Jenama penjagaan diri premium asal Australia, Aesop cukup terkenal di kalangan pengguna terutamanya lelaki. Kemunculan jenamanya di Malaysia menawarkan pelbagai seleksi produk penjagaan badan, rambut dan juga kulit.
Sehingga kini ia telah mempunyai beberapa buah outlet di pelbagai pusat membeli-belah serata negara. Kini demi memenuhi kehendak pelanggan setianya, Aesop telah meluaskan tawaran produk mereka dengan usahasama bersama platform e-dagang terkenal, Lazada.
Ia merupakan kali pertama tawaran di atas talian menerusi laman e-dagang tempatan bagi jenamanya. Sebagai sebuah platform yang sudah berjaya menerima kepercayaan pengguna, pemiliohan Lazada dilihat Aesop sebagai langkah tepat untuk meluaskan pasaran produknya.
Ads
SELEKSI TERJAMIN
Menerusi ketagori LazMall, pengguna tidak perlu risau untuk mendapatkan produk tulen dan berkualiti menerusi Aesop Lazada Malaysia. Malah harga yang ditawarkan menerusi platform ini adalah setaraf dengan harga di outlet mereka.
Ads
Manakala bila tiba tempoh kempen bermusim, ia turut bakal menawarkan produk edisi terhad dan juga tawaran harga istimewa.
Ads
Buat anda yang mungkin tidak biasa dengan jenama ini, ia merupakan jenama yang mula diasaskan pada tahun 1987 di Melbourne dan terkenal dengan pelbagai produk formulasi rambut dan penjagaan badan pada kualiti paling tinggi.
Jika anda berminat boleh kunjungi laman Lazada di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap lelaki ada karakter rambut pada wajah yang berbeza-beza. Ada yang lahir dengan genetik wajah mereka mudah tumbuh janggut dan jambang. Manakala ada juga yang sekadar boleh menyimpan janggut sejemput sahaja.
Walau apapun gaya rambut pada wajah ada ia semetisnya perlu dijaga dengan baik agar sentiasa nampak kemas, rapi dan juga tidak berbau!
Bagi lelaki yang mempunyai jambang dan janggut mereka perlu berusaha lebih sedikit bagi menjaga penampilan diri. Jika memilih untuk menyimpan janggut dan jambang pastikan anda sentiasa peka dengan penjagaan harian.
Tidak guna kalau jambang tumbuh melata di atas wajah tanpa dirapikan dengan baik. Tidak kena gaya anda boleh kelihatan sebagai seorang yang amat selekeh dan tidak keruan.
Usah risau kerana anda boleh ikut 5 langkah terbaik untuk pastikan kondisi janggut dan jambang sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
BASUH JANGGUT DAN JAMBANG DENGAN SYAMPU
Ya, syampu rambut anda boleh digunakan untuk mencuci jambang dan janggut. Lakukan cucian sebanyak 2 atau 3 kali seminggu. Cucian ini akan dapat membuatkan ia berbau lebih harum, bersih dan mengelakkan permukaan kulit menjadi terlalu berminyak.
Untuk memastikan jambang atau janggut sentiasa kelihatan bersinar-sinar anda boleh gunakan minyak khas yang boleh didapati di pasaran. Minyak janggut ini biasanya mempunyai kandungan semulajadi dengan minyak ekstraks premium.
Ikuti langkah berikut:
Melakukan potongan kemas atau trimming merupakan cara paling baik untuk menjaga janggut dan jambang yang menarik. Ramai lelaki tak tahu bahawa ia juga boleh rosak dan bercabang.
Dapatkan gunting kecil dan potong bahagian hujung janggut yang rosak. Jika anda mahukan potongan berbeza, boleh ikuti tip potongan mengikut bentuk kemahuan menerusi tutorial video.
MASKULIN cadangkan anda luangkan sedikit masa di depan cermin sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi melakukan trimming.
Sesetengah lelaki akan ditumuhi rambut di bahagian leher. Jadi amatlah penting anda perlu memastikan ia dipotong atau dicukur dengan kemas. Usah lakukan trimming janggut mengikut bentuk jawline. Ini hanya akan membuatkan anda nampak lebih gemuk.
Amalkan pemakanan sihat dan sentiasa bersenam. Kedua-dua faktor ini juga memainkan peranan penting bagi memastikan janggut dan jambang sentiasa dalam kondisi yang sihat dan menarik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi ramai lelaki, bercukur merupakan satu rutin yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Namun sebenarnya, masih ramai lelaki yang tak pandai bercukur dan menggunakan teknik yang betul.
Lalu boleh menyebabkan berlakunya kecederaan serta cukuran yang tidak rata. Ini semua dapat dielak jika anda bercukur dengan menggunakan teknik teknik yang betul.
Sebelum memulakan proses mencukur jambang, janggut atau misai ada beberapa langkah awal yang perlu anda lakukan. Jika anda ingin bercukur pada sebelah pagi pastikan selang masa sekurang-kurangnya 10 selepas bangun tidur. Ini bagi membantu kulit wajah berehat dahulu. Cuci wajah dengan pencuci muka pilihan untuk menghilangkan sel kulit mati dan membuka liang roma serta melembutkan kulit di bahagian misan dan janggut.
Satu perkara lagi yang perlu anda lakukan sebelum mula bercukur ialah dengan melekapkan wajah dengan tuala basah dengan air suam. Anda perlu melakukan proses ini sejurus selesai mencuci wajah. Ia membantu pori-pori terbuka dan memudahkan proses mencukur nanti.
Kira-kira 3 minit selepas itu, anda boleh mula sapukan krim pencukur. Sapukan dengan berus dengan gerakan berputar. Berus yang dipilih haruslah mempunyai bulu yang halus dan lembut agar kulit wajah anda lebih selesa dan boleh elak wajah tercalar. Pilihlah krim pencukur yang mengandungi minyak dan kandungan formulasi sesuai dengan kukit wajah sekali gus mengelak iritasi.
Bahagian yang perlu anda fokuskan terlebih dahulu semasa bercukur ialah rahang, leher dan pipi. Ia perlu dilakukan di bahagian ini dahulu kerana ia mengikut lengkungan wajah dan mengelakkan daripada kulit wajah alami luka. Bahagian misai dan janggut pula perlu diberikan perhatian khusus kerana ia lebih banyak rambut. Cukur janggut pada satu arah sahaja iaitu mengikut tumbuhnya anak rambut. Gerakkan pisau dengan jalur searah agar tak cedera.
Jika anda ingin menyimpan janggut atau misai pastikan pola bentuk seperti yang anda mahu tidak terjejas. Untuk mendapatkan hasil yang kemas anda perlu menggunakan gunting kecil yang khas. Untuk hasil yang lebih detail, anda perlu guna hair-clipper. Apa yang penting anda harus gunting terlebih dahulu bahagian tepi misai dan janggut yang ingin disimpan.
Selepas anda selesai bercukur dan kemaskan apa yang patut, bersihkan wajah dengan menggunakan tuala. Bilaskan wajah dengan menggunakan air sejuk. Untuk mengembalikan kesegaran kulit wajah adan boleh sapukan krim pelembat atau penyegar. Set pencukur yang telah digunakan pulaperlulah direndam seketika dalam air suam sebelum dicuci.
MASKULIN yakin dengan menggunakan tip di atas anda boleh bercukur dengan selesa dan lebih baik. Dengan menggunakan teknik yang betul anda tak perlu lagi takut untuk berdepan dengan kecederaan wajah yang tak sepatutnya berlaku.
Salah satu perkara yang menakutkan lelaki ialah rasa rendah diri yang membungkam hati yang lara, Ini terjadi
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Zaman sekarangboleh dikatakan produk penjagaan wajah lelaki memang sudah tidak kalah dengan produk untuk wanita.
Segala macam produk yang dihasilkan spesifik untuk penggunaan berbeza ditawarkan untuk lelaki di pasaran.
Malah disebabkan berlakunya pencemaran udara lelaki zaman kini perlu lebih peka dengan kesihatan kulit mereka sama ada wajah atau pun di anggota badan yang lain. Jadi usahlah hairan bila semakin ramai lelaki kini lebih terbuka bercakap tentang produk penjagaan kulit.
Namun dengan lambakan produk yang ada di pasaran pastinya ada yang sesuai dan tidak sesuai dengan kulit anda. Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza. Jadi bagaimanakah kita nak kenal pasti sama ada produk itu bersesuaian dengan kulit atau tak?
Dan nasihat MASKULIN, janganlah percaya sangat dengan pelbagai testimoni daripada orang-orang asing yang tidak dikenali terutamanya yang beriya-iya mempromosikan sesetengah produk tertentu.
Jika menggunakan produk yang tak betul anda mungkin alami gejala seperti di bawah:
Anda alami lapisan kulit yang terasa panas dan kemudian mengalami pedih-pedih. Sebenarnya ini terjadi apabila produk yang anda gunakan tidak berfungsi pada wajah anda. Ia hanya memberikan rasa iritasi dan jika dibiar berterusan boleh menyebabkan radang kemerah-merahan. Jangan biarkan begitu dan hentikan menggunakan produk tersebut. Sila dapatkan nasihat doktor dengan kadar segera.
Ada beberapa produk penjagaan kulit seperti losyen badan dikatakan baik untuk melembabkan kuit. Akan tetapi bila anda menggunakannya kulit menjadi semakin kering dan menggerutu. Sama juga dengan sabun mandi yang menyebabkan kulit kering akibat dari bahan sodium hidroikda yang banyak.
Tak sampai beberapa minit bila anda keluar kulit sudah bertukar seperti warna kulit udang. Ia berkemungkinan besar berpunca daripada produk penjagaan kulit yang mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A). Hati-hatilah menggunakan produk yang mengandungi bahan ini kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila terkena pancaran matahari.
Ramai yang kata kulit menggelupas tandanya kulit nak tumbuh yang baru atau bersalin kulit. Tunggu dulu. Adakah anda tahu bahawa lapisan kulit yang pertama iaitu epidermis amat penting bagi melindungi kulit dari terkena sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Bayangkan jika kulit menggelupas apa mungkin boleh berlaku pada kulit anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.