Sebagai sebuah gedung beli-belah yang cukup tersohor di Malaysia, AEON sentiasa menjadi pilihan ramai pengguna. Selain barangan keperluan rumah aneka ragam fesyen juga menjadi segmen yang cukup signifikan dalam perniagaan AEON.
Usaha AEON dalam membantu menggiatkan industri fesyen dapat dilihat dengan penganjuran AEON Fashion Preview (AFP) yang sebelum ini berjaya mencuri perhatian ramai. Pertujukan fesyen AFP yang terdahulu menyaksikan mereka mempamerkan koleksi fesyen di dalam gerabak MRT dan juga di TAPAK Urban Street Dining KLCC.
Bagi edisi terbaharu, esi Pratoton Fesyen AEON 2023 telah dilangsungkan dengan cukup istimewa di kampus induk Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Di antara yang paling mencuri perhatian ialah pengenalan kerjasama AEON bersama pereka berpengaruh Fiziwoo dengan koleksi Hari Raya 2023.
Koleksi istimewa FIZIWOO bersama AEON menggamit kenangan zaman kanak-kanak dengan motif bunga, hiasan yang elegan dan klasik secara inklusif di samping membawa warisan seni dan bangsa. Koleksi ini menampilkan lima set bunga bersulam yang kompleks iaitu Chempaka, Orkid, Seri, Dahlia dan Ros.
Ads
Selain itu, setiap bahagian eksklusif koleksi FIZIWOO juga dihiasi dengan tanda tangan WooFiziWoo. Bagi lelaki, Kurta Kandis dengan rekaan tradisional dengan garis leher bulat, kancing depan dan dua saku sampin, memiliki keselesaan dan kualiti yang menjadikan pemakainya segak di Hari Raya nanti.
Selain itu beberapa pertunjukan fesyen dari beberapa jenama seperti dari jenama inner caual, iC serta dari PUTERI dan GUY’S VISION menampilkan pakaian konsep kasual wanita dan lelaki.
Ads
Pada acara ini juga AFP2023 mengetengahkan bakat-bakat baharu dengan memperkenakan tiga graduan dari Jabatan Fesyen UiTM untuk memperkenalkan rekaan mereka dengan kerjasama bersama penata rias terkenal. Abu Shaef Hamza.
Menurut Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen menyatakan bahawa kedatangan bakat-bakat baharu dalam dunia fesyen meningkat naik dan ini memberi impak positif terhadap industri fesyen, dan membuka lebih banyak kerjasama antara UiTM dan AEON.
Ads
“AEON mengalu-alukan minda baharu yang rajin dan bercita-cita tinggi dalam menyumbang kepada industri fesyen. Kami melihat bahawa hubungan ini bukan sekadar menghubungkan akademik dan industri, bahkan membuatkan kami lebih komited untuk mencipta kepelbagaian yang wujud dalam industri ini.
“Bagi memberikan lebih inspirasi kepada bakat baharu pereka fesyen dan sesuai dengan hasrat kami ke arah keterbukaan, Pratonton Fesyen AEON ini diadakan di sini. Tentunya graduan alumni UiTM teruja dengan inisiatif ini,” katanya lagi.
Tahniah MASKULIN ucapkan buat AFP2023 di atas penganjuran acara yang cukup bermakna ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap tahun iklan raya paling dinantikan oleh rakyat Malaysia. Pastinya mata anda seperti masuk habuk jika anda menonton kesemua iklan raya setiap tahun. Apa kata kami kembalikan memori iklan raya yang paling menyentuh hati.
Iklan Petronas 2003
Siapa masih ingat dengan iklan yang menampilkan adik-beradik lelaki yang terlupa membeli lembu di saat-saat akhir. Pastinya anda yang berasal dari kampung, menimbau memori bersama keluarga dalam penyediaan masak menjelang pagi raya kan? Iklan ini mendapat perhatian ramai ketika ia dikeluarkan.
Iklan Raya Pertonas 2006
Alahai, ini sebenarnya yang berlaku pada setiap pasangan muda. Ini paling mata masuk habuk! banyak pengajaran yang nak disampaikan melalui iklan ini. Ini membuatkan anda lebih dekat dengan ibu bapa anda. Alahai, rindunya ibu dan ayah di kampung.
Iklan Petronas 2007
Dan pastinya, satiap tahun Petronas tidak melepaskan peluang untuk membuatkan rakyat Malaysia mengalirkan air mata. Iklan ini mendapat perhatian netizen apabila sedih dan jenaka dicampurkan sekali. Iklan ini menjadi bahan perbualan sepanjang tahun sama ada di sekolah atau pejabat.
Iklan Petronas Lebah
Iklan ini memberi makna perpaduan antara kaum. 3 sekawan yang berlainan bangsa dan agama bersahabat baik. Pertemuan setelah berpuluh tahun antara sahabat ini, menyedarkan rakyat Malaysia tentang betapa kuatnya perpaduan kaum antara rakyat di Malaysia. Zaman dahulu pun dan tekankan nilai-nilai ini.
Iklan Petronas Ikan di Laut Asam Di Darat
Sekali lagi Petronas menunjukkan nilai-nilai murni dan semangat perpaduan dalam iklan raya tahun ini. Sekali lagi kisah dua sahabat bekenalan semasa kecil. Alahai, arwah Yasmin Hamid tidak pernah mengecewakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kasut menjadi pelengkap dalam penampilan lelaki. Terdapat banyak jenis kasut lelaki yang direka untuk pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan tempat dan gaya. Oleh itu, pastikan anda jangan tersalah pakai.
Mari kita lihat dan sama-sama tambah ilmu 8 jenis kasut lelaki perlu tahu.
1. Oxford
JKasut jenis ini paling mudah dicari dan popular untuk gaya formal sama ada ke pejabat atau majlis rasmi. Ia sesuai dipadankan dengan seluar slack, kemeja atau t-shirt berkolar. Kasut ini biasanya menggunakan material daripada jenis kulit.
2. Derby
Mungkin anda keliru antara kasut Derby dengan kasut Oxford. Kelainan pada kasut Derby terletak pada lubang tali kasut yang lebih jarak, selain mempunyai lapisan atas yang lebih lebar dan selesa. Kasut ini sesuai digayakan ke majlis formal atau semi-kasual.
3. Chukkas
Jika anda gemar memakai seluar jeans tapi dalam masa yang sama anda mahu kelihatan segak, sebaiknya padankan penampilan anda dengan kasut Chukka. Kasut ini menggunakan material yang lebih selesa.
4. Monk Strap
Lelaki yang memakai kasut Monk Strap akan nampak lebih bergaya dengan aura klasik. Bentuk kasut ini tidak ubah seperti kasut Oxford, cuma ia digantikan dengan Monk Strap untuk dipakai atau ditanggalkan. Tak kisah sama ada anda berimej kasual atau formal, kasut Monk Strap ini boleh digayakan pada bila-bila masa.
5. Loafers
Kasut loafers sesuai digayakan untuk imej kasual dan bersahaja. Jika anda suka memakai seluar pendek dan kemeja, kasut ini sememangnya sesuai untuk disarungkan. Selain itu, ia juga sesuai dipakai di pejabat kerana kasut jenis ini masih dalam kategori casual shoe. Ciri-cirinya hampir sama dengan sneakers namun ada kelainan tersendiri di kalangan pencinta kasut.
6. Sneaker
Tidak dinafikan, sneakers menjadi pilihan dan sesuai digayakan daripada remaja hinggalah dewasa. Ia menjadi kasut yang evergreen dipakai oleh semua peringkat umur sepanjang zaman. Sneakers sememangnya sesuai digayakan bersama seluar jeans dan t-shirt berkolar ataupun seluar pendek dan t-shirt kasual. Gayanya memukau, serba ringkas dan sesuai untuk aktiviti di luar. Nampak stylo dan macho.
7. Moccasins
Ini merupakan antara kasut yang sangat unik berbanding kasut yang lain kerana ia mempunyai struktur yang lembut dan rata. Anda akan rasa selesa bila menyarungkan kasut jenis ini. Ia sesuai untuk acara semi-kasual dan sangat menarik apabila dipadankan dengan seluar pendek dan t-shirt berserta blazer.
8. Sport Shoes
Kasut sukan kebiasaannya digunakan oleh ahli sukan. Ia juga menjadi antara kasut yang terpenting untuk lelaki. Ia berfungsi untuk melindungi kaki daripada tercedera semasa melakukan aktiviti kesihatan dan kecergasan. Ciri cirinya adalah tahan lasak, tapak tidak cepat haus dan direka khas untuk setiap jenis fungsi sukan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penggunaan aksesori di atas kepala seperti topi besbol kini menjadi trend yang cukup popular di kalangan lelaki. Berbeza dengan wanita yang boleh mengayakan bervariasi jenias aksesori, lelaki hanya terhad kepada beberapa jenis topi sahaja. Topi besbol sebagai contohnya menjadi item fesyen yang cukup sinonim pada masa kini untuk gaya harian lelaki.
Selain memberikan penampilan yang lebih santai penggunaan topi juga mampu menjadi penyelamat lelaki yang mungkin mengalami masalah rambut.
Namun secara keseluruhannya topi kini dianggap lebih daripada fungsinya untuk melindungi kepada dari sinaran matahari tetapi lebih kepada ekspresi fesyen.
Harga topi yang berkualiti juga tidaklah murah. Jadi sangat penting untuk anda sebagai penggunanya menjaga topi dengan baik. Selain aspek kebersihan menjaga bentuk topi juga sangat penting!
Berikut 10 cara bagaimana anda boleh ikuti untuk cuci dan jaga topi dengan baik!
JAGA BENTUK TOPI
Hindari meremas atau melipat topi dengan kasar. Jika perlu menyimpannya, letakkan di atas permukaan datar agar bentuknya tetap terjaga.
CUCI TANGAN
Pastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh topi untuk menghindari anda memindahkan kotoran ke arah permukaan topi.
BUANGKAN DEBU
Goyangkan topi secara pwrlahan-lahan untuk hilangkan debu dan kotoran ringan yang menempel di permukaannya.
Gunakan berus gigi lembut atau berbulu halus untuk membersihkan kotoran ringan atau pada topi
BERSIHKAN TANGAN
Sebelum melakukan cucian pada topi, pastikan anda bersihkan tangan terlebih dahulu.
CUCI SECARA MANUAL
Jika topi anda sangat kotor dan berbau, rendamkannya di dalam air suam dengan sedikit sabun lembut. Gunakan span atau kain lembut untuk membersihkan topi dengan lembut. Ingat, jangan gosok terlalu kuat kerana ia boleh merosakkan material atau rekaan jahitan pada topi.
BILAS DAN BERSIH
Pastikan semua sabun dihilangkan dengan menyiram topi dengan air bersih.
JANGAN PERAH
Bagi proses pengeringan pertama sekali anda harus ingat ialah jangan sesekali memerah atau meramas topi. Dan jangan juga gunakan mesin oengering untuk mengeringkannya. Biarkan topi kering secara semula jadi dengan meletakkannya di atas permukaan datar. Elakkan juga jemur secara terus di bawah sinaran matahari.