri yang boleh merawat banyak peyakit. Ia terbukti secara klinikal sesuai untuk kulit sensitif dan membantu melegakan kulit anda. Apabila anda pakai produk ini, kulit anda akan berasa dingin dan ia sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan, gatal atau merah. Sebut saja Body shop, anda akan terbiasa dengan produk mereka yang mengandungi bahan semulajadi. Pelembap lembut ini untuk menenangkan kulit sensitif dan kering. Dirumus tanpa wangian, warna, pengawet dan alkohol dan pilihan yang sempurna untuk kulit sensitif.
Himalaya Nourishing Skin Cream
Krim Nourishing Himalaya ini tidak melekit dan sesuai untuk digunakan secara harian kerana ia memberi perlindungan agar kulit terus kelihatan segar dan lembap sepanjang hari. Produk ini sedikit istimewa kerana ia mempunyai campuran ekstrak lidah buaya, cherry, pokok kino India dan pennywort India yang melindungi kulit anda dari kotoran udara dan cuaca panas. Cherry adalah tumbuhan yang digunakan untuk tindakan antioksidannya yang membantu pertumbuhan semula sel kulit. Manakala pokok kino India mempunyai astringent yang berfungsi sebagai tonik kulit untuk anda kelihatan seperti muda. Kulit anda akan kekal lembap dan tidak kering lagi dengan krim pelembap ini.
Garnier Men Turbolight Oil Control Shine Moist
Produk ini memang dicipta khas untuk lelaki. Garnier yang memahami lelaki, telah mengeluarkan produk untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering dengan krim pencerah pelembap yang mempunyai bebas gris dimuatkan dengan volcanic mineralite dan ekstrak pemutih lemon yang membantu akan melawan masalah kulit anda sekali pakai. Mengawal minyak yang berlebihan dan menutup pori-pori besar agar kulit kekal dalam pH yang diperlukan. Bukan sahaja itu ia juga membantu mencerahkan kulit wajah dan mengekalkan kelembapan pada kulit agar ia bebas dari minyak.
L’oreal Men Expert Barberclub Face & Beard Oil
Untuk mereka yang mempunyai jambang, mungkin anda boleh cuba produk ini. Cara pemakaiannya, sapukan pada jambang anda setelah mandi dengan menggunakan sikat. Lakukan ia seperti rambut anda. BarberClub Long Beard Oil sangat menyihatkan kulit dan keadaan janggut yang terbaik dalam janggut kelas sepanjang hari. Diperkaya dengan minyak pati Cedarwood.
Dove Men+Care Face Lotion
Dove amat memahami kaum Adam dimana golongan ini juga memerlukan pelembap harian untuk merawat kulit wajahnya. Oleh karena itu, mereka mencipta produk Dove Men+Care Face Lotion. Pelembab ini menawarkan perlindungan khusus untuk kulit kering. Produk ini akan menghidrasi kulit yang kering dan memberi kelembaban intensif.
Tak perlu risau dengan wajah berminyak setelah memakai produk ini karena formula pelembab Dove Men ini mudah meresap ke dalam kulit. Tambah SPF 15 di dalam Dove Men+Care Face Lotion membuat wajah Anda terlindung dari kerusakan yang disebabkan oleh sinar matahari.
Sumber produk: productnation.co/bacaterus.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pencuci Muka Singkirkan Minyak Di Wajah Pilihan MASKULIN
MASKULIN yakin anda sebagai lelaki moden pasti menggunakan sekurang-kurangnya satu produk pencuci muka setiap hari.
Selepas seharian melakukan pelbagai tugasan, kerja mahu pun aktviti cergas semestinya anda mahu pastikan kondisi wajah sentiasa terjaga dengan baik.
Pencuci muka bukan sahaja mampu membuang kotoran asing yang melekat di kulit malah ia boleh membantu memberikan kesegaran serta keperluan vitamin untuk kulit wajah menjadi lebih terpelihara.
Di pasaran sekarang terdapat ratusan jenis pencuci muka. Ada yang mahal dan tidak kurang juga yang mampu milik. Setiap satunya datang dengan pelbagai jenis solusi cucian.
Bagi MASKULIN antara pencuci muka yang paling baik untuk lelaki gunakan ialah daripada kategori kawalan minyak.
Di sini kami ingin berkongsi beberapa jenis pencuci muka pilihan untuk anda semua.
NIVEA MEN ACNE 8H OIL CLEAR SCRUB
Untuk cucian harian bagi mengawal minyak di wajah. NIVEA MEN ACNE 8H OIL CLEAR SCRUB juga datang dengan Salicylic Acid dan Carnitine untuk mengurangkan minyak di permukaan wajah.
NANO WHITE MEN OIL CONTROL
Buat anda yang ingin mencari kesegaran selepas cucian, inilah jawapannya. NANO WHITE MEN OIL CONTROL CONTROL CLEANSER diperkaya dengan bahan Menthol dan Nanowhite untuk kesegaran selepas cucian.
SHISEIDO UNO WHIP WASH MOIST
Merupakan solusi pencuci muka untuk mengawal minyak di permukaan wajah. SHISEIDO UNO WHIP WASH MOIST mampu memberi cucian menyeluruh tanpa menyebabkan kulit berasa kering.
MEN’S BIORE OIL BUSTER
Diformulakan dengan menggunakan arang daripada batang pokok buluh. MEN’S BIORE OIL BUSTER mampu melakukan 10 kali serapan dan membuang minyak dari luar dan dalam liang kulit.
HIMALAYA MEN INTENSE OIL CLEAR LEMON FACE WASH
HIMALAYA MEN INTENSE OIL CLEAR LEMON FACE WASH merupakan pencuci wajah yang bebas sabun dengan menggunakan formulasi herba yang mampu menyingkirkan minyak di wajah. Ia diperkuatkan dengan Active Boost Technology yang meningkatkan penetrasi dan membantu cucian wajah.
GATSBY COOLING FACE WASH ICE FREEZE
Pencuci muka ini mempunyai dua agen penyejukan dengan ICE GEL + DOUBLE SCRUB. GATSBY COOLING FACE WASH ICE FREEZE mengandungi Menthol Crystal ia memberikan sensasi kesejukan ketika melakukan cucian.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan idea buat anda yang ingin tampil segak dan kacak untuk penjagaan kulit wajah yang lebih menyeluruh dan baik.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI