Bagi anda yang aktif melakukan aktiviti larian pastinya sudah mengetahui betapa pentingnya memilih dan menggunakan kasut larian yang bukan sahaja berkualiti tetapi mampu membantu kualiti larian menjadi lebih mantap.

Salah satu jenama kasut larian yang cukup sinonim dalam dunia aktiviti larian ialah adidas Ultraboost. Salah satu silhoutte yang cukup mekar di bibir peminat aktiviti larian ini sentiasa menjadi rujukan pelari pelbagai peringkat sama ada amatur mahu pun profesional.

Edisi pada tahun 2023 menampilkan sesuatu yang lebih istimewa, mantap dan berinivasi tinggi. Baru-baru ini, adidas telah mengumumkan satu sejarah baru bagi silhoutte ini dengan memperkenalkan adidas Ultraboost Light.

adidas Ultraboost Light Tampil Lebih Ringan & Lebih Pulangan Tenaga

Sebagai respons positif dari adidas kepada pengguna mereka telah menampilkan inovasi baharu yang disuntik ke dalam Ultraboost Light bagi menjadikannyua sebagai kasut larian yang mampu memberikan seribu satu pengalaman positif.

INOVASI HEBAT

Usaha gigih yang dilakukan oleh adidas dalam usaha mereka melakukan inovasi ini terpapar dengan pengenalan teknologi baharu, Light BOOST.

Ads

Selepas 10 tahun teknologi BOOST diperkenalkan kini tiba masa versi terbaharu untuk menonjol dengan innovasi lebih mantap. Ultraboost Light menggunakan BOOST terbaru yang 30% lebih ringan.

adidas Ultraboost Light Tampil Lebih Ringan & Lebih Pulangan Tenaga

Ia sekali gus menyaksikan Ultraaboost Light menjadi kasut larian yang bukan sahaja lebih ringan tetapu mampu memberikan pulangan tenaga yang cukup efisyen, keselesaan kusyen empuk dan juga tahap responsif yang lebih jitu.

Menurut Pengarah Kategori Pemasaran Produk Kasut adidas, Simon Lockett, “Di adidas, kami tahu bahawa larian adalah peribadi. Setiap orang mempunyai matlamat yang berbeza dan oleh itu, keperluan yang berbeza untuk kasut mereka.

Ads

“Itulah sebabnya kami sentiasa mencari cara untuk menambah baik produk kami untuk komuniti larian adidas. Kini, terima kasih kepada inovasi bahan terobosan kami – Light BOOST – pelari mengekalkan faedah sedia ada untuk berlari dalam Ultraboost, tetapi dengan bonus siluet yang lebih ringan.”

adidas Ultraboost Light Tampil Lebih Ringan & Lebih Pulangan Tenaga

TEKNOLOGI DIPERBAHARUI

Selain itu Ultraboost Light turut hadir dengan pengenalan teknologi diperbaharui seperti L.E.P (Linear Energy Push) terkini bagi memberikan tahap respon lebih optimum, PRIMEKNIT+ upper yang lebih selesa dan ruang bernafas serta tapak Continental yang baharu.

Ads

Bersempena meraikan ulang tahun ke-10 teknologi BOOST, adidas memperkenalkan versi edisi khas Adidas Ultraboost Light dengan warna khusus.

adidas Ultraboost Light Tampil Lebih Ringan & Lebih Pulangan Tenaga

Edisi ulang tahun ke-10 didatangkan dalam warna hitam terutamanya dengan perincian hitam dan kuning – reka bentuk yang sama ditemui pada Energy Boost, siluet pertama dengan teknologi BOOST.

Ultraboost Light ini turut dilancarkan dalam warna putih, menampilkan perincian merah suria dan hitam teras berharga RM 869. Ia boleh didapati di oulet adidas di https://www.adidas.com.my/en/running.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI