
Pernah tak anda sedang duduk rileks.. tiba-tiba kaki anda diserang simpul biawak? Sampai macam nak tergulung bahagian kaki tu kan?
Kenapa simpul biawak ini terjadi sebenarnya, ya?
1. Simpul biawak boleh terjadi jika anda melakukan aktiviti bersukan tanpa dimulakan dengan senaman memanaskan badan
2. Kekurangan kalsium dan magnesium juga boleh menjadi salah satu puncanya.
3. Selain itu, apabila badan anda terhidrasi kerana kekurangan air, anda juga mudah terkena serangan kejang ini
4. Dalam masa sama, jika anda ada mengambil ubat-ubatan juga, ada boleh terdedah kepada risiko yang sama andai ada kesan sampingan
Apa perlu dibuat jika tiba-tiba kejang?
1. Cari tempat untuk duduk dan bersandar.
2. Buka kasut atau stokin dan bebaskan kaki kepada pengudaraan
3. Jangan bengkokkan kaki anda kerana ia boleh menekan kawasan otot
4. Jika kaki menguncup, guna tangan anda perlahan-lahan.
5. Tolak kaki ke atas agar saraf anda kembali pulih seperti biasa
Semoga bermanfaat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Anda Perlu Warm Up Sebelum Jogging, Salah Satunya Rangsang Sistem Saraf

Kepada mereka yang sudah lama aktif melakukan aktiviti larian pasti sudah masak atau faham akan kepentingan melakukanw arm up atau memanaskan badan sebelum mula berlari.
Tapi malangnya masih ramai yang memandang remeh akan kepentingan melakukan warm up. Ini terutamanya berlaku kepada mereka yang baru ingin aktif dalam aktviti larian.
Perkara ini juga sering dilakukan oleh seasonal runner kerana memikirkan badan mereka sudah ‘kalis’ dan tersedia untuk berlari. Sedangkan setiap orang perlu memanaskan badan terlebih dahulu tanpa mengira tahap kecergasan atau stamina.
Tapi sebelum itu sejauh mana anda faham tentang warm up?
Warm Up atau memanaskan badan adalah satu aktiviti di mana kita menyediakan diri sebelum melakukan aktiviti fizikal atau senaman. Memanaskan badan akan menjadikan tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti yang dilakukan nnt dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Warm up merangsang penambahan oksigen dalam tubuh dan mengaktifkan pengeluaran hormon yang akan membantu dalam proses penyaluran tenaga ke bahagian otot.
Peningkatan aktiviti secara berperingkat juga secara umumnya akan meningkatkan suhu badan dan membuka liang roma untuk proses perpeluhan di mana penyejukan anggota badan diaktifkan.
BACA: Selain Dapat T-shirt & Medal, Boleh Menang Duit & Jam. Caranya, Lari 50KM Dalam Masa 40 Hari!
Okay sekarang anda sudah tahu apa itu warm up. Mungkin anda tertanya-tanya mengapa perlu kita lakukan warm up sebelum mulakan larian. Apakah kepentingannya? Ikuti 7 kepentingan warm up di bawah.
Tingkatkan kadar degupan jantung atau nadi (bpm)
- Secara umumnya penambahan intensiti dalam aktiviti memerlukan tenaga, sehubungan itu jantung memainkan peranan untuk menyalurkan oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh badan.
- Saiz salur darah mengembang bagi memudahkan proses penyaluran darah yang lebih efisien
- Peningkatan pengaliran darah ke bahagian otot meningkatkan penghantaran bekalan tenaga ke seluruh badan.
- Menyediakan sistem kardiovaskular untuk bersedia menghadapi aktiviti yang lebih berat yang akan memberi impak kepada jantung
Tingkatkan pengeluaran hormon
- Peningkatan kadar rembesan hormon endorfin, serotonin, dopamin dan hormon-hormon lain yang membantu meningkatkan kadar kepekaan, mengurangkan stres dan meningkat kadar metabolisma
- Peningkatan kadar cecair Synovial di bahagian sendi bagi memberi pelinciran sendi untuk mengurangkan geseran serta melancarkan pergerakan
Mengurangkan kadar risiko kecederaan
- Peningkatan suhu otot secara tidak langsung menambah keanjalan otot
- Peningkatan kadar oksigen dan hormon di bahagian otot membantu melancarkan pergerakan dan mengurangkan risiko kekejangan
- Rembesan hormon meningkatkan kawalan motor dalam pergerakan otot
Aktifkan mekanisma pelepasan haba badan
- Liang roma akan terbuka bagi memudahkan proses penyejukan badan
- Peningkatan suhu otot merangsang proses penyejukan otot
Merangsang Sistem Saraf Pusat
- Merangsang transmisi dan penyaluran neuron (maklumat) saraf antara otak dan sel motor otot (peningkatan kadar oksigen di bahagian otak merangsang sel –sel otak untuk berhubung dengan lebih baik)
- Meningkatkan kadar rembesan hormon endorfin, serotonin, dopamin dan adrenalin.(Happy Hormon/hormon baik)
- Merangsang pemikiran untuk lebih peka kepada aktiviti, meningkatkan sistem kawalan motor otot dan meningkatkan kawalan koordinasi dalam menjalankan aktiviti fizikal
Rangsang peningkatan pergerakan otot
- Pergerakan otot menjadi lebih efisien dan lebih teratur
- Mengurangkan risiko kekejangan otot di mana sistem; telah dibekalkan dengan oksigen dan elektrolit dari penyaluran darah yang efisien
- Proses penceraian antara hemoglobin (sel yang mengikat oksigen) dengan oksigen berlaku dengan lebih jitu
- Proses pengumpulan asid laktik dapat dilengahkan
Meningkatkan prestasi larian
- Otot yang diregang dan dipanaskan sebelum larian menjadikan ia lebih mudah bergerak. Sendi juga boleh berfungsi dengan lebih baik
- Aktiviti ini akan menjadikan senaman kita lebih berkesan
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Diet Untuk Kesuburan Lelaki, Otot Mantap Dan Tidak Mati Pucuk

Anda tahu bahawa diet yang sihat adalah penting untuk kesihatan, tetapi anda rasa anda sudah mendapatkan nutrien yang mencukupi daripada makanan harian anda? Mati pucuk, pemulihan otot selepas senaman, kemurungan, kemerosotan kognitif, kemandulan, dan banyak lagi – Mari kita lihat makanan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan lelaki.
Tiram
Tiram mengandungi lebih banyak zink dalam setiap hidangan berbanding mana-mana makanan yang lain. Seperti yang kita tahu, zink adalah mikronutrien penting untuk kesihatan prostat: Tahap zink yang rendah terkait dengan masalah kesuburan dan prostat. Badan kita tidak mempunyai kuantiti zink yang mencukupi. Jadi adalah penting untuk mencukupkannya dalam setiap hidangan atau melalui suplemen. Jumlah disyorkan setiap hari bagi lelaki adalah lebih kurang 11 mg.
Salmon liar
Kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan mati pucuk (ED). Jadi pegambilan vitamin D yang mencukupi boleh membantu mengurangkan risiko ED dengan mengurangkan kerosakan pembuluh darah yang dicetuskan oleh keradangan, menurut kajian yang diterbitkan pada tahun 2012.
Biasanya lelaki yang mengalami disfungsi erektil mempunyai peluang yang lebih besar mendapat keradangan endothelial berbanding orang lain, dan ia dipercayai bahawa mengurangkan keradangan ini boleh meningkatkan aliran darah. Sekeping kecil salmon liar mengandungi sehingga 112 peratus vitamin D daripada keperluan harian yang disyorkan.
Kacang walnut
Kacang walnut adalah antara sumber terbaik asid lemak omega-3, antioksida, dan phytochemicals, yang sangat baik untuk kesihatan otak. Super-nutrien ini telah terbukti berkesan dalam mencegah kemurungan dan mengekalkan fungsi kognitif. Walnut juga terbukti mampu melawan tekanan oksidatif dan keradangan yang berlaku disebabkan penuaan, menurut kajian yang diterbitkan pada tahun 2014 dalam The Journal of Nutrition. Satu perempat cawan walnut mengandungi 2.7 gram lemak omega-3. Dan ini sudah melebihi jumlah harian yang disyorkan.
Susu coklat
Susu coklat boleh menjadi minuman segar yang berharga oleh banyak atlet sukan lasak, menurut penyelidik Central Washington University di Ellensburg, Washington, yang diterbitkan pada tahun 2012.
Susu coklat rendah lemak mengandungi nisbah karbohidrat:protein sebanyak 4:1, iaitu setanding dengan pelbagai minuman sukan komersial. Ia juga membekalkan cecair dan sodium yang disyorkan untuk membantu dalam pemulihan selepas senaman. Kajian ini menasihatkan pengambilan susu coklat langsung selepas senaman dan dua jam kemudian.
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan serat dan mengandungi phytonutrien yang boleh membantu melindungi jantung anda, melawan keletihan, dan memberikan anda perasaan yang menyenagkan. Walaupun lelaki memerlukan lebih banyak campuran ini berbanding wanita, Mereka dinasihatkan supaya mengambil 2 cawan buah-buahan dan 2.5 hingga 3 cawan sayur-sayuran setiap hari.
Penuhkan separuh pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap hidangan. Isi bahagian yang berbaki dengan bijirin dan protein berkualiti tinggi, seperti kacang, sesuaikan kuantiti ikan dan ayam. Kadangkala ambil daging merah dan tenusu.
Tumpukan pada kepada warna, kepelbagaian, dan kesegaran. Semakin lama diet anda akan menjadi lebih baik dan lazat serta sihat. Mulakan dnegan langkah kecil. Sebagai contoh tambah salad sekali sehari. Memandangkan ia adalah tabiat yang baik, anda boleh terus menambah kuantitinya lebih banyak.
Anda tidak perlu untuk menjadi sempurna dan anda tidak perlu meninggalkan makanan kegemaran anda untuk jadi sihat. Kehidupan yang sihat dan bertenaga adalah perjalanan jangka panjang, bukan hanya semalaman. Jangan berhenti berusaha.
SUMBER :https://hellodoktor.com/
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Military Diet Untuk Mereka Yang Ingin Berat Badan Turun Dengan Cepat

Siapa pernah dengar Military Diet? Haaa diet ni tak lah healthy sangat, tapi untuk anda yang tiba-tiba ex teman wanita ajak pergi wedding dia. Kalau nak nampak hensem, mungkin anda boleh cuba diet ini.
Apa itu Military Diet?
Military Diet ni menggabungkan makanan yang berkalori rendah yang boleh mendapatkan hasil dalam masa 1 minggu. Diet ini boleh mengurangkan berat anda sehingga 5kg dalam masa 3-7 hari jika anda mengikuti meal plan mereka dengan betul. Walaubagaimanapun, ia masih lagi bergantung kepada badan seseorang.
Diet ini juga dikenali dengan diet 3 hari kerana anda perlu ketat dengan pengambilan kalori 3 hari dalam seminggu. Ia dibahagikan kepada dua bahagian dalam tempoh satu mingggu. Anda perlu hadkan pengambilan kalori dalam masa tiga hari dengan mematuhi meal plan yang ketat, manakala hari selebihnya, anda dibenarkan untuk makan macam biasa.
Diet ini tidak wajar dilakukan setiap minggu kerana ia berbentuk tidak sihat. Kalau diperhatikan pengambilan kalori untuk diet ini hanya kira-kira 800-1100 kalori sehari sedangkan setiap orang perlu mengambil makanan berjumlah 1600-2000 kalori seorang. Military Diet hanya berfungsi untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan pantas dalam masa yang singkat. Jika anda nak kekal kurus dalam tempoh jangka panjang, ini bukan diet yang sesuai dengan anda.
Ini diet plan Military Diet yang boleh anda ikut.
Hari Pertama
- Sarapan Pagi: Kopi O, 1/2 Grapefruit, I keping roti bakar disapu 2 sudu kecil peanut butter.
- Makan Tengah Hari: Air masak/ kopi O, 1/2 tin tuna air dengan sekeping roti
- Makan Malam: 3 aun daging atau ikan, 1 mangkuk sayur-sayuran (mentah). 1 biji kecil Apal, 1/2 pisang dan 1 mangkuk aiskrim Vanilla
Hari ke Dua
- Sarapan Pagi: Sebiji Telur (jangan campurkan apa-apa). 1/2 pisang atau mana-mana buah-buahan. Sekeping roti.
- Makan Tengah Hari: 1 mangkuk Cottage Cheese, 5 keping biskut masin, sebiji telur rebus.
- Makan Malam: 2 ketul hot dog tanpa roti, 1 mangkuk brokoli, 1/2 mangkuk lobak mereh, 1/2 pisang dan 1 mangkuk aiskrim Vanilla.
Hari ke tiga (Kalori pada hari ini sangat ketat)
- Sarapan Pagi: 1 keping cheddar cheese, 5 keping biskut masin, sebiji epal kecil
- Makan Tengah Hari: Sebiji telur dan sekeping roti kosong
- Makan Malam: 1 mangkuk tuna air, 1/2 pisang, dan 1 mangkuk Vanilla aiskrim
Lihat kesan yang bakal anda dapat selepas 3 hari anda mengikuti diet ini. Kalau boleh jangan amal diet ini selalu, kembalilah kepada rutin biasa selepas 3 hari. Diet ini boleh dilakukan sebulan sekali sahaja.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI